Wednesday, February 16, 2011

UMNO PP pimpinan Tok Non kian terdesak


Memandangkan Pulau Pinang sukar ditawan kembali pada PRU13 yang dijangka diadakan pada tahun ini, pelbagai cara digunakan demi menarik kembali undi kepada Barisan Nasional.

Walaupun kelihatan seolah-olah Gerakan, MCA dan MIC di Pulau Pinang sudah tidak bermaya. Namun UMNO masih mencuba sedaya upaya mempertahankan 11 kerusi yang mereka ada selain berangan-angan untuk merampas beberapa kerusi lagi dari Pakatan Rakyat.

Mencipta bermacam-macam fitnah seolah-olah fitnah bersiri, bermula dengan kononnya Pemberian hasil judi kepada warga emas (sampai sekarang kutipan daripada orang ramai belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri), Kerajaan Negeri anti kontraktor melayu, gambar super impose Lim Guan Eng menyembelih lembu, gambar super impose Lim Guan Eng memakai kopiah semasa merasmikan surau di Komtar dan yang terbaru kononnya Kerjaaan Negeri telah merobohkan 1000 gerai melayu. Ini semua hanyalah untuk mengapi-apikan sentimen perkauman di antara masyarakat selain daripada menagih undi kaum melayu.

Mereka (puak-puak UMNO) melihat dan dapat merasakan bahawa sebilangan dari pengundi UMNO pada PRU12 kini sudah selesa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Masyarakat melayu terutamanya sudah dapat menilai apa pembaharuan dan hasil yang dapat dituai daripada Kerajaan Negeri kini jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah sejak 50 tahun lalu.

Oleh yang demikian, mereka sekarang sudah mengatur strategi baru bagi menambah pengundi UMNO/Barisan Nasional pada PRU akan datang. Mereka telah menyalahgunakan jentera kerajaan dengan mengarahkan JPN mengeluarkan Kad Pengenalan kepada warga asing.

Hal ini telah didedahkan oleh Blogger Anak Sungai Derhaka yang mendapat maklumat seperti berikut;

Message dari seorang sahabat “saya dapat maklumat semalam...umno dengan kerjasama JPN telah keluarkan ic untuk mamak2 nasi kandar penang dan pekerjanya.Program tersebut dibuat disebuah dewan di pekan baru parit buntar... depa dah maklum dalam mesuarat ajk bahagian umno nibong tebal... yang mana ic merah dan xada ic semua dibuat ic baru semalam..”

Jangan nanti selepas PRU13, ditakdirkan Allah bahawa Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya..ada pula dari kalangan pemimpin UMNO akan melompat ke dalam PKR demi menjaga periuk nasi. Seperti apa yang berlaku selepas PRU12, Setiausaha Pemuda UMNO Nibong Tebal (Amirudin bin Nasrudin) telah mendaftar sebagai ahli PKR pada Mei 2008.


2 comments:

  1. berita sampah tanpa bukti kukuh.

    buktikan s/u pemuda nt itu daftar sbg ahli pkr pd mei 2008?
    kalau tidak bersedialah anda utk disaman wahai abdullah abd rahman..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Anak Seberang a.k.a Amir, hang gempaq org kampung pmtg ara boleh la..
    Awat? takut ka nak akui.

    Aku boleh dedah Nama Penuh, IC, alamat rumah & no. ahli sekali kalau aku mau.

    Tp pendedahan ni baru bmula. Kita kupas sikit2 la.. baru syok.

    hahaha..

    ReplyDelete