Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Perpaduan. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Pergi Mampus dengan Kerajaan Perpaduan!!!


Bila dah nazak, timbullah isu 'Kerajaan Perpaduan'..'Ketuanan Melayu'... Pergi Mampuslah dengan bangsa. Tiada nas di dalam Al-Quran yang menyatakan penyatuan bangsa itu sesuatu yang perlu diutamakan. Apa yang dituntut adalah memartabatkan AD-DIN itu sebagai cara hidup.

Berjuang atas nama bangsa umpama YAHUDI yang seringkali melaung-laungkan bangsa mereka adalah terbaik di muka bumi. Elok lah dengan UMNO yang bekerjasama dengan YAHUDI Laknatullah... Jangan kita terperangkap dengan gendang perpaduan tajaan UMNO ini sudahlah. Nauzubillahiminzalik..

Mujurlah PAS masih memiliki TGNA, jika tidak...

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.


Sumber : Penarik Beca

Thursday, September 24, 2009

Berkhidmat untuk Rakyat konon.. piiiirah!!

Ramai yang tanya kat aku pasai apa aku takmau masuk politik. Aku cuba bagitau kat depa yang aku bukan orang politik tapi aktivis politik. Kebanyakkan depa tak faham apa beza. Aku cuba perjelas semudah yang boleh. Ahli politik nak cari kuasa. Aktivis politik nak cari perubahan. Aku cari perubahan bukan cari kuasa.

Mungkin tu bukan maksud tepat tapi aku rasa boleh bagi terang pasai apa aku jadi macam la ni dan takmau jadi macam depa. Aku selalu guna analogi perbandingan antara Fidel Castro dan Che Guevara. Castro nak kuasa. Che nak perubahan. Bila depa dapat tumbangkan kerajaan Cuba dan membentuk kerajaan, Castro jadi ketua, lepas 6 bulan dalam kerajaan, Che keluar untuk mulakan satu revolus baru di negara lain dan kemudiannya mati tentunya.

Tak payah heran, kebanyakkan depa yang masuk politik pasai depa mengidam kuasa -- tak kira dalam parti yang memerintah atau pembangkang. Depa ni bukan masuk politik untuk buat perubahan. Selalunya, berkhidmat untuk rakyat benda yang akhir sekali dalam kepala depa. Semuanya pasai mengidam nak kuasa dan macamana nak dapat kuasa. Pasai tu la susah sangat nak jangka tindakan orang politik termasuk yang dalam pembangkang.

Cuba tengok isu di Selangor sebagai contoh. Dulu masa 1999 memang dah ada perebutan kuasa antara dua anak Ali - Hasan Ali dan Azmin Ali, masing-masing dari PAS dan PRK. Dua-dua fikir parti depa akan menang paling banyak kerusi di Selangor, jadi depa dua-dua nak jadi Menter Besar Selangor yag baru. Akhirnya,pembangkang tak menang, dan tentunyalah pertikaian antara depa selesai.

Itu 10 tahun dulu, tapi bila pembangkang betui-betui menang di Selangor bulan Mac tahun lepas, berebut kuasa tu timbui balik. PRK menang paling banyak kerusi dan DAP nombor dua. PAS di bawah sekali dari jumlah kerusi.

Maknanya Menteri Besar mesti dari PKR, bukan PAS. Jadinya persoalan samaada Hasan Ali sepatutnya jadi Menteri Besar langsung tak berbangkit. Takdak pasai dia boleh jadi Menteri Besar. Menteri Besar mesti dari PKR.

Tapi kalau Amwar pilih Azmin Ali jadi Menteri Besar, Hasan Ali mungkin akan buat tindakan. Sebenarnya Hasan Ali dah pun buat hubungan rahsia dengan Umno untuk kebarangkalian Umno dan PAS membentuk kerajaan baru dengan Hassan Ali sebagai Menteri Besar. Ianya bukan samaada Umno atau PRK-DAP yang lebih baik sebagai rakankongsi PAS Selangor. Ianya lebih kepada formula mana yang akan untungkan Hasan Ali. Dengan PKR-DAP, Hasan Ali tak berpeluang nak jadi Menteri Besar tapi dengan Umno dia berpeluang.

Tapinya, kerjasama PAS-Umno tak bagi depa cukup kerusi untuk bentuk kerajaan. Jadinya tak boleh hanya PAS dan Umno saja. Dia mesti PAS dan Umno ditambah beberapa kerusi PKR jugak. Tapi disebabkan depa tak dapat ADUN PKR yang nak lompat, plan tu tak menjadi.

DAP pulak fikir yang depa yang boleh dapat kerusi paling banyak di Selangor. Masalah akan timbui pasai DAP takdak ADUN Melayu, jadi macamana depa nak ambik kerusi Menteri Besar. Ini jadi kat Perak, walaupun DAP menang paling banyak kerusi di Perak, depa terpaksa tawarkan kerusi Menteri Besar kat PAS, parti yang menang paling sikit kerusi, tapi nampaknya tu bukan pilihan yang teruk pasai Hj Nizar Jamaluddin memang calon yang ideal.

