Tuesday, November 30, 2010

Kuasa Ketiga (3rd Force) adalah Gerakan "Anti Islam"

Saya nampak sebuah corak mula terbentuk. Kumpulan yang diketuai oleh Haris Ibrahim dan Raja Petra ini sudah mula melaungkan ketidak puasan hati mereka kepada PKR dan kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada pemilihan baru2 ini, mereka ini dilihat menyokong Zaid Ibrahim secara terbuka.

Kepada mereka yang mengikuti media2 berbahasa Inggeris di Malaysia ini sudah tentu mengenali penulis seperti Helen Ang and laman web “http://hartalmsm.wordpress.com/”. Pembaca sudah tentu akan melihat betapa kumpulan ini memusuhi apa sahaja agenda yang berbau ataupun bernama Islam. Haris Ibrahim sendiri terkenal sebagai tokoh yang terang-terang menolak hukum syariah dan hukum jenayah islam. Malahan, beliau cuba untuk meng”halal”kan murtad di Malaysia dengan kumpulan “Artikel 11” mereka.

Semenjak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri, kumpulan “Haris Ibrahim” ini dilihat amat kritikal dan bechok sekali memaki DAP kerana beberapa polisi Pro Islam yang dilaksanakan oleh DAP. Malahan, laman web “Hartalmsm” ini secara terbuka memaki Guan Eng kerana menjadikan Saidina Omar Abdul Aziz sebagai rujukan beliau.

Juga, tidak dinafikan laman web Hartalmsm ini adalah pro Israel dan pro zionis.

SEMUA PARTI DI MALAYSIA MESTI BERGERAK KE TENGAH UNTUK KEKAL MEMERINTAH

Amat bodoh bagi sesebuah parti yang mengekalkan agenda “elitis” mereka yang semata-mata mahu memuasakan nafsu serakah mereka sahaja tanpa mengira perasaan, kebimbangan serta hati nurani majoriti rakyat Malaysia.

Itulah sebabnya PAS Terengganu kerapkali kalah pilihanraya. Kepimpinan PAS Terengganu lebih suka bercakap pasal wala’ dan ketaatan kepada pemimpin dari menyelami perasaan serta hati nurani rakyat Terengganu yang tidak semestinya anti Islam atau menolak Islam. Tak hairanlah, Pesuruhjaya PAS Terengganu di sorak (di boo) oleh penyokong sendiri di Kemaman.

Begitu juga DAP. Mereka sedar mereka harus memikat hati orang Melayu dan Islam. Oleh sebab itu, pegangan politik mereka yang “ekstrem” satu masa dahulu, mereka korbankan. Mereka memulakan langkah memahami hati nurani dan sanubari pengundi Melayu dan Islam bermula dari pengundi2 Melayu PAkatan Rakyat.

Maka, pegangan ultra secular DAP semakin hari semakin longgar dan pegangan Islam mereka semakin hari semakin ketat. Tak hairanlah UMNO melalui agen mereka Khusrin Munawi kelam kelibut cuba menghalang wakil2 rakyat DAP berbuka puasa di masjid2 dan surau2.

Mana pernah dalam sejarah Barisan Najis wakil2 rakyat MCA dan MIC buka puasa di masjid2 dan surau2. Tapi sejarah dicipta di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Wakil2 rakyat DAP berpusu2 menghabiskan ramadhan bersama-sama orang2 Islam dan orang Melayu berbuka puasa bersama.

Saya dapat laporan, wakil rakyat DUN SUbang Jaya, berbuka puasa bergilir-gilir surau di dalam DUN beliau untuk KESELURUHAN RAMADHAN. Ertinya, besok nak raya, beliau masih lagi berbuka puasa dengan penduduk Islam di salah sebuah surau di DUN beliau.
Ertinya, DAP lebih mudah dilentur dan dirapatkan kepada kefahaman Islam yang sebenar berbanding MCA ataupun MIC. MCA dan MIC berkawan dengan UMNO dan UMNO sendiri menolak Islam dan menolak hukum Allah. Mana mungkin MCA dan MIC mampu memahami Islam?

KUMPULAN KETIGA TIDAK SUKA DAP KENDUR DENGAN ISLAM

Sebenarnya, inilah sebab mereka marah sangat dengan Anwar dan menolak Azmin sebagai Timbalan Presiden seterusnya menyokong Zaid Ibrahim. Bukanlah mereka ini suka sangat Zaid Ibrahim tu, tapi mereka melihat peluang mereka memanjangkan agenda ultra sekularisma mereka dapat dilaksanakan dengan sokongan kepada Zaid Ibrahim.

