Saturday, February 27, 2010

Dr. Mujahid cabar Zahrain

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim meletak jawatan wakil rakyat akibat sikapnya yang kontroversi dan ‘menikam’ kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Dr Mujahid yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Bayan Baru berkata, Zahrain tidak wajar lagi untuk terus memegang jawatan itu kerana kemenangannya pada pilihan raya lalu adalah sebagai wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen PR.

:“Apabila beliau menikam kita dari belakang, Zahrain sepatutnya mengambil tindakan yang lebih bermaruah iaitu meletak jawatan wakil rakyat. Beliau patut sedar, beliau menang atas tiket pakatan dan jika sudah tidak lagi sealiran dengan pakatan, buat apa tunggu lagi?” katanya.

Dr Mujahid berkata, ahli Pas kawasan Bayan Baru memandang berat tindakan Ahli Parlimen berkenaan dan tidak menyokong jika beliau masih mahu terus menjadi wakil rakyat kawasan itu.

“Beliau banyak melukakan hati kita di sini. Tidak sepatutnya lagi dia tunggu jika dia sudah tidak suka kepada kita,” katanya.

Menurutnya, Zahrain sejak awal lagi tidak sewajarnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan PR.

:“Tindakannya melambangkan sikap yang tidak sihat serta ia membuka ruang kepada UMNO ataupun Barisan Nasioanl (BN) menyerang PR. Sekurang-kurangnya dia perlu hormat dan ingat bahawa dia menang pilihan raya atas tiket dan sokongan kita.

“Kalau tidak suka, jangan sampai tidak hormat dan sikap seperti itu juga menjejaskan penghormatan orang lain terhadap dirinya,” katanya.

Dr Mujahid berkata, Zahrain ternyata emosi apabila ‘meletupkan’ isu ketidakpuasan hatinya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di hadapan media sedangkan beliau sepatutnya menggunakan saluran parti untuk berbincang secara terbuka.

“Beliau pernah ada jawatan, mengapa tidak guna saluran parti? Ini menunjukkan Zahrain seorang pemimpin yang tidak berprinsip dan mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan sesuatu iaitu daripada tindakan itu,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, ahli Pas kawasan Bayan Baru menuntut Zahrain memohon maaf kepada seluruh pengundi yang memberi undi kepadanya atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu kerana beliau telah mengkhianti kepercayaan mereka.

“Selain itu, Zahrain juga digesa untuk menarik balik kenyataan beliau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai ‘diktator’, ‘cauvinis’ dan ‘berfikiran komunis’, ia merupakan fitnah terhadap kepimpinan Guan Eng yang mengetuai PR, bukan semata-mata DAP.

“Seterusnya, saya bagi Pihak Pas kawasan Bayan Baru mencabar Zahrain mengemukakan fakta dan bukti atas dakwaannya itu. Jika gagal, beliau dianggap menipu atau memfitnah,”katanya.

Tuesday, February 16, 2010

Ada usaha memujuk orang-orang lama PKR Bayan Baru


Menurut maklumat yang sangat2 boleh dipercayai, orang-orang Zahrain kini sedang berusaha memujuk orang-orang lama (pejuang2/reformis/pengasas) PKR Bayan Baru untuk sama2 ke lubang taik!!

Cara pujukan dibuat adalah dengan menghantar SMS memohon individu2 terpilih tersebut memikirkan kembali perjuangan PKR yang tidak menguntungkan.

Zahrain tidak akan melompat kepada UMNO, sebaliknya beliau dan beberapa ekor yang lain akan menyeberang ke parti baru yang ditubuhkan di Pulau Pinang iaitu Parti Cinta Malaysia.

Dengan harapan dapat menjawat jawatan pemimpin tertinggi parti terbabit, tidak hairanlah jika sebelum ini beliau dikatakan seorang yang gila kepada pangkat dan kedudukan.

Tan Tee Beng juga bakal mengikut jejak langkah Zahrain, kita tunggu dan lihat.....
Pendedahan demi pendedahan bakal menyusul..................

"Dari Barisan Najis mereka datang, kepada Barisan Najis jua lah mereka akan kembali."

Akhirnya DSAI mengaku kesilapan pilih calon....

"Akhirnya"........................ (banyak dot dot dot sebab kenyataan dari DSAI ni dah lama sangat dah aku tunggu. ingat dia nak buat bodoh je...):
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Sumber -
jiwo kelate
Jadi, untuk Pilihanraya akan datang (tak kira la Kecil atau Umum), PKR khususnya DSAI patut belajar dan ambik iktibar dari apa yang dah berlaku sepanjang tempoh selesai PRU-12 sampai la sekarang.

