Monday, August 10, 2009

Dr. Hassan Ali gagal di Selangor, tenggelam dengan air liur sendiri

Oleh : Huzaifah Ahmad Yamani

Ketika Hasan Ali mula-mula menjadi exco agama, ramai orang meletakkan harapan demi harapan…kot-kotlah lepas ini, JAIS, MAIS dan semua agensi agama yang selama ini mempertahankan legasi Umno akan berubah.

Tak usah membohonglah, siapa boleh lupa betapa teruknya Umno memperalatkan JAIS. JAIS dah jadi macam SB, depa tangkap imam-imam dan kunci mati mana-mana surau masjid yang tak sebulu dengan Umno.

Masa itu Tuanku Sultan Selangor buat apa? Takkan sultan tak tahu mainan jahat lagi bahaya Umno memperalatkan JAIS? Tapi, sultan tak boleh buat apa-apa, sebabnya Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS hatta Tok Mufti - semuanya dalam genggaman Umno.

Depa hanya menurut titah perintah Umno. Takkan hangpa boleh lupa, Pengarah JAIS lebih Umno dari Ketua cawangan Umno, dia boleh larang kakitangan JAIS daripada terlibat dengan politik khususnya ‘pembangkang.’

Zaman Mansur Ramly jadi Pengarah JAIS - habis porak peranda institusi agama di Selangor. Dia ambik penguat kuasa yang buta agama jadi Penguatkuasa JAIS - lebih mudah kerja dia - melaksanakan titah perintah Umno - menjahanamkan Islam - menangkap para imam pro-PAS, melarang masjid daripada diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu yang lebih terbuka - maka cukuplah hangpa mengaji kitab taharah, solat, puasa, zakat dan haji - pusing-pusing kot tu lah tak pegi mana dah!

Sapa boleh melupakan peristiwa rampasan Masjid Lapangan Terbang yang dibangunkan oleh Ust Roslan, melupakan rampasan kuasa dan menutup surau seksyen lapan Shah Alam, menahan imam yang bertugas, memecat imam yang tidak sehaluan dan sebagainya.

Siapa dapat lupa Umno-lah yang memecat Datuk Ishak, mufti yang paling lembut tetapi tegas di Malaysia. Adakah Sultan tidak tahu ini semua permainan politik? Takkan baginda begitu naif mentafsir.

Ya, baginda tidak mampu berbuat apa-apa, antara lain kerana Umno telah memenjarakan institusi istana. Sultan melantik Pengerusi MAIS sebagai proksi - atas persetujuan MB Umno. Jika MB umno tak setuju, sultan pun kena cari orang lain.

Apabila Umno menguasai institusi agama - MAIS, JAIS dan Mufti - maka Umno dengan mudah menundukkan pengaruh PAS dan PKR. Takkan kita boleh lupa, Dr Badrul Amin terkial-kial nak baca khutbah di masjid sebelah rumah dia pun tak boleh, Datuk Dr Haron Din yang bertaraf ulama dunia itu pun, tidak boleh mengajar di masjid surau, hatta Datuk Ishak Baharum dinafikan hak beliau hinggalah meninggal dunia.

Bila beliau meninggal, baharulah sultan nak tunjuk sayang, minta dikebumikan di tanah perkuburan diraja di Shah Alam, nak buat apa- orang jika sayang, masa hiduplah nak ditunjukkan. Sebab apa, sebab Umno…Umno mengongkong istana, Umno mengongkong segala.

Bila PR menang dan Hasan Ali jadi Exco Agama, semua orang rasa gembira. Hasan Ali dah janji, akan ubah segala yang tak elok dalam MAIS dan JAIS. Hasan Ali dah janji, Pengerusi MAIS pun nak kena dinilai semula.

Dalam PR pun ramai tokoh lebih baik untuk dijadikan Pengerusi MAIS. Hasan Ali dah janji, institusi zakat akan disemak semula.

Dalam ucapan dia, Hasan Ali kata dia tidak akan izinkan walau satu sen wang zakat disalah guna.

Cis…betul ke tak izin? Apa kuasa Hasan Ali sekarang, kalu setakat jadi Timbalan Pengerusi MAIS! Bahkan rasanya, ribuan sen wang zakat mungkin disalah guna depan mata dia…apa dia boleh buat?

Hasan Ali mungkin sedar, makin ramai orang menunding jari bertanya itu dan ini. Dia bukanlah pekak badak, melainkan dia sengaja memekakkan telinganya sendiri.

PAS dan PKR terpaksa menunggu begitu lama bagi melihat hanya perubahan kecil - Perubahan Nazir Masjid - kenapa harus jadi begini? Tidakkah ini menzahirkan betapa naifnya Hasan Ali dalam mencaturkan politik dengan pihak istana?

Kenapa?