Namun, apakan daya, pengaruh Zaid dalam PKR tidaklah setinggi yang diharapkan. Hatta di Sabah sendiri Zaid ditolak oleh ahli-ahli PKR. Sokongan dari Jeffery yang diharap-harap tidak kesampaian kerana Jeffery sendiri tidak sepopular yang disangka di Sabah.

PKR sepatutnya memikirkan tokoh lain yang tiada sejarah hitam untuk Sabah. Ikuti contoh yang ditunjukkan di Sarawak. PKR menaikkan pemimpin dari kalangan mereka yang tiada rekod buruk dan bermasaalah.

Maka, dengan gagalnya projek mereka menaikkan Zaid Ibrahim, maka terpaksalah mereka mencari platform baru untuk mengenengahkan agenda ultra sekularisma mereka. Maka keluarlah cadangan “Kuasa Ketiga” (3rd Force) dari orang-orang seperti Haris Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin. Mereka ini tidak lain sedang mencuba untuk mewujudkan kumpulan pendesak yang komited kepada ideologi ultra sekular mereka.

KUASA KETIGA DIJEMPUT NAJIB MENYERTAI BARISAN NASIONAL

Saya tak terkejut kerana Najib sendiri bukanlah pemimpin yang hiraukan halal dan haram. Najib dengan mudah telah meluluskan lesen judi bola tanpa sedikit rasa dosa atau risau. Maka, bagi saya, hanya menunggu masa sahaja geng2 Kuasa Ketiga ini memberikan sokongan mereka kepada Najib TUn Razak. Mereka akan sedar bahawa agenda anti Islam mereka lebih sesuai dijalankan di dalam Barisan Nasional dan UMNO berbanding Pakatan Rakyat.

Dalam Barisan Nasional, KESEMUA parti menolak hudud dan hukum syariah Islam. Parti2 ini termasuk UMNO, MCA, MIC, Gerakan dsbnya. Mereka juga menolak apa sahaja usaha memartabatkan Islam serta mereka menyokong apa sahaja usaha yang diharamkan Islam i.e. Judi Bola.

Kumpulan Kuasa Ketiga ini hanya menunggu masa menjadi barua dan budak suruhan UMNO serta Barisan Nasional, pada pendapat saya. Mengapa? Kerana ideologi (akidah) mereka adalah sama dengan UMNO dan Barisan Nasional = Anti Islam.

Tulang Besi

ps. Allah SWT telah beri nikmat kepada TUlang Besi kerana Tulang Besi telah bertemu secara pribadi dengan kesemua Presiden/Yang Dipertua Agung PAS kecuali Dr Burhanuddin Helmi dan Tuan Haji Ahmad Fuad.

Tulang Besi sendiri pernah bertemu dengan Dr Abbas Alias, Presiden/YDP Agung PAS yang kedua sewaktu beliau menjadi Pengerusi Masjid Jamek Kuala Lumpur. TUlang Besi masih ingat arwah Dato Asri datang ke rumah Tulang Besi kerana jemputan makan malam oleh arwah bapa TUlang Besi dan TUlang Besi masih ingat Arwah Yusuf Ar Rawa datang ke kedai TUlang Besi dan arwah bapa TUlang Besi bawa beliau berjalan dengan menaiki lori 1 tan.
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah SWT.

Sunday, November 28, 2010

Anwar mahu kumpul semua calon kalah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR. "Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas. Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu. Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

Anwar Janji Siasat Dakwaan Kelemahan Dalam Pemilihan 2010

PETALING JAYA 28 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.

Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.

"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.

"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.

Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana calon untuk berbuat demikian.

Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.

Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.

Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.

"Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.

Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman.

Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.

"Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya.

Thursday, November 25, 2010

UMNO Semakin Terdesak dan Tertekan



Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencatatkan sejarahnya dalam menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat Negeri Pulau Pinang pada 21 November yang lalu. Selain daripada pembentangan resolusi dan idea pengukuhan pentadbiran, Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat Pulau Pinang merupakan acara kemuncak.