Tak guna berebut kawasan untuk bertanding kalau calon yang ada tak cukup kelayakan, kurang kreadibiliti, tangkap muat, "reformis", tiada pegangan, "iman" tak cukup atau ada apa-apa je ciri-ciri yang kurang meyakinkan. kesannya kita dah tengok.

Ada baiknya setiap parti (tak kira la PAS, PKR atau DAP) mula menapis atau menilai mana-mana ahlinya (dari semua peringkat) bermula dari sekarang yang bakal dicalonkan supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Bila jadi benda-benda macam ni (wakil rakyat isytihar keluar parti), yang paling sakit hati ialah para pengundi yang mengundi calon berkenaan. bila pengundi dah sakit hati, bagi la apa alasan pun memang tak guna dah... nasib jugak Negara ni ada "Undang-Undang" (walaupun bertaraf "rimba"), kalau tak de "Undang-Undang", aku tak tau la berapa ramai wakil rakyat kurang-kurang pun makan pelempang dekat kawasan masing-masing.

Lepas buat penilaian menyeluruh termasuk latar belakang calon pun "meyakinkan" untuk pikul tanggung jawab, baru la cerita pasal "kawasan mana parti-parti" (yang berkenaan) nak bertanding. kalau senarai calon kurang dari kawasan yang ada, lupakan terus, tak payah nak buang masa dok tarik-tarik last minute punya calon.

Tu cara paling baik. yang mana kawasan tak dapat nak bertanding sebab tak de calon yang meyakinkan, ahli-ahli parti yang tak bertanding elok pakat-pakat tolong kempen untuk calon parti lain yang bertanding. "no heart feeling".

Beb... kalau kau ada 3,000 calon untuk bertanding dalam Pilihanraya tapi kualiti "bawah tahap beku", negative 1 sen pun tak guna beb. kemudian hari kena maki je dekat rakyat. tu baru tahap rakyat yang tak buat kerja masa tempoh kempen pilihanraya... maki-maki dari "jentera" yang bertugas 24 jam nak pastikan kemenangan jangan lupa beb..!

Lalu ke nak hidup atas "pahala percuma" je sepanjang masa..? bab "pahala percuma" tu satu hal, bab "kepercayaan" orang ramai pulak macam mana..?

Jadi beringatlah dan ambiklah iktibar. jangan fikir "orang lama" tu hebat (macam Zahrain), jangan ingat "orang baru" tu bagus sebab ada sokongan akar umbi (macam Zulkifli Nordin) dan jangan fikir "aku tau apa aku buat" (macam kau la) sebab semua tu bukan jaminan.

Jaminan pada parti yang bertanding adalah undi majoriti dari rakyat tapi jaminan untuk pengundi yang mengundi calon pilihan pulak apa beb..?

Tak kan kau nak jamin mulut je "calon ni bagus dan SAYA JAMIN dia tak kan mengkhianati anda para pengundi..!" (sambil angkat tangan tanda bagusss)...???

*kompom lepas ni ramai geng PKR bantai aku cukup-cukup... sukati korang la... aku pedulik hape..? nak dengar, dengar, tak nak dengar sudah... aku tak de kepentingan...

Sumber :


Friday, February 12, 2010

PANAS....Dato Zahrain masuk Umno hari ini


Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Dato’ Zahrain Hashim akan mengumumkan keluar dari PKR bersama-sama dengan dua atau tiga lagi Ahli Parlimen PKR untuk menyertai Barisan Nasional hari ini, 12 Februari 2010.

Menurut maklumat yang diterima, mereka sudah pun berada di Kuala Lumpur dan pengumuman keluar PKR itu akan dibuat disebuah hotel di ibu negara pagi ini.

"Dari Umno dia datang…kepada Umno dia kembali."

Dari kami para penyokong Pakatan Rakyat, kami mengucapkan selamat berambus.

Sumber : PerakExpress


Thursday, February 4, 2010

Mengapa baru sekarang Zahrain nak bising??

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menangis jika kehilangan satu atau dua pemimpin yang tidak sealiran.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman berkata, tiada siapapun akan menghalang jika mereka mahu keluar parti.
"Kita tidak akan menangis kehilangan mereka. Ini kenyataan yang agak keras. Kalau dia nak tinggal, dia nak berhenti, berhentilah. Kita tidak akan menghalang. Ia tidak akan menjejaskan hubungan atau gabungan dalam PR," katanya pada sidang media bersama Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow di sini.
Beliau diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang yang lantang mengkritik kepimpinan parti dan DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dilihat seolah-olah berlaku keretakan dalam hubungan dua parti itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai diktator, chauvinis dan berfikiran komunis manakala Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mencadangkan agar Guan Eng ditukar.

Sehubungan itu, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I, mempersoalkan kenapa pemimpin terbabit tidak mengkritik ketika sama-sama berada dalam kerajaan suatu masa dahulu atau ketika memimpin parti.

