Friday, July 31, 2009

Politik Permatang Pauh.....

Mulanya MP letak jawatan..
Dah tu ADUN Penanti di arah letak jawatan..
Hari ni ADUN Permatang Pasir meninggalkan jawatan..
Nanti pulak ADUN Seberang Jaya melompat jawatan kot..

Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Hamdan, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin...

YB Ustaz Hamdan kembali kerahmatullah

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN.

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau.

Al-Fatihah..

Friday, July 17, 2009

20 kes rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.


3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.


4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.


5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.


6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.


7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.


8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.


9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.


10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?


11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.


13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.


14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.


15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.


16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.


17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."


18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.


19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.


20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Ramai Orang Tak Perasan Terlibat Dengan Syirik

Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya


ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah

kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti

wilayah persekutuan telah mengeluarkan

fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu

serta pembinaannya adalah haram....

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan

melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia

digazetkan bermakna tindakan undang2

boleh dikenekan kepada sesiapa yang

melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka

akan

keputusan itu maka disuruhnya pihak

mufti menarik balik fatwa itu... Setelah

berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu

menarik balik fatwa itu... Maka pihak

atasan
telah menarik balik gazet

tersebut maka apa yang tinggal ialah

fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2

yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2

ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda

sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya

tetapi jika terdapat walau


sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik

maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...'

dan kata beliau lagi... ' walaupun kita



tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita


'redha' atau tidak melakukan apa2,



berdiam diri, maka kita juga akan


mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam

perbincangan dosa syirik ini ialah nama

negeri perlis iaitu perlis indera

kayangan... ' Menurut kamus dewan...

indera bermaksud nama tuhan hindu

manakala kayangan bermaksud tempat di

mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna


sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '

Menurut beliau... Nama perlis ini juga

mendatangkan dosa syirik... Perkara

terakhir yang dibincangkan ialah isu


perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak


boleh dipakai jika ia bertentangan

dengan undang2 yang telah dinyatakan di

dalam perlembagaan termasuklah undang2


hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..



Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...


1.
Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2.
Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.
Mereka yang berdiam diri.

4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU
ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)



Dengan ini selesailah tanggungjawab aku


Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu


ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com<
http://www.thequran.com/> (Father Zakaria) kerana

segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat

Islam seramai

yang mungkin!!!




Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....
jika sebaliknya...
nauzubillah...


Thursday, July 16, 2009

Makna Politik Bagi Seorang Kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”.

Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor.

Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat.

Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja.

Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan.

Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”. Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.

Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis.

Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.

Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak.

Kerana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

“Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Sumber : Zul Mamak


Friday, July 10, 2009

Kisah dan Tauladan

Sebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.

Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.

Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?

Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.

Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.

Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.

Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.

Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.

Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?

Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.

Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.

Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?

Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.

Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”

Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.

Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?

Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?

Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?

Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?

Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.

Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.

Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.

Sumber : Mat Saman Kati


Tuesday, July 7, 2009

Konspirasi & Konspirator yang ingin menjatuhkan Kerajaan Negeri Kedah

Oleh: Bala Yang Tidak Hilang

"Semarak Babi - BN Menangguk Kesempatan" oleh T.T Ting Memang munasabah. Apakah konspirasi yang sedang berjalan di Kedah? Aku yakin ada konspirasi dan konspiratornya…mungkin ada yang tuduh aku jahat pulak... Tapi yang ini SAH BENAR!

Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi। Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK.

Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi। Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.

Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani, rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

Di waktu tangah hari, beberapa jam sebelum itu, dua orang Adun berjawatan Exco memujuk seorang Adun biasa menyertai mereka। Bila dia menolak, dia dituduh sebagai anjing PAS. Sebelum itu ada orang menyuruh dia tukar nama kepada ‘Ahmad Bin Abdullah’. Kesian dia kerana mempertahankan prinsip, dia dituduh macam-macam. Inilah perjuangan untuk rakyat yang memilihnya.

Beberapa jam selepas itu, mereka mengadap bigboss mereka di Penanti। Bigboss yang sudah sarat dengan problema, terpaksa memujuk mereka pula untuk kekal dalam perjuangan.jangan mengutamakan diri sahaja. Lihat kerosakan yang telah dilakukan oleh BN. Isu babi terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kerosakan 50 tahun sepanjang BN bermaharaja lela.

Malam sebelumnya, seorang daripada mereka berada di rumah MK। Mat Che Nai juga ada di sana. Bashah juga ada di situ. Mat Che Nai bercerita sakan tentang gerakan menggerodak yang sedang dilakukan untuk untuk membangkitkan kemarahan orang bukan melayu kepada kerajaan PR.

