Thursday, December 30, 2010

Mujurlah PAS masih memiliki TGNA, jika tidak...

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.


Sumber : Penarik Beca

No comments:

Post a Comment