Ya, kerana Hasan Ali gagal memanfaatkan tenaga sedia ada yang sentiasa bersedia membantunya. Hasan Ali seakan-akan One Man Show sahaja. Seakan-akan Lone Ranger dalam berdepan dengan istana dan pengaruh Umno.

Hasan Ali tidak sekali pun berusaha mewujudkan Team yang berupa Think Tank dalam bab membebaskan sektor agama dari pengaruh Umno.

Hasan Ali sebaliknya dilihat cuba menggunakan status exco-nya untuk menjinakkan segelintir manusia Umno di MAIS dan JAIS.

Maka apa hasilnya?

Sehingga kini, Hasan Ali kian tenggelam dan larut dalam dunia ciptaan Umno ini. Hasan ALi sudah lagi tidak diharapkan untuk membawa perubahan yang signifikan dalam institusi MAIS dan JAIS.

Hasan Ali sudah dianggap gagal sebenarnya.

Maka, apa lagi yang kita harapkan daripada nya…?


Sunday, August 9, 2009

Apa pilihan kamu? Bangsa atau Agama...

Mula-mula baca yang ni -

Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Baca pula yang ini -

Wasiat Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Kenapa Puak-puak "sebelah sana" nak kecoh sangat dengan wasiat dekat atas tu sedangkan wasiat yang dekat bawah tu pulak dibuat-buat lupa...

Mana lebih penting..? "Bangsa" atau "Agama"..?

Tepuk dada... tanya Iman...

Wednesday, August 5, 2009

WAJARKAN KENYATAAN HASAN ALI???

Secara peribadi, aku pun kurang suka dengan Ronnie Liu. Mula-mula Pakatan Rakyat menang di selangor, berlaku satu kejadian yang kurang diingini, iaitu kes pasar tani di Bukit Rahman Putra yang melibatkan antara para peniaga yang berbangsa cina, dan penduduk yang berbangsa melayu.

Peniaga-peniaga berbangsa cina telah berniaga di kawasan penduduk orang melayu. Penduduk tidak berpuas hati disebabkan beberapa perkara, seperti jualan babi, katak dan kesesakan lalu lintas.

Penduduk bantah, dan minta agar diberikan tapak peniaga cina itu di tempat lain. Tetapi, memandangkan ada sedikit “bobrok” dalam Majlis Perbandaran Selayang ketika itu, menyebabkan peniaga cina tidak berpuas hati.

Isu ini dibawa ke perbincangan exco yang terlibat. Tidak dapat tidak, exco yang dimaksudkan adalah ronnie liu. Dalam perbincangan tersebut, aku terlibat. Dari semenjak itulah, aku mula tidak suka orang yang bernama Ronnie Liu, kerana cara beliau mengendalikan isu itu sudah tergambar unsur-unsur perkauman.

Justeru, tidak hairanlah kita akan terbaca kenyataan beliau tentang isu arak di selangor sedemikian rupa.

Pun begitu, tindakan hasan ali mengeluarkan kenyataan yang termaktub dalam akhbar internet mstar, aku agak tidak bersetuju, kerana kenyataan itu mengandungi unsur “ajak” gaduh dengan DAP.

Kenyataan hasan ali ini, tidak sama seperti kenyataan Khalid Samad dalam isu yang sama. Ini kerana, kenyataan hasan ali itu dilihat seperti berhadapan dengan ”lawan”, tetapi kenyataan khalid samad itu dilihat seperti teguran ”kawan”.

Keadaan ini boleh melahirkan keadaan yang lebih parah (jika tidak pandai cover line balik) di masa akan datang, la-siyama, hasan ali adalah satu-satunya tokoh dalam PAS Selangor yang memegang jawatan Exco kerajaan yang mempunyai ”skandal sulit” dengan khir toyo atas alasan melayu-islam, yang sudah masyhur di kalangan rakyat selangor, tidak kira melayu, cina dan india.

Jika dari sudut ”maalat” atau resiko, kenyataan sebegini tidak selayaknya terpancul dari orang seperti hasan ali yang mempunyai problem ’cina-melayu’ ini. Tetapi, jika mahu dikeluarkan juga, hendaklah dari tokoh PAS yang sudah masyhur ”Friendly” dan tidak mempunyai masalah dengan orang cina, malah dengan orang india. Dalam PAS selangor, antara orang yang lebih layak mengeluarkan kenyataan sebegini adalah orang seperti Dr Rani dan Saudara Ir Khalid Samad.

Kenyataan dari Hasan ali ini, dibimbangi akan memberi sedikit kecalaran dari sudut hubungan baik antara DAP dan PAS di Selangor. Ini kerana, kenyataan ini dikeluarkan oleh Hasan Ali yang berjawatan Pesuruhjaya PAS. Jika kenyataan ini dikeluarkan oleh orang yang tidak berjawatan seperti Hasan Ali, masalah hubungan antara DAP dan PAS di selangor tidak menjadi sesuatu yang serius.