DAP boleh terima yang PKR menang paling banyak kerusi di Selangor, jadi Menteri Besar mesti dari parti tu. Tapi DAP menang kedua terbanyak, jadi sekurang-kurangnya depa boleh pegang kerusi Timbalan Menteri Besar. Lagipun pembangkang menang di Selangor pasai undi orang bukan Melayu dan bukan pasai undi orang Melayu. Orang Melayu pecah 50-50. Undi bukan melayu yang memenangkan pembangkang.

Tapi di sini timbui masalah kedua. Yang pertama, Selangor menang dengan sokongan bukan orang Melayu dan bukan sokongan orang Melayu yang berpecah 50-50. Yang ni sapa pun tak boleh nak nafi. Tapi ini jugak bermakna sokongan Melayu sangat perlu. Umno dah pun jaja kata orang Cina dah kuasai Penang, Perak dan Selangor. Kalau dipilih orang Cina jadi Timbalan Menteri Besar, pembangkang dah termasuk dalam mainan Umno. Pembangkang macam tolong umno bagi bukti yang memang Selangor orang Cina dah kuasai dan rethorik Umno tu memang fakta yang tak boleh dinafi dan bukannya kelentong.

Ini bukan pasai pembangkang takmau orang Cina jagi Timbalan CEO di Selangor. Ianya pasai berhati-hati dan takmau bagi peluru kat Umno yang nak guna sentimen semangat Melayu dalam isu bangsa yang Umno tengah dok main. Umno dok menjerit kata Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 adalah ulangan Pilihanraya Umum 11 Mei 1969. Jadinya Umno kata, depa perlu penyelesaian 13 Mei 1969 untuk masalah tu. Ingat Hitler punya 'final solution'?

Terlalu penting untuk pembangkang tak benarkan Umno guna ayat 'Selangor dah terlepas kat Cina'. Depa dah kata macam tu kat Penang dan Perak -- terlepas kat Cina. Dan selangor adalah permata dikalangan 3 negeri yang menguasai separuh dari ekonomi Malaysia.

Masalah kedua adalah dalam DAP sendiri. DAP Selangor berpecah kepada banyak fraksi yang masing-masng tak berlaga angin. Jadinya sapa dari DAP yang sepatutnya jadi Timbalan Menteri Besar kalau pembangkang berani ambik risiko dan lantik orang Cina dari DAP jadi Timbalan Menteri Besar? Ada puak dalam DAP yang sampai tahap buat protes dan demonstrasi untuk langkah pencagahan awai tak mau bagi puak lain dilantik jadi Timbalan Menteri Besar. DAP Selangor akan berpecah dan mungkin ada yang akan keluar parti dan istihar jadi calon 'bebas' macam sorang DAP dari Perak.

Kalau takdak sapa dari DAP yang dapat kerusi Timbalan Menteri Besar tu, semua seronok. "Takpa aku tak dapat selagi takdak sapa yang dapat". Tapi kalau dilantik dari satu puak, puak lain mungkin akan mengamuk.

Sama jugak la, pasai tu Anwar buat keputusan Khalid Ibrahim patut jadi Menteri Besar. Khalid bukan calon terbaik malah ada yang sampai kata Khalid tu sebenarnya calon terburuk. Azmin Ali depa kata sebagai pilihan yang lebih baik, aku pun fikir macam tu.(sic) Tapi kalau Azmin Ali yang dipilih jadi Menteri Besar, Hassan Ali akan merajuk dan bersungguh-sungguh mempertimbangkan cadangan Umno membentuk kerajaan PAS-Umno di Selangor.

Hasan Ali tak realistik. Pasai tu la Umno pujuk dia. Depa pujuk dia bukan pasai dia hebat tapi pasai depa tau dia mengidamkan kerusi Menteri Besar. Jadinya depa 'layoq lobak merah depan mulut dia dan tengok dia terliur.' Bila dah dapat rampas Selangor depa akan buat plan fasa ke-2 dan plan fasa ke-2 tu adalah macamana untuk singkirkan Hassan Ali.

Sebenarnya bukan susah sangat pun nak musnahkan Hasan Ali bila dia dah tidur sekatil dengan Umno. Umno tau yang Sultan Selangor tak suka kat Hassan Ali. Aku ada sumber dari dalam istana yang sahkan benda ni. Jadinya apa yang perlu depa buat cuma istiharkan yang PAS dan Umno akan bentuk kerajaan di Selangor dan akan mintak mengadap Sultan. Pasai Umno dan PAS bersama beberapa 'bebas' dari PKR/DAP masa tu kuasai majoriti kerusi di Selangor, Sultan takdak pilihan melainkan mengistiharkan kerajaan baru.