Jentera Pilihan Raya bersama telah menjadi igauan buat UMNO. Dek kerana kegagalan mereka memfitnah kerajaan negeri dengan pelbagai isu terutamanya isu sumbangan RM100 kepada warga emas. Akhirnya jalan terakhir untuk menarik kembali sokongan orang melayu adalah dengan cara melaga-lagakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Hari ini seluruh Pulau Pinang 'dihiasi' dengan kain rentang provokasi, kononnya dari PAS. Antaranya tertera tulisan "Kami tak nak duit judi" dengan logo PAS dan Bendera Pulau Pinang disebelah tulisannya.

Paku Seqepih sempat merakam salah satu banner yang dipasang oleh pencacai UMNO di Sungai Bakap.



Sambil tersenyum melihat banner tersebut lantas terlintas difikiran, "Mungkin inilah cara terakhir UMNO Laknatullah untuk meraih sokongan masyarakat melayu". Ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya terdesak, tertekan dan gelabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan kerana mereka tahu UMNO/BN bakal terkubur pada PRU13 nanti.

Wednesday, November 24, 2010

Saya kecewa proses pemilihan bukan kerana tewas saingan - Mustaffa


KUALA LUMPUR, 24 Nov — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya “kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan bersejarah yang menggunakan sistem langsung.

“Saya kecewa dengan kelompongan-kelompongan yang wujud, penyelewengan, dan kelemahan dalam proses (pengundian).

“Soal keputusan itu perkara kedua, saya tidak kecewa, bagi saya proses itu yang penting dan perlu dijalankan dengan baik,” kata Mustaffa (gambar) yang pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden.

PKR selesai mengadakan pemilihan secara langsung membolehkan setiap ahli memilih kepimpinan pusat berbanding sistem lama menggunakan perwakilan selepas meminda perlembagaan tahun lalu.

Mustaffa juga bimbang sekiranya pimpinan parti dan pihak-pihak terbabit dalam parti tidak mengambil tindakan ke atas aduan dan laporan berhubung pemilihan, akan menjejaskan tahap keyakinan di kalangan ahli.

“Ini akan membawa kepada tindakan-tindakan di luar jangkaan, tindakan keluar parti ahli-ahli yang hilang tahap keyakinan terhadap parti,” kata Mustaffa yang walaupun tidak pasti jumlahnya, tetapi yakin ia akan membabitkan kadar signifikan.

Beliau juga mengakui akan ada tanggapan bahawa pandangan-pandangan agar parti memperbaiki kelemahan dan kepincangan akan dilihat sebagai “pengkhianat.”

Kata beliau, ahli-ahli PKR merupakan golongan yang “kritikal”, yang mana sebahagian besar menyertai parti komponen Pakatan Rakyat ini selepas kecewa dengan parti masing-masing.

“Mereka ini kritikal dengan kepimpinan parti masing-masing, dan sebab itu meninggalkan parti mereka dan menyertai PKR.

“Jadi, pimpinan parti mesti mendengar keresahan dan rintihan yang dikemukakan oleh ahli-ahli mengenai pemilihan langsung ini, walaupun sistem satu ahli satu undi memang baik niatnya,” kata Mustaffa lagi.

Mustaffa, Pengerusi PKR Perak, tewas di tangan Azmin Ali yang juga seorang naib presiden parti dengan perbezaan undi yang besar.

Awalnya tiga orang bertanding jawatan itu tetapi Datuk Zaid Ibrahim telah menarik diri selepas minggu kedua proses pengundian atas alasan wujud banyak kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kepimpinan parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya.

Mustaffa sebelum ini dua kali meminta proses pengundian ditangguhkan dan pemilihan baru diadakan.

Bagaimanapun JPP memutuskan untuk meneruskan pemilihan sebagaimana telah dijadualkan. Proses pengundian pemilihan pusat ini diadakan selama 10 hari dan Ahad lalu adalah hari terakhir.

“Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.

“Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan 16 November lalu.

Bagaimanapun beliau meneruskan saingannya dalam protes.

“Dalam erti kata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.

“Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan,” katanya sebelum ini.

Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan PKR benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.

Dalam ulasan hari ini, Mustaffa menambah beliau masih berpendirian bahawa JPP dan pimpinan parti mesti menyelesaikan kesemua aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan mesti diselesaikan sebelum kongres hujung minggu ini.

“Saya berharap semua ini akan ditangani oleh JPP dan pihak kepimpinan parti sebelum Kongres kerana masih ada aduan yang tidak ditangani sehingga sekarang,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tiada rancangan untuk membuat desakan terbaru.

