Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.
"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.
"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.
Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain.
Harta Hosni Mubarak dipercayai mencecah RM213 Bilion, mengumpul kekayaan setelah 30 tahun memerintah Mesir. Bagaimana pula dengan harta pemimpin negara kita, khususnya Mahathir Mohamad? Nantikan pendedahan Paku Seqepih tentang kekayaan dan aset Mahathir di Switzerland.

No comments:
Post a Comment