Monday, December 27, 2010

Rizal Hamid kembali mengemis...


Selepas 3 bulan berakhirnya Pemilihan PKR di Cabang Nibong Tebal, nama Rizal Hamid (RH) seolah-olah hilang bersama tiupan angin Monsun Barat Daya.

Namun begitu RH tetap berusaha untuk menyelamatkan karier politik demi cita-cita besarnya. Ibarat 'kera' yang ingin mengelak daripada tersungkur ke tanah, ia bergayut dari ranting ke ranting yang kuat dan mampu menyelamatkannya.

Pantas menukar Kem

Dalam tempoh berkempen untuk Pemilihan Pusat yang lalu, Azmin Ali turun ke Jawi Inn bersama chai-chainya dan di situlah kelihatan RH mencari ranting untuk dipautnya. Berbaik-baik dengan pimpinan PKR negeri terutamanya Dr. Mansor moga-moga ada sedikit peluang di kemudian hari.


Selang beberapa hari, RH menghubungi kem Zaid Ibrahim dan menawarkan sokongan kepada Zaid dan berjanji akan membawa bersama 300 ahli yang bakal mengundi Zaid sebagai Timbalan Presiden. Dalam tawaran itu, RH turut meminta sejumlah wang sebagai balasan.

Menjelang Pemilihan Pusat di Nibong Tebal, Zaid Ibrahim sudah menarik diri manakala sokongan ahli kepada Azmin terus meningkat. Di peringkat kepimpinan AMK Pusat pula banyak keajaiban berlaku seakan bakal menobatkan Sam sebagai pemenang. RH yang sebelum ini dilihat seperti senada dengan AMKPP yang menyokong Kem CheguBard 'Penerus Momentum Reformasi', mula mencari jalan selamat iaitu mengundi Sam sebagai Ketua AMK Pusat.

Semasa pengiraan undi Pimpinan AMK Pusat, Sam mendapat hanya 6 undi dan pihak-pihak yang mengundi Sam amat mudah dikenalpasti. Sahlah Rizal Hamid bersama 5 rakan-rakannya telah mengundi Sam.

Hal ini dapat dibuktikan dengan mudah, kerana kesemua ahli AMK Nibong Tebal yang hadir pada pemilihan tersebut merupakan penyokong kuat CheguBard (Sam tiada penyokong di Nibong Tebal).

Meruntun dan Mengemis

Seperti didedahkan sebelum ini, Rizal Hamid menyertai PKR bukan untuk berjuang tetapi mencari peluang demi perutnya sendiri.

RH mula meruntun pada pimpinan negeri supaya diberikan jawatan penting untuk tahun hadapan. Rizal Hamid sebenarnya telah mengemis jawatan 'Ahli Majlis MPSP' dan 'Penyelaras KADUN Sungai Acheh'.

RH telah menggunakan pimpinan negeri seperti Dato' Halim untuk memujuk Ketua Cabang Nibong Tebal, YB Ustaz Maktar agar memberikan salah satu jawatan tersebut kepadanya.

Cerminlah diri, apakah sumbangan anda kepada parti khususnya di Nibong Tebal. Sebelum pemilihan lalu, apakah program yang dilakukan atas nama PKR di Nibong Tebal dirujuk terlebih dahulu dengan Ketua Cabang? Mengapa seringkali melanggar etika kepartian, tidak mengikut saluran yang betul?

Layakkah Rizal Hamid diamanahkan selaku Ahli Majlis MPSP atau Penyelaras KADUN Sungai Acheh? Muhasabah diri, renungkanlah... Kita menyertai PKR untuk apa? Adakah untuk membela golongan marhaen ataupun untuk kepentingan peribadi.


No comments:

Post a Comment