Monday, March 1, 2010

Tan Tee Beng memecahbelahkan PKR Nibong Tebal

Menjelang PRU12, Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang mencadangkan kepada bahagian (cabang) Nibong Tebal seorang pemuda yang bernama Tan Tee Beng sebagai calon parlimen. Walaupun pada permulaannya mendapat sedikit tentangan daripada AJK bahagian dengan alasan calon luar dan tidak dikenali. Dengan jaminan daripada Pak Mus bahawa Tee Beng berpotensi dan kuat bekerja, dengan sebulat suara AJK bahagian menerimanya sebagai calon parlimen.

Pada masa itu sehinggalah 8 Mac 2008 setiap program anjuran PKR Nibong Tebal, Tee Beng akan turun tanpa mengira siang ataupun malam. Menyusuri segenap kawasan di dalam bahagian Nibong Tebal - estet, kem, kampung, pasar dan ke mana saja tempat yang dibawa oleh Ketua Bahagian dilawatinya. Kadangkala sanggup membelanjakan wang ringgitnya untuk menjayakan sesuatu program, sehingga kalangan AJK bahagian dan ahli-ahli PKR merasakan inilah calon yang sanggup berjuang demi rakyat. 100% sokongan diberikan demi kemenangan PKR di Parlimen Nibong Tebal.

Selepas kemenangan dicapai, sedikit demi sedikit wajah sebenarnya dapat dilihat.

Beliau tidak lagi se'cargas' sebelumnya, turun ke kawasan tidak lagi mengisi jadual hariannya. Aduan dan rungutan masyarakat tidak lagi dipedulikan. Sehingga ke hari ini ada kawasan yang masih belum dijenguknya sejak menjadi wakil rakyat. Bancian dibuat menunjukkan bahawa hampir 90% kawasan parlimen Nibong Tebal belum di'terokai' Tan Tee Beng. Perbezaan yang cukup ketara jika dibandingkan semasa berkempen.

Lebih mengecewakan apabila turut mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri. Menukar senarai JKKK yang telah dikemukan dari peringkat bahagian sewenang-wenangnya.

Mewujudkan 'team' dengan tujuan memecahbelahkan PKR Nibong Tebal. Program parti yang dianjurkannya tidak melalui saluran cabang. Memusuhi Jawatankuasa Cabang Nibong Tebal terutamanya mereka yang rapat dengan Ketua Cabang, YB Ustaz Mokhtar. Pernah beberapa kali menyerang YB Ustaz Mokhtar di dalam akhbar berbahasa cina.

Walaupun pada 16 September 2008, AMK Nibong Tebal telah menghantar surat aduan berkenaan salahlaku Tan Tee Beng kepada DSAI, hal yang sama masih tetap berlaku seolah-olah laporan tersebut 'dibangkulsampahkan'. Malah kepimpinan negeri ketika itu (Zahrain dan Pak Mus) melabelkan AMK Nibong Tebal sebagai budak jahat.

Allah Maha Kaya... Nah, sekarang ini siapa di pihak yang benar. Inilah kesannya apabila memilih pemimpin yang tidak diuji dengan daya ketahanan mental dan fizikal secukupnya. Jika seseorang pemimpin PKR itu beragama Islam, pilihlah berdasarkan keimanannya kepada Allah S.W.T. Ukur dari sudut kesederhanaan diri dan amal ibadahnya. Jangan pilih dari kalangan yang Fasik.

Bersambung....


No comments:

Post a Comment