Thursday, November 4, 2010

PRK Galas dan Batu Sapi : Pengundi atas pagar



"http://3.bp.blogspot.com/_rbbFii2U5Vc/TFkG8uCxL5I/AAAAAAAABNU/jRqPe_ozdcQ/s1600/SPR.gifApa sebenar istilah atas pagar bidalan @ peribahasa melayu yang ingin menggambarkan suatu situasi yang tidak menyebelahi mana2 pihak. Istilah ini timbul mungkin hasil pemerhatian orang2 Melayu dahulu, yang mana untuk mengasingkan hakmilik tanah @ kebun dsbnya

dalam kehidupan seharian , org yg mcm mana boleh dikategorikan sbg atas pagar....??

1) mereka yang tak mahu masuk campur dan memegang prinsip tak mahu jaga tepi kain orang ( lu..lu, gua…gua). 2) Hipokrit-mereka yang cuba mengambil kesempatan / keuntungan di saat2 akhir- akan berpihak kepada yang kuat @ boleh memberi manfaat.3) minda kosong (jenih x ambil kisah), suka ikut-ikutan

adakah golongan atas pagar boleh d kira sbg lalang kerana tiada pendirian yg tetap....??

dalam kategori 2 & 3 di atas mungkin.

apa pandangan Islam tentang orang atas pagar?

Dalam Islam , iktikad seorang Muslim mesti jelas – melalui ; lafaz(lisan) , niat (hati) dan gerakan. Contoh: ibadat solat: mulut melafaz , niat di hati dan anggota melakukan gerakan-rangkuman ketiga2 nya baru lah sah.

Bagi golongan (1), cuba amati surah An-Nisa ayat 71 ini: “wahai orang beriman, bersiap sedia lah kamu, majulah kelompok demi kelompok atau majulah secara bersama-sama”. Hadis Nabi:"Hendaklah kamu berada dalam jama’ah, sesungguhnya berjama’ah itu rahmat sedangkan perpecahan itu ‘azab" "Barangsiapa yang berpecah-belah, maka dia bukanlah daripada golongan kami. Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah. Maka sekiranya tidak wujud pada mereka jama’ah dan imam? Sabda baginda: maka hendaklah kamu meninggalkan semua kumpulan tersebut walaupun kamu terpaksa menggigit umbi – umbi pokok kayu sehingga maut datang kepada kamu dan kamu dalam keadaan sedemikian.

Bagi golongan (2) & (3), sikap kita di khuatiri akan menjerumuskan diri kita manjadi munafik: ·

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa beberapa orang munafik pada masa Rasulullah saw. selalu tidak ikut serta bila Nabi saw. pergi berperang. Mereka bergembira-ria dengan ketidakikutsertaan mereka bersama Rasulullah saw. Lalu apabila Nabi saw. telah kembali, mereka mengemukakan alasan kepada beliau sambil bersumpah dan berharap mendapatkan pujian dengan apa yang tidak mereka perbuat. Maka turunlah ayat: Janganlah sekali-kali kamu menyangka, bahwa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka mereka akan terlepas dari siksa. (Shahih Muslim No.4981) ·

diantara tanda-tanda orang munafik menurut al-quran dan sunnah, di antaranya ialah :
2. Lupa kepada allah.
5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
21. Enggan berjihad di jalan Allah.
27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
29. Membuka rahsia orang lain.
32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34. Bermuka dua (talam dua muka).
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

hubaya…hubaya….hubaya . Wallahualam.

Sumber : Utara Online


No comments:

Post a Comment