“Apa yang dikemukakan sudah mencukupi,” katanya.


Friday, November 19, 2010

JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu malah pekak?

Oleh : Beduk Canang

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bukan sahaja dilanda wabak sindrom penafian dan sindrom bisu, malah turut dilanda wabak sindrom pekak?

Mungkinkah kecamanan seperti ini yang diperlukan oleh JPP Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggerakkan Jawatankuasa itu agar mula bertindak dengan tegas dan adil?

Kelembapan ini begitu ketara apabila sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh jawatankuasa terhadap senarai panjang aduan yang dibuat oleh ahli parti semenjak peringkat pencalonan dan kini pusingan keempat hampir tiba.

Kelembapan JPP bertindak akhirnya telah mendorong Ketua AMK Rasah, Zamri Vinoth dengan sengaja menonjolkan dirinya sebagai ‘pengundi hantu di siang hari’ bagi menarik perhatian JPP tersebut.

Sengaja mahu dipanggil JPP

“Sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang,” kata Zamri Vinoth dalam satu kenyataan medianya semalam.

Bagaimana pun beliau kecewa apabila tidak dipanggil mengadap JPP walaupun setelah dua minggu dari peristiwa ‘tangkapan’ tersebut berlaku.

JPP mahu pengakuan arahan Chegu Bard dan dibayar

Sebaliknya, beliau telah menerima panggilan telefon dari JPP yang cuba mendorong beliau membuat pengakuan palsu yang bertujuan memburukan imej calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.

“Namun setelah dua minggu saya menanti tidak ada sebarang panggilan untuk saya mengadap JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP.

“Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh chegu Bard,” kata beliau.

Panggilan berbaur ugutan oleh JPP

Tidak menghairankan profesionalisme anggota-anggota JPP yang dilantik ini diragui oleh ahli partinya sendiri apabila salah seorang JPP yang menghubungi Zamri turut menghamburkan kenyataan berbaur ugutan.

“Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP dimana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

“Vinoth, you better watch out!” Selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi,” menurut kenyataan Zamri itu lagi.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan keputusan di Cabang Tampin yang menyebelahi Chegu Bard sebaliknya hanya mendiamkan diri terhadap keputusan cabang lain yang menyebelahinya dalam margin yang sama.

Untuk rekod, sehingga kini keputusan undian dengan margin meragukan di cabang-cabang lebih banyak memihak kepada Shamsul sendiri.

Malah, keputusan terbaru di beberapa cabang di Sabah, seperti Cabang Batu Sapi yang mencatatkan kemenangan bergaya Shamsul, 509 undian berbanding hanya 86 undian memihak kepada Chegu Bard.

Jumlah undian di Cabang Batu Sapi dianggap mengejutkan dan luar biasa jika dibandingkan kesukaran jentera pilihan raya PKR untuk mendapatkan PACA (agen pengundian, agen pengiraan) ketika PRK yang baru berlangsung baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Zamri turut mendedahkan penyelewengan yang berlaku ketika pencalonan dan pengundian di Cabang Tampin, Kubang Pasu dan Kota Raja.


Tuesday, November 16, 2010

Bernasib baikkah kita?

Bila berlakunya sesuatu kemalangan khususnya kemalangan jalan raya, di tengah-tengah keluhan meratap kecederaan ataupun kehilangan, pasti ada yang bersangka-baik (sentiasa berfikiran positif?). Kedengaran ayat-ayat seperti;

“Nasib baik mangsa hanya cedera, kalau mati kesian anak-anaknya yang masih kecil!”

“Nasib baik hanya mati ibu, kalau mati dua-dua ibu bapa maka yatim-piatu lah anak-anak mereka!”

Malah kalau kemalangan berakhir mautpun ada yang masih bersangka-baik.

“Nasib baik sianu-anu itu terus sampai ajalnya dalam kemalangan itu. Hancur kedua-dua kakinya! Kalau panjang umur, susah hidupnya.”

Itulah manusia makhluk Allah yang sentiasa diuji dan pada masa yang sama sentiasa redha dan bersangka-baik.