Esoknya, Adun itu tanpa sedar, di depan Exco itu, dia terlajak mengulang semula butiran perbincangan seorang Exco dengan Mat Cik Nai di dan Tunku Puteri . Butiran itu berkaitan sebuah dewan kuil di Jalan Pegawai yang hendak dirobohkan oleh Mat Cik Nai di MBAS. walaupun Adun itu tidak hadir dalam perbincangan itu, apa Mat kata, apa Tunku Putri kata, apa Exco itu kata, semuanya dia tahu sebijik-sebijik. Dari mana dia tahu butiran itu?

Setelah mengikuti semua rentetan peristiwa dan gerakan ‘di bawah permukaan’ (undersurface movement), saya berani mengasahkan, satu konspirasi sedang berjalan, dan konspiratornya ialah seorang Exco dalam kerajaan Negeri sekarang। KBN 333!

Mereka lemah untuk membentangkan hujah dalam perbincangan। Mereka gagal mengemudi tanggungjawab dengan baik. Mereka bebal jika kehendak mereka terbatas oleh peraturan dan prosedur. Mereka bertaraf posmen dan tukang urut untuk mengangkat perjuangan besar untuk seluruh rakyat. Kegagalan menempatkan upaya diri dalam pemerintahan sebuah kerajaan dirawat dengan ugutan dan merajuk.

Mereka merancang merujuk kepada janda tua yang kelaparan kuasa। Janda tua yang kaya dengan duit yang dijarah sepanjang memerintah Kedah berjanji berkongsi kuasa dan harta dengan mereka. Janda tua itu sedang kemaluan besar bila dia diganti dengan orang luar yang afdhal dan semporna. Isu babi disorong sebagai papan anjal untuk mereka melompat. Berbaloikah?

Sumber : Penyapu Lidi

Nasib Kg Buah Pala zaman PR dgn nasib Kg Sg Batu zaman BN

Pampasan RM200 ribu yang dipersetujui adalah sudah mencukupi malah terlalu besar untuk setiap keluarga di Kg. Buah Pala. Lim Guan Eng memang tertekan dengan berbagai isu yang timbul sekarang. Beliau menafikan kononnya beliau tidak mahu berjumpa dengan penduduk Kg. Buah Pala, tetapi 2 Timbalannya YB Dr Mansor dan YB Ramasamy telah bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala dan beliau anggap telah berjaya. pampasan itu sudah lebih dari cukup.

Cuba kita imbau kembali isu perpindahan yg memang kerap berlaku di P. Pinang terutamanya melibatkan orang Melayu yang terpaksa pindah. Pada tahun 2006 di Kg Sg Batu sebagai contoh, bayangkan mereka terpaksa pindah dalam bulan Ramadhan ketika mereka sedang bersiap sedia menyambut hari raya. Tidakkah ini terlalu kejam namanya. Cuma ketika itu BN yang perintah jadi media arus perdana langsung tidak buat liputan. Mengapa TV3 dan yang sepusat dan sepusing dengannya tidak datang walaupun telah dijemput. Cuba kes ini terjadi sekarang sudah tentu ia menjadi isu besar.

YB Syed Amerudin Adun Bayan Lepas yg ketika itu Exco Perumahan bertindak seolah2 wakil pemaju bukan membela nasib rakyat orang Melayu yang mengundinya. Beliau tergamak melihat orang Melayu diusir keluar ketika mahu menyambut hari raya. Beliau turut sediakan lori lagi untuk mereka pindah. Inilah sikap YB Syed Amerudin wakil rakyat UMNO yang kononnya nak bela nasib orang Melayu. Penduduk Sg Batu tidak bernasib baik jika nak dibandingkan dgn penduduk Kg Buah Pala yyang akan dapat pampasan RM200 ribu. Penduduk Kg Sg. Batu hanya dapat sebuah rumah berharga RM40.00 sahaja. Itupun setelah PKR dan PAS campur tangan.

Lihat video...

Monday, July 6, 2009

Perlu Memantapkan Persefahaman di kalangan Parti dalam Pakatan Rakyat

Sejak kebelakangan ini rakyat melihat persefahman dalam PR semakin longgar. Bermula dengan isu Kerajaan Perpaduan yang diusulkan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Kemudian timbul isu pemecatan Ketua Whip MPSP, Johari Kasim daripada PKR oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

Selepas itu keluar pula cerita DAP Kedah/Perlis keluar PR dan kemudiannya DUN tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik mengumumkan dirinya sebagai calon bebas. Lepas itu muncul lagi apabila ADUN Kulim pula membuat kenyataan akhbar bersama Ahli Majlis Kulim/ Bandar Bahru daripada PKR dan Ketua Komuniti memberikan tempoh sebulan kepada Menteri Besar Kedah untuk memperbetulkan keadaan.