“Sebagai contoh Datuk Seri Zahrain (Mohd Hashim). Dahulu, dia jadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, masa itu kenapa dia tak cakap.

“Sekarang dah tak jadi pengerusi baru nak cakap. Dulu awat tak cakap. Kenyataan yang pedas .... saya tak akan menangis,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil, beliau berkata “apa saya nak buat. Tanyalah mereka”.

Ditanya mengenai kenyataan Tee Beng agar Guan Eng digantikan dengan pemimpin PR lain, Mansor berkata, itu bukan pendirian parti sebaliknya pendapat peribadinya.

Menurutnya, kemelut yang berlaku dalam PKR adalah disebabkan beberapa faktor termasuk cubaan BN untuk mendapatkan beberapa Ahli Parlimen lain untuk menyokong mereka bagi mencukupkan bilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

“Adakah kita lupa bahawa BN perlu mendapatkan majoriti 2/3 majoriti dengan lapan kerusi lagi. Adakah mereka akan diam sahaja atau berhenti daripada berusaha untuk mendapatkannya atau tidak buat apa.

“Cuba kita fikir perkara ini untuk mendapatkan jawapannya,” katanya.

Selain itu, masalah parti ditimbulkan oleh pemimpin yang baru masuk PKR, dua atau tiga tahun dan bukan orang yang berjuang bersama PKR pada 1998 atau 1999.

“Dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar parti, dia masuk. Dia nampak ada ruang. Sekarang ini kerana kes Anwar, dia ingat Anwar kena perangkap dan masuk lokap sekali lagi.

“Jadi akan timbul kesusahan kepada mereka, baik aku keluar awal-awal. Ini trendnya kerana yang timbulkan kesusahan kepada kita bukan orang dahulu atau pengasas (founder), bukan ahli parti yang sezaman dengan saya dahulu pada 1998,” katanya

Mansor berkata, mereka adalah orang baru yang masuk parti dua tahun lalu dan bukan orang yang sudah berada 10 atau 12 tahun dalam parti.

“Orang dulu tak cakap tentang perjuangan? Kita tahu apa itu perjuangan. Kita tahu apa nak buat dan apa nak ubah untuk negara ini atau bentuk baru dalam politik tanah air.

“Ini tidak, baru dua tahun dah nak bercakap tentang melencong daripada perjuangan. Tuduh pemimpin parti pula yang melencong daripada perjuangan. Apa ni, siapalah awak untuk menimbulkan soalan seperti itu,” katanya sambil bangun untuk beredar.

Diminta komen mengenai kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menyifatkan ramai ahli dan pemimpin PKR seperti sampah sarap dan wajar dibersihkan, beliau berkata ia disebabkan oleh pemimpin baru seperti yang dijelaskan tadi.

“Kan saya baru cakap tadi. Itulah puncanya,” katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata biarlah pemimpin DAP yang menguruskan perkara berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Keluar Parti Menjelang Tahun Baru Cina

Bagi saya, MP sebegini harus dihalau secepat mungkin untuk membersihkan Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak perlu bersusah payah untuk menasihati mereka, biar mereka keluar, supaya mereka tidak akan mengigit Pakatan Rakyat semula pada pilihan raya akan datang.....



Hari ini Jeff Ooi, MP Jelutong (DAP) telah memberitahu SinChew Daily (sebuah surat akhbar Cina) bahawa mungkin berlaku MP Pakatan Rakyat melompat parti ke Barisan Nasional menjelang Tahun Baru Cina. Beliau telah memberitahu bahawa 2 orang daripadanya ialah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari negeri Pulau Pinang.

Beliau memberitahu SinChew Daily bahawa tindakan mereka adalah untuk menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Tetapi beliau tidak mahu memberitahu pemberita siapakah yang akan menjadi katak yang akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa 2 orang lagi MP Pakatan Rakyat turut akan melompat parti tetapi MP tersebut bukan dari Pulau Pinang.

Beliau dengan yakinnya, seorang daripada katak politik akan mengumumkan tindakannya dalam masa 20 hari dari sekarang.

Petikan itu diterjemahkan dari SinChew Daily


(檳城)檳州首長幕僚長黃泉安預測,在農歷新年期間將會發生跳槽事件,其中2人是來自檳州民聯的國會議員,而這類跳槽陰謀是為圖打擊民聯兌現人民委托的努力。


他不願說明這2人來自哪一個政黨,只說是親國陣者,而除了這2人,還有另外2名非來自檳州的國會議員也會蟬過別枝。


他強調,上述現象將在20天內便有1個定局。 more @ sinchew.com.my


Selain itu, secara terangnya, Pengerusi badan perhubungan parti negeri, Mansor Othman juga memberi kenyataan iaitu PKR tidak terjejas jika ada wakil rakyat mahu keluar parti.