Sebelum penamaan PRK Hulu Selangor 17 April 2010, tiga nama disebut-sebut sebagai calon. Dua nama iaitu Dato’ Mohd Zaid Ibrahim dan Dr Halili Rahmat disebut-sebut menjadi pilihan. Dato’ Zaid yang ketika itu baru berpatah arang dengan UMNO kerana “prinsip kehakiman” manakala Dr Halili seorang Neurosurgeon yang juga pakar bedah saraf dan mempunyai hubungan dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa disangka-sangka dua hari selepas penamaan calon yang menyaksikan Dato’ Zaid diumumkan sebagai calon PKR, Dr Halili mengumumkan keluar parti PKR.

Ramai yang kesal tetapi ada yang bersangka-baik dan mengurut data.

“Nasib baik Dr Halili tak terpilih sebagai calon! Katalah dia terpilih dan menang pula sebagai YB dan kemudiannya lompat parti, lagi haru!”

“Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.” Ujar Nabil atau nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad, 27, Raja Lawak Astro Musim Kedua dalam Kosmo Ahad mengulas berita tersebarnya gambar beliau beraksi panas bercium bibir dengan seorang lagi artis pendatang baru Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18.

Kau pun nasib baik jugalah Nabil!

Teringat aku kepada Mail Jagung, peniaga kuih di Bazar Ramadan Kamunting. Bila hujan berlarutan hingga masa berbuka, dia akan telefon aku.

“Wan, nasib baik kau ada hari ini. Mai gerai aku ambik kuih. Banyak lebih ini. Hang bawalah ke surau!”

Biasanya aku akan jawab; “naib baik hujan, berpahala kau hari ini!”

Terbaru pada 8 November lalu, Dato’ Zaid mengumumkan menarik diri dari pemilihan Timbalan Presiden PKR dan meletak semua jawatan dalam parti.

Ramai yang kesal tetapi ada juga yang bersangka-baik dan mengurut data.

“Nasib baik Dato’ Zaid tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden! Katalah dia terpilih dan selepas itu meletak jawatan seperti Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Pertama PKR dulu) lagi haru!”

Hari ini media arus perdana melaporkan Dato’ Zaid keluar parti dan sebelumnya ada juga laporan media menyatakan beliau akan menubuhkan parti baru, adakah ianya juga “nasib baik” kepada PKR khususnya dan kepada PR amnya?

Wan Larut Wan Muda
wanlarut@gmail.com

Tetamu Bertandang Yang Membakar Rumah

Oleh : Goh Keat Peng

zaiduntukrakyatDia dijemput ke dalam rumah dengan harapan seperti, mana orang lain, diterima sebagai sebahagian daripada keluarga.

Anda melayannya bukan seperti tetamu tapi sebagai ahli keluarga. Dia dianggap sebagai ahli keluarga. Anda berikan dia peranan besar dalam keluarga bukan sekadar olok-olok atau kosmetik tetapi jawatan tinggi yang menjadi tunggak kepada kejayaan perniagaan keluarga anda.

Dia dipertanggungjawabkan dengan peranan besar, lebih besar dan penting daripada yang diberikan kepada ahli keluarga lain yang lebih kanan daripadanya yang tidak menikmati penghormatan itu sehingga kini.

Tetapi semuanya tidak mencukupi baginya. Tumpuannya bukan kepada tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Malah perjumpaan keluarga yang penting juga tidak menjadi agenda utama mahupun mengamit kehadirannya.

Dia mempunyai peluang untuk membuat kemajuan di dalam keluarga dan untuk itu sudah tentu akan mendapat pujian serta berbudi jika hanya dia melaksanakan tugas yang digalas.

Mungkin juga dia akan menerima rasa hormat dari pengkritiknya dengan menyelesaikan tugasan dalaman yang diberi. (Anda diminta untuk membasuh pinggan mangkuk bukan untuk melambakkannya di sinki dapur atau lebih teruk pecahkannya.)

Akhirnya setelah setahun berada di dalam keluarga, dia mahu berada di kedudukan nombor dua setelah ibu dan ayah dalam keluarga.

Mungkin tidak salah juga tetapi apa yang jengkel ialah cara dia mencapai hasratnya itu.

Daripada pengakuannya sendiri dia mahu meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa berselindung yakni memanggil cangkul sebagai cangkul. Keadaan ini diterima selagi dia yang melakukannya tetapi apabila pihak lain berbuat yang sama dia mula berteriak ia tidak adil malah melabelkan perbuatan itu sebagai sabotaj dan fitnah.

Saya ingin bertanya adakah seseorang yang mencipta cangkul itu akan berkata hanya dia sahaja yang berhak menggunakannya di dalam dunia ini?