Tapinya, walaupun Sultan takdak pilihan lain selain bersetuju dengan kerajaan baru PAS-Umno, dia tak mesti bersetuju Hasan Ali akan dilantik jadi Menteri Besar. Malah dia akan tidak bersetuju. Jadi Umno masa tu boleh kembang dada dan kata yang depa setuju hang jadi Menteri Besar tapi Sultan pulak tak setuju. Mintak maaf, hang tak boleh jadi Menteri Besar jugak, Ia mesti seseorang dari Umno.

Hassan Ali boleh dijatuhkan sebelum dia sempat naik. Ingat Pearl Harbour dan apa yang Jepun buat kat Amerika. Hasan Ali akan tempuh dia punya Pearl Harbour di tangan Umno dengan bantuan Sultan.

Pasai tu la tak susah nak faham pasai apa banyak sangat kelam kabut dalam Pakatan Rakyat Selangor. Bukan saja PKR, DAP dan PAS cuba jadi jaguh sesama depa, dalaman PKR, PAS dan DAP pun, banyak sangat puak yang saling nak perjatuh puak lain.

Kita ada perang inter-parti dan intra-parti. Semua ni pasai takdak sapa yang berminat nak bawak perubahan atau nak berkhidmat untuk rakyat. Depa cuma bermnat nak cari kuasa pasai biasanya orang politik memang mengidam kuasa.

Jadinya, kita sebagai rakyat, kena perati depa ni. Kalau kuasa ada kat tangan depa, cepat sangat depa lupa sebenarnya rakyat yang letak depa kat situ. Depa akan lupa yang depa kena bekerja untuk rakyat. Depa akan jadi sebijik macam Barisan Nasional yang fikir rakyat macam hamba dan depa adalah tuan.

Jangan percaya orang politik. Depa akan guna kita bila sesuai untuk depa. Depa akan belakangkan kita dan khianat kepercayaan yang kita bagi. Pasai tu la perlu ada dari kalangan kita yang tetap jadi aktivis politik dan tak jadi orang politik. Jadinya kita boleh belasah orang politik bila depa lupa sapa depa, yang mungkin akan jadi sebaik saja depa menang pilihanraya dan bentuk kerajaan baru.


Artikel berasal dari Malaysia Today oleh Raja Petra Kamarudin


Diterjemahkan oleh Cenangau secara ikut suka dia..

Sekiranya artikel yang ditulis oleh RPK ini tidak benar dan fitnah jahat, Dr. Hassan Ali mesti saman RPK demi membersihkan nama baik beliau.

Friday, June 19, 2009

10 Ahli Parlimen PAS tolak kerajaan perpaduan

Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen.

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media (foto kiri).

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, tidak hadir kerana berada di luar negara, manakala Nasharuddin (Bachok) pula menghilangkan diri sejak dibidas Nik Aziz petang semalam.

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

Menurut Bernama lagi, Nik Aziz beliau belum dihubungi Nasharudin berhubung gesaannya agar timbalan presiden itu meletakkan jawatan, termasuk sebagai ahli parlimen Bachok.

Nik Aziz juga dipetik berkata Pakatan Rakyat ketika ini yang sebenarnya kerajaan perpaduan.

"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan 'Islamophobia' oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.

Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam PAS negeri dikekalkan kecuali jawatan setiausaha yang kini disandang Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Bekas bendahari Pemuda PAS itu juga timbalan speaker DUN Kelantan yang menarik diri saat akhir daripada bertanding jawatan ketua Dewan Pemuda PAS.

Thursday, June 18, 2009

Muktamar khas PAS redakan isu kerajaan perpaduan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan
perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja... kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas.

"Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau juga berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. Insya Allah, selepas
diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang baru dilantik pesuruhjaya PAS Terengganu.

Hari ini, dengan gaya penentangannya, mursyidul am PAS menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan tersebut dan juga melepaskan kerusi parlimen Bachok.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Nasharuddin semalam yang menyambut kesediaan perdana menteri untuk berbincang berhubung isu tersebut.

Bercakap selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, menteri besar itu mengulangi penegasannya bahawa isu kerajaan perpaduan dibawa "boneka Umno" dalam partinya dan satu agenda BN untuk memecah-belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media yang sama, Harakahdaily.net pula melaporkan, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memutar belit kenyataannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," Nik Aziz dipetik berkata.

Dengan tajuk berita 'Boneka UMNO' nasihat awal - Nik Aziz', harian tersebut melaporkan Nik Aziz dipetik berkata "boneka Umno" hanya nasihat awalnya dan perlu didengar oleh pemimpin lain PAS.

Nik Aziz bagaimanapun menyifatkan berita itu "ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri", lapor akhbar web itu lagi.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam' diterbitkan semalam.

Sumber : Malaysiakini

Wednesday, June 17, 2009

Tok Guru gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Tuesday, June 16, 2009

16 SEPT DAN KERAJAAN PERPADUAN TERLALU JAUH BEZANYA

Ada pihak yang tidak menggunakan otak apabila menyamakan objektif 16 Sept yang ingin dibawa oleh DS Anwar dengan idea Kerajaan Perpaduan yang kini masih hangat diperdebatkan.


Secara ringkasnya, saya sambil melelap mata boleh mengetahui di mana beza kedua-dua isu tersebut, dan mungkin banyak lagi perbezaan yang boleh kita lihat jika kita gunakan otak untuk mencarinya.


Sasaran 16 Sept adalah pendekatan DS Anwar untuk mendapatkan sokongan MP-MP dari Umno/Bn secara terbuka iaitu mengistiharkan sokongan terhadap PR. Bukan bermatlamat DS Anwar bersekongkol dengan Umno/Bn atau berpakat bersama mereka, tetapi merekalah yang mesti masuk bersama PR. Pendekatan itu dibuat secara terbuka malah kerap diulang berkali-kali oleh DS Anwar sewaktu di dalam Parlimen dan juga di dalam ceramah-ceramahnya.


DS Anwar juga sering berkata, beliau bukan bermusuh dengan ahli-ahli Umno di peringkat bawahan dan seringkali beliau mengajak agar ahli-ahli Umno/Bn kembali ke pangkal jalan samada untuk menyertai PKR, Pas atau DAP. Malangnya, rancangan 16 Sept gagal dari segi untuk melayakkan PR berkuasa di Pusat, tetapi banyak kejayaannya jika dilihat dari segi sokongan yang semakin bertambah di peringkat akar umbi. Mudah cakap, plan 16 Sept adalah plan yang dirancang secara terbuka malahan disokong sepenuhnya oleh pimpinan PR termasuk Pas sendiri yang juga mendapat faedah dari semakin ramai yang bersama Pas sekarang.


Manakala, Kerajaan Perpaduanpula adalah satu pendekatan juga tetapi tidak pernah dibincang terlebih dahulu sesama rakan di dalam PR, bahkan ditolak oleh Muktamar Pas sendiri sewaktu Muktamar di Perak tahun sudah. Kerajaan Perpaduan bukan bertujuan untuk menarik ahli Umno/Bn ke dalam Pas, tetapi sebaliknya dilihat untuk mendekatkan Pas kepada Umno walaupun bukan untuk menyertai Umno. Punca mengapa kaedah ini disangsikan adalah apabila melihat cara ianya cuba dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin Pas di Selangor sewaktu kerajaan Selangor dapat dirampas oleh PR. Apakah perbincangan mereka bersama pemimpin Umno Selangor serta Pak Lah ketika itu untuk menarik mereka menyokong PR atau menyokong Pas? Jawapannya tidak. Mereka berbincang bagaimana untuk mewujudkan kerajaan bersama Umno di Selangor, sekaligus menendang PKR dan DAP keluar. Ini fakta dan ramai pimpinan Pas sendiri tahu perkara ini. Oleh sebab itu, pemilihan dalam Pas baru-baru ini agak panas kerana ramai yang mengetahui `hubungan sulit’ sedemikian rupa telah dilakukan.


Di antara kedua-dua tersebut iaitu 16 Sept dan Kerajaan Perpaduan seperti yang secara ringkasnya dinyatakan, di mana letaknya persamaan? Mengapa apabila mereka ini terdesak setelah rahsia jahat mereka diketahui, mereka ingin samakan dengan projek 16 Sept itu?


Mengapa sewaktu 16 Sept dirancang, mereka tidak membantah malah pimpinan tertinggi Pas pun menyokong atas dasar menyeru mereka dari Umno/Bn kepada PR dianggap jalan dakwah kerana ianya tidak melibatkan unsur rasuah? Tetapi mengapa apabila Kerajaan Perpaduan ini dicetuskan, maka berbagai bantahan didengar bukan sahaja dari rakan PR yang lain, tetapi pimpinan Pas tertinggi pun menentang seperti Mursyidul Am mereka?


Ini jelas menunjukkan kedua-dua kaedah ini berbeza. Satu idea untuk kebaikan bersama di dalam PR, manakala satu idea lagi adalah untuk kepentingan diri dan pengkhianatan kepada rakan-rakan di dalam PR bahkan kepada semua yang selama ini menyokong PR dan Pas.


Perbezaan yang paling ketara adalah idea Kerajaan Perpaduan ini tidak dihuraikan secara terperinci terlebih dahulu tetapi timbul pada muktamar. Sekiranya dihuraikan juga, sudah pasti hanya yang buta sejarah dan yang tidak mengenali Umno akan menyokongnya.