Mengapa semua ini harus dibiarkan berlaku? Majlis Presiden PR harus bersidang dalam usaha mencari kata sepakat menentukan arah tuju perjuangan PR untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata. Apa yang berlaku memberikan gambaran negatif kepda rakyat dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Apa yang berlaku mencerminkan kepimpinan PR cuba bermain politik dalam usha meraih kuasa.

Selepas kuasa berada dalam tangan nampaknya kepimpinan PR juga sudah mula lupa diri dan bertindak sendirian sedangkan kemenangan PR alam pilihanraya lepas adalah hasil kerjasama semua pihak dan rakyat melihat PR adalah alternatif yng terbaik bagi mengantikan BN yang dilihat gagal melaksanakan tugas dengan baik. Pakatan Rakyat tidak kira samada PAS, DAP ataupun PKR jangan mendabik dada kejayaan ini adalah kejayaan muklak atas kekuatan mereka semata-mata.

Kemenangan besar pembangkang yang dikenali sebagai PR kerana rakyat sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan BN yang dilihat gagal melaksanakan tugas mentakbir negara untuk kepentingn umum mereka hanya memikirkan bagaimana hendak mengkayakan diri, keluarga dan sahabat handai hatta membebankan rakyat. Rakyat juga jelak melihat kepimpinan BN yang begitu ego dan melaksanakan segala dasar tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Inilah perkara asas yang membuatkan semakin ramai rakyat mengalihkan sokongan kepada PR. Disamping rakyat melihat kesepakatan dan persefahaman diantara parti-parti dalam gagasan PR. Jesteru itu kepimpinan PR disemua peringkat harus berhati-hati dalam sebarang tindak-tanduk agar persepsi rakyat terhadap PR tidak berubah bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Jangan buat rakyat hilang kepercayaan baik terhadap BN mahupun PR dan mengambil sikap berkecuali kerana mereka melihat semuannya sama saja.

Kepimpinan PR yang baru saja mula diterima oleh rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri dibeberpa negeri perlu berjalan dengan baik tanpa mencetuskan perbalahan sesama sendiri. Jika ini berjaya direalisasikan diyakini dalam pilihanraya yang akan datang Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak dan Perlis akan dapat ditawan. Jika ini berlaku maka peluang PR untuk pertama kalinya memerintah negara ini akan terlaksana dan selepas itu BN yang ditunjngi oleh UMNO akan hanyut.

Jika kecelaruan ini dibiarkan terus berlaku mungkin Perak dan Selangor akan terlepas terus dan Pulau Pinang dan Kedah juga akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kuasa. Ketika itu impian dan angan-angan PR untuk memerintah negara ini hanya macam angan-angan Mat Jenin yang nak kahwin dengan Puteri Raja tapi akhirnya jatuh pokok kelapa.

Sehubungan itu dicadangkan agar Majlis Presiden PR harus lebih kerap bertemu dan berbincang dalam usaha mencari kesepakatan dan persefahaman. Di negeri-negeri yang dikusai oleh PR juga majlis yang seumpama itu yang dianggotai oleh Ketua DAP/PAS/PKR harus sering duduk berbincng dalam mencari kesepakatan. Dan sekiranya terdapat isu yang gagal diselesaikan diperingkat negeri permaslahan ini hendaklah disalurkan kepada Majlis Presiden PR untuk memutuskannya.

Harus diingat kejayaan PR membentuk kerajaan negeri dibeberapa negeri bukan atas kekuatan mana-mana parti secara bersendiri tetapi atas nama kesepakatan. Diyakini orang cina yang menyokong DAP tidak ragu-ragu mengundi calon PAS dan begitu juga orang melayu kususnya penyokong PAS tidak ragu-ragu memberikan undi kepada calon DAP. Jadi mana-mana Kerajan Negeri PR jangan nafikan perkara ini.

Hakikat yang harus dan wajar diakui, jika hendak menerjui kepimpinan negara ini sesuatu parti itu harus mendapat sokongan daripada semu kaum tidak kira samada Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum.

Sumber : Zul Mamak