Jadi bertolak daripada itu, dia berfikir adalah betul baginya untuk bercakap mengenai sesiapa sahaja tetapi tidak boleh menerima hakikat apabila perbuatan yang sama dilakukan oleh orang lain.

Dia gelarkan dirinya sebagai penyampai mesej dan mereka yang bercanggah dengannya dianggap berniat jahat untuk menghapusnya.

Itu juga boleh diterima dan dalam lingkungan haknya. Ini juga tidak mencukupi. Malah sebelum menduduki tempat kedua dalam keluarga dia dengan bangga berkata mampu menyaingi ketua keluarga.

Kemudian apabila tindakannya itu tidak disukai oleh ahli keluarga yang lain dia berkata sudah tiba masanya ketua keluarga meninggalkan rumah! Malah dituduh ketua keluarga sebagai punca segala masalah dalam rumah tangga dan ketua keluarga patut berambus jika mahu keluarga terus makmur.

Jika ini tidak dicapai dia mahu membakar rumah yang didiami pula seolah-olah berfikiran," kalau aku tidak dapat apa yang aku mahu orang juga tidak boleh mendapatkannya, rumah tanpa diriku tidak ada nilainya".

Dalam mana-mana keluarga sudah tentu ada perbezaan pendapat, rungutan dan setiap keluarga akan mengatasi semua itu dari masa ke semasa.

Tapi bukannya bertindak membakar rumah yang diduduki!

Apa moral cerita ini? Bila anda buka pintu rumah anda kepada tetamu yang bertandang ke rumah, pastikan anda bersedia memanggil bomba terdekat!


www.ongohing.wordpress.com


Mustaffa ulang desak tangguh pemilihan PKR

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamili Ayub hari ini mengulangi desakan supaya pemilihan PKR ditangguhkan kerana 'kelompongan' dalam pengurusan pemilihan parti itu didakwa masih berterusan.

Katanya, terdapat beberapa aduan tambahan sedang dibuat, termasuk oleh beberapa calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memfailkan kes khusus untuk disiasat.

"Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden dalam protes," katanya yang mencuba nasib kerusi timbalan presiden.

"Dalam erti kata (lain), kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan."

Sebelum ini, Mustaffa pernah membuat gesaan yang sama dalam sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim - bekas calon jawatan sama - di Petaling Jaya.

Walaupun berkata akan mengambil "tindakan tegas, Mustaffa sebelum inu meneruskan hasrat bertanding setelah diberikan "tiga komitmen" oleh Pengerusi JPP Dr Molly Cheah.

Dalam satu kenyataan hari ini, mendakwa mewakili sejumlah anggota PKR, Mustaffa menggesa penangguhan itu dilakukan bagi memberi masa supaya aduan dan bantahan ditangani; melakukan penambahbaikan dalam Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan urusan logistik.

"Dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas dalam membetulkan dakwaan dan tanggapan meluas campurtangan pimpinan tertentu memperalatkan JPP.

Bekas aktivis dan NGO Islam itu berkata, bukan sesuatu yang aib bagi pucuk pimpinan PKR mendengar keluhan akar umbi itu.

"Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan PKR benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya," tambah Mustaffa.

"PKR sewajarnya benar-benar tampil mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan model yang terbaik kepada rakyat Malaysia termasuk proses pemilihan parti yang demokratik dari segi konsep serta perlaksanaannya."

Selepas selesai 165 cabang Ahad lalu, Mustaffa ketinggalan dengan 11 ribu undi di belakang seorang lagi Naib Presiden Azmin Ali.

Monday, November 15, 2010

Alkisah 'Orang Baru'


Aku tak setuju Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dan sebab aku tak setuju ialah dia tak sepatutnya merendahkan statusnya dengan melibatkan diri dalam politik kotor. Dan ini yang akan berlaku sekiranya dia bertanding – yang mana sekarang terbukti betul.

Walau macam mana pun, ramai yang tak bersetuju Zaid terjun untuk bertanding pasai dia baru dalam parti, belum diuji, belum diuji kesetiaannya kepada perjuangan, mungkin juga Kuda Trojan, pengacau, pemecahbelah dalam parti dan macm-macam lagi.

Aku tak setuju dengan alasan-alasan tersebut walaupun aku setuju dia tak sepatutnya bertanding.

Pada tahun