Tuesday, January 25, 2011

MCLM namakan dua lagi calon Pilihan Raya


Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) hari ini menamakan seorang doktor gigi dan aktivis hak wanita sebagai calon untuk diketengahkan kepada parti-parti bukan BN pada pilihan raya umum akan datang.
NONE
Kedua-dua mereka adalah presiden All Women's Action Society (AWAM) Haslinah Yacob dan doktor gigi, Dr V Nedunchelian.

Nama-nama mereka diumumkan pada sidang media di pejabat baru MCLM di Taman Desa, Kuala Lumpur oleh presiden pergerakan itu, Harris Ibrahim (kiri).

Sebelum ini, MCLM juga menawarkan peguam hak asasi manusia, Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekanth Pillai, sebagai calon kepada parti-parti bukan BN.

Nama-nama itu adalah antara 17 dalam senarai yang dipilih dengan teliti selepas disaring. Ada juga yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

MCLM ditubuhkan sebagai 'kuasa ketiga' yang akan menyediakan calon 'berwibawa' untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat dan tidak mudah lompat parti - tindakan yang telah mengoncang Pakatan Rakyat sebelum ini.

Bagaimanapun, MCLM tidak menolak kemungkinan meletakkan calonnya bertanding atas tiket Bebas jika tawarannya tidak mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment