Tuesday, August 9, 2011

Rumah pusaka jadi sarang zina


Di Tanjong Bungah, siapa sangka bahawa rumah pusaka peninggalan Sang Ayah dalam bulan Ramadhan ini, dijadikan sebagai sarang maksiat penzinaan oleh anak perempuan dan pasangannya?

Dikatakan lebih empat tahun rumah pusaka di tengah-tengah perkampungan umat Islam itu menyaksikan percintaan pasangan malang yang dinodai dengan dosa.

Mereka langsung tiada ikatan perkahwinan yang sah. Bersekududukan tanpa izin walaupun di bulan yang penuh mulia, tanpa sedikit pun rasa malu kepada yang Maha Melihat.

Pepatah Melayu ada menyebut "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga".

Aktiviti melampias hawa nafsu sarakah dan penzinaan yang keji di rumah pusaka itu akhirnya berjaya dihidu oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) hasil aduan warga setempat.

Sekitar jam 2 pagi hingga 3 pagi kelmarin, satu serbuan terancang dilakukan ke atas rumah pusaka berkenaan.

Dalam sedar tidak sedar, rumah dikepung supaya tidak ada manusia durjana yang terlepas dari dibawa ke kandang pendakwaan.

Salah seorang pegawai penguatkuasa bersandiwara untuk mendapatkan khidmat seks dengan memberi salam.

Lalu, wanita terbabit membuka pintu rumah dan membenarkan pegawai penguatkuasa terbabit masuk, namun seorang lelaki yang dipercayai bukan 'mahram' bersembunyi dalam satu bilik.

Ketika ditahan sang penguasa, wanita berkenaan hanya berpakaian ringkas; 'singlet' lengkap dengan seluar jeans ketat yang nyata mencolok mata.

Pada mulanya, mereka tidak mengaku pasangan kekasih. Namun, akhirnya membuat pengakuan tidur di bilik yang sama.

Wanita berkenaan berkata, dulu salah satu bilik di rumahnya itu pernah disewa oleh sebuah keluarga.

“Ustaz baru dua hari saja kami tinggal berdua, dulu memang ada keluarga tinggal dengan saya lagi,” katanya memberi alasan.

Sementara itu, lelaki berkenaan ketika ditanya hanya terdiam mendengar penjelasan teman wanitanya kepada penguat kuasa JAIPP.

Rupa-rupanya lelaki berkenaan adalah bekas ‘beach boy’.

Dia pun mengaku terdapat beberapa masalah yang menyebabkannya dan teman wanitanya susah untuk berkahwin.

Sementara ditanya penguat kuasa JAIPP, lelaki yang berusia sekitar 30-an itu mengaku baru saja keluar dari penjara.

“Saya baru keluar penjara kerana kes gaduh pukat harimau,” beliau memberi alasan.

Operasi maksiat yang dikenali Ops Santai itu diketuai Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan.

Turut serta, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIPP, Jaafar Ismail serta 14 penguatkuasa lain.

Khairul berkata, pasangan berkenaan kemudiannya diberikan notis mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang atas kesalahan berkhalwat.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibawa ke pejabat JAIPP di Lebuh Pantai dan laporan polis dibuat di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya.

Friday, August 5, 2011

S/U Pemuda UMNO Nibong Tebal pun 'meluat' pada ketuanya

Sebelum kita pergi lebih jauh, meh aku kenalkan dulu siapa S/U Pemuda UMNO Nibong Tebal ni...





Nama : Amiruddin bin Nasrudin
Umur : 33 tahun
Tempat Tinggal : Sungai Bakap
Pekerjaan : Swasta
Side Income : Cybertrooper UMNO
Blog : Anak Seberang








Aku takmau nak cerita dia dok mana dan apa kerja dia. Tapi aku nak kongsi 'side income' dia tu... biasa la dah nama pun cari makan.

Tapi aku heran sangat2 dengan dia ni yang konon2nya lepasan UUM, tapi tahap pemikiran macam Papagomo. Ulasan dan penulisan dia dalam blog macam budak2, hentam kromo dan langsung tiada sandaran fakta.

Blogger2 pencacai macam ni dimestikan keluar posting2 sensasi yang dilihat menghentam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan bayaran.

Kadang2 tu diselitkan juga berita 'tibai' pemimpin2 UMNO yang tak sealiran dengan Boss (orang yang bagi makan) depa.

Jom nilai lah sendiri...

Khairy Feeling Ala-Ala Artis lagi..(Pics)

Pagi-pagi buta ni AS nak ajak hangpa semua layan gambar Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sempat lagi berphotoshoot untuk kosmo hari raya. Dibawah ni Khairy bergambar dengan hero Malaya yang meningkat naik iaitu Remy Ishak.

Sempat lagi Keri ye! Banyak lagi agenda perjuangan yang perlu pemuda perjuangkan, hang boleh lagi bergambar sana-sini feeling ala-ala artis nak berphotoshoot bagai untuk akhbar. Macamana la ramai blogger tak meluat kat hang kalu hang duk berperangai begini. AS ni kot mana pun boleh, kalau hang buat elok AS sokong, kalu hang duk merapu lagu ni, AS pun tumpang sekaki nak bantai.

Tapi kalau hang rasa dengan berfeeling ala model ni dapat meredakan tekanan hang, carry on ye lah. Mana tau dapat idea untuk perkasakan lagi pemuda lepas ni.

** Kalau hangpa teringin juga nak tengok blog dia, boleh pi kat sini.

Tuesday, August 2, 2011

Tok Non akui UMNO sekadar BONEKA di Pulau Pinang


WarkahDaily – ‘Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri’ di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu.

Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen.

Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno.

Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat ‘makan gaji buta’ oleh bangsa Melayu.

Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

“Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

“Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN,” katanya.

Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang.

Sumber : Warkahdaily