Malaysian Insider


PULAU PINANG, Feb 3 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti, kata Pengerusi badan perhubungan parti negeri Mansor Othman.


Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.


“Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan. more @ themalaysianinsider.com



Raja Petra juga menjangkakan kebelakangan ini akan ada MP Pakatan Rakyat yang akan keluar Parti, tetapi jumlahnya kurang daripada 10. Beliau memberitahu 2 orang daripadanya adalah Orang Cina yang telah menghutang wang yang banyak dengan along dan menyimpan seorang perempuan simpanan di TTDI, KL. Terdapat juga beberapa orang MP Melayu dan India akan melompat menurutnya.

Malaysia Today


Ahli Parlimen untuk Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, telah mengumumkan bahawa terdapat sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia bersamanya untuk menyertai Barisan Nasional.


Ok, dia mungkin mempunyai bilangan dua atau tiga; mungkin empat, tapi masih tidak sampai sepuluh, seperti yang dituntu olehnya.


Salah seorang daripada Ahli Parlimen Cina itu adalah orang yang mempunyai banyak hutang judi. Untuk membayar hutang judi ini dia terpaksa meminjam wang daripada along dan kini mereka memaksanya untuk mengembalikan wang tersebut. Dia ditekan sekarang malah takut untuk kembali ke rumah sebab takut akan bertemu dengan along itu.


Ahli Parlimen Cina lain yang akan melompat parti ialah orang yang memiliki dua orang perempuan simpanan. Ya, itu benar. Dua perempuan simpanan! Dan salah satu perempuan simpanan ini - yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail - baru saja melahirkan seorang anak. Jadi Ahli Parlimen Cina ini yang baru saja menjadi ayah dan mempunyai anak haram telah membawa masalah kepada dirinya. read more @ gomalaysian.blogspot.com


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

*************************************************************************************************

Bagi saya, MP sebegini harus dihalau secepat mungkin untuk membersihkan Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak perlu bersusah payah untuk menasihati mereka, biar mereka keluar, supaya mereka tidak akan mengigit Pakatan Rakyat semula pada pilihan raya akan datang.

Satu sistem merit dan sistem pemilihan harus dibangunkan oleh Parti Pakatan Rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul mahu menolong Rakyat.

Bahagain tindakan tatatertib Pakatan Rakyat juga harus diaktifkan untuk menjaga imej Pakatan Rakyat.

Sumber : GoMalaysian

Tan Tee Beng Merungut untuk Kepentingan Diri

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 2 Februari 2010 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Ahli Parlimen PKR bagi Kawasan Nibong Tebal Y.B. Tan Tee Beng perlu membuat penjelasan awam sama ada rungutan beliau terhadap Y.A.B. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang disebabkan oleh saudaranya tidak dapat membida sebuah kedai di Jalan Chow Thye dengan harga yang istimewa?

Y.B. Tan Tee Beng juga perlu menjelaskan bahawa sama ada beliau tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri yang tidak menggunakan cara Barisan Nasional untuk menentukan proses tender sehingga saudaranya terpaksa membida kedai tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga tawarannya yang asal?

Ini jelas menunjukkan bahawa rungutan Y.B. Tan Tee Beng terhadap Ketua Menteri tidak berkaitan langsung dengan prinsip perjuangan politik atau kepentingan awam. Y.B. Tan Tee Beng juga pernah mempersoalkan Ketua Menteri mengapa saudaranya perlu membida kedai tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Sehingga kini, Y.B. Tan Tee Beng masih belum dapat menjawab segala tuduhan dan fakta yang dibongkarkan oleh Y.B. Jeff Ooi, Ahli Parlimen bagi Kawasan Jelutong dalam sidang media semalam. Maka, DAP mendesak Y.B. Tan Tee Beng supaya tampil untuk membuat penjelasan terhadap isu-isu tersebut.

Saya ingin mempersoalkan sama ada Y.B. Tan Tee Beng masih bermimpi sehingga tidak faham akan proses tender yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Jikalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menyokong supaya dasar terbuka ini diteruskan, mengapa Y.B. Tan Tee Beng boleh mempersoalkan dasar tersebut serta cuba mempengaruhi proses tender yang diamalkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)?

DAP tidak akur terhadap rungutan Y.B. Tan Tee Beng yang tidak berasas sekali sehingga menjejaskan perhubungan DAP dan PKR di peringkat Negeri Pulau Pinang. Malahan, kami percaya bahawa perhubungan DAP-PKR akan menjadi lebih mesra lagi dengan tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh pucuk kepimpinan PKR terhadap Ahli-Ahli Parlimen yang merungut secara melulu terhadap DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang sejak kebelakangan ini.

NG WEI AIK