Diharapkan, pimpinan PAS selangor lebih bijak bermain dengan isu ini, iaitu selepas kenyataan ”nakal” hasan ali yang terpancul dalam mstar. Juga perlu diambil perhatian lagi, dibimbangi isu ini akan memberi kesan buruk kepada PAS untuk menghadapi PRK Permatang Pasir yang tidak lama akan berkunjung tiba.

Menjaga hubungan baik antara parti-parti dalam selangor; dalam usaha hendak menjahanamkan bapa kezaliman dan kesyirikan di Malaysia (UMNO/BN) adalah satu kemestian. La-siyama, dengan hubungan baik antara parti-parti ini merupakan ruang paling berkesan dalam usaha memahamkan DAP dengan Islam.

Tindakan ini, berasaskan kepada kaedah fiqh awlawiyyat, fiqh muwazanat dan fiqh Maalat At-Tatbiq atau dalam istilah lain disebut ”ijtihad tanzili”.

Sekian

wallahu 'Alam

Ustaz_bakistani@yahoo.com

Tuesday, August 4, 2009

UBN SEDANG KETAKUTAN ....

UMNO yang menerajui BN dan masih menerajui kerajaan pusat sedang dalam keadaan gelisah dan takut kerana kekuatan yang ada pada mereka sekarang sedang luntur dan terhakis sedikit demi sedikit, tiada tanda-tanda yang UBN akan pulih malah mereka bertambah takut dan gentar setiap hari apabila mereka menghadapi kerenah rakyat yang terus bosan dengan sikap kerajaan.

Semangat kekuatan UBN sebenarnya berpusat kepada sokongan suku kaum yang besar di Malaysia iaitu melayu,Cina dan kaum India, ketiga-tiga kaun ini sudah di ketahui umum bahawa mereka kebanyakannya sudah menyebelahi Pakatan Rakyat, buktinya kita telah lihat pada keputusan pilihanraya umum ke 12 yang telah lalu yang mana UBN telah hilang 5 buah negeri.

BN khususnya UMNO menjadi panik kesan dari keputusan pilihanraya tersebut, sejak dari tarikh tersebut maka mulalha kita mendengar gendang perang yang baru daripada UMNO yang mahukan orang melayu jangan berpecah belah kerana jika berpecah belah maka orang melayu akan merempat di negara sendiri, lalu di ushakanlah perpaduan melayu islam dengan PAS dan ini tidak pula termasuk melayu di dalam PKR.

Saranan melayu supaya bersatu ini kelihatan di ushakan dengan cara bersunguh-sunguh namun ianya gagal kerana sikap UMNO yang kelihatan cuba bermain api dan politik, ini kerana mereka cuba menyingkirkan melayu dalam PKR, ini menunjukkan niat UMNO ini sebenarnya tidak jujur terhadap perpaduan orang melayu dan niat jahat mereka mudah di hidu oleh Tuan guru Nik Aziz lalu ianya terbengkalai dan terus gagal.

Dalam masa yang sama banyak pilihanraya kecil pada peringkat Parlimen dan negeri telah di adakan dan hasilnya memperlihatkan bahawa rakyat benar-benar telah menolak UMNO dan BN sekalipun kawasan pilihanraya kecil itu di wakili oleh UMNO sendiri, sebagaimana biasa maka berbagai-bagai alasan pula di buat atas kekalahan mereka itu sehinggakan alasan yang di berikan semacam alasan yang tersangat bodoh di utarakan.

UMNO yang masih lagi belum pulih dari perpecahan sesama sendiri terus lemah dan cemas kerana ada pemimpin rakan kongsi mereka dari MCA dan MIC telah keluar parti meninggalkan BN dan menyertai PKR, pemimpin ini rupanya mempunyai penyokong yang agak ramai sebab itu kita boleh selidik mereka sekarang sedang berkempen untuk membawa penyokong mereka menyertai PKR demikian juga dengan Gerakan.

UMNO bertambah cemas apabila Tengku Razaligh menyeru supaya melayu bersatu, saya rasa seruan Tengku Razali ini adalah seruan yang terakhir sebelum dia akan menyertai PKR sedikit masa lagi dan UMNO akan bertambah hancur, nampaknya UMNO hanya mengharapkan orang melayu Sabah sahaja kerana hanya di Sabah sahaja yang ada UMNO sedangkan Sarawak UMNO telah di tolak oleh rakyat di sana walaupun mereka masih berada di dalam BN.

Sekarang para pemimpin UMNO terpaksa bercakap lantang kerana mahu menunjukkan dia masih ada semangat dan semangat inilah yang di harapkan agar rakyat masih meletakkan tempat bergantung kepada mereka namun rakyat pula telah faham bahawa mereka sedang bergantung pada dahan yang sangat rapuh akan tetapi bagi mereka sebenarnya masih lagi ada masa untuk mengaut membuat harta sebelum UMNO benar-benar tumbang.

Sumber : PakKaramu

Pilihan raya mengejut di Perak pada bila-bila masa?

Oleh : Sam Ahmad

Bukan setakat Mat Saman Kati saja yang mengatakan bahawa di Perak mungkin akan ada snap poll atau snap election atau lebih senang disebut sebagai pilihan raya mengejut saja tapi akhbar online utama negara MKini juga sedang membuat spekulasi tentang perkara ini.

MKini yakin pilihan raya mengejut akan ada diadakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini berdasarkan beberapa hujah dan teori.

Ingat hujah MSK melalui peran Gurujinya, mensasarkan 29 September ini sebagai tarikh yang sesuai untuk pilihan raya mengejut itu.

Berikut merupakan petikan dari artikel 29092009:

“DUN Perak bubar ka tarak?”

“Encik…kalau semua mau jawab…macam mana saya mau cari makan? Sepuluh ringgit semua mau tau, saya punya burung pun boleh mati itu macam kalu.” Aku tambah lagi sepuluh ringgit.

“Ini bulan…tarak baik punya. Bulan depan…lagi tarak baik. Itu worang Islam puasa bukan? Semua hantu tak boleh keluar. Bulan sembilan…ha!! itu bulan saya ingat boleh jadi punya.” kata Guruji. Tangannya membilang sesuatu.

“29/9/2009!!! ” Tiba-tiba Guruji meninggikan suaranya. 2+9=11. Itu Rosmah punya. 9..itu Najib punya. 2009= 11. Itu Rosmah punya!!! Ayoyo Kadaivalli…

Pak Meor dengan aku tengok sama sendiri. Kalau macam ni…mati la Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen (AP) Ipoh Timur M Kula Segaran memberitahu MKini yang Najib sedang menunggu perubahan mood pengundi dan akan membuat pilihan raya mengejut di Perak jika masa sesuai dan sokongan pengundi telah berpihak kepadanya.

“Najib sedang membawa banyak ‘bagasi’ ini termasuklah rampasan kuasa di Perak yang secara politiknya amat mem’berat’kan.

“Dengan memanggil pilihan raya mengejut beliau berharap dapat memulihkan hubungannya dengan rakyat.” katanya.

Seperti MSK beliau juga ada mengulas tentang ‘Jamal-Osman’ nak melompat balik ke pangkuan Pakatan Rakyat (Pakatan) . Menurut Kula,”ada petunjuk yang mereka hendak kembali (kepada Pakatan) memandangkan mereka tidak dapat apa mereka impikan dengan ‘melompat’”.

Sementara itu rencana yang berjudul Snap polls in Perak by year end? turut menyebut tentang satu lagi hujah, iaitu Najib rasa yakin dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai. Walaupun BN kalah, tetapi kekalahannya - dikubu kuat PAS - cuma dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 65 undi telah menaikkan serba sedikit semangat Najib.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham pula dipetik sebagai berkata kepada akhbar online itu, mengikut Pakatan mereka yakin bahawa sidang bawah pokok adalah selaras dengan undang-undang, maka pilihan raya mengejut mungkin dijadualkan pada September ini.

Namun bagi BN sidang terakhir adalah pada 7 Mei lalu, jadi jika mengambil kira Peraturan Mesyuarat DUN Perak Seksyen 10 (2) menyatakan bahawa sidang dewan mesti diadakan 6 bulan sekali dan jika tidak, dewan akan terbubar secara automatik, maka pilihan raya mengejut mesti nak tidak diadakan pada November ini.

Satu lagi hujah yang dikemukakan oleh akhbar online itu, menurut sumber yang boleh dipercayai kabinet baru-baru ini telah berbincang tentang kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut di Perak.

Perkembangan ini dengan sendirinya menyatakan bahawa mahu atau tidak mahu, Pakatan mahupun Barisan Nasional mesti membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya mengejut untuk diadakan.

Ramai juga yang berpendapat bahawa pembubaran DUN amatlah sesuai kepada BN ketika mereka dipuncak kuasa sekarang. Ini kerana jika DUN dibubarkan maka mereka akan dilantik sebagai caretaker government yang membolehkan mereka mengguna prasarana kerajaan untuk berkempen nanti.


Friday, July 31, 2009

Politik Permatang Pauh.....

Mulanya MP letak jawatan..
Dah tu ADUN Penanti di arah letak jawatan..
Hari ni ADUN Permatang Pasir meninggalkan jawatan..
Nanti pulak ADUN Seberang Jaya melompat jawatan kot..

Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Hamdan, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin...

YB Ustaz Hamdan kembali kerahmatullah

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN.

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau.

Al-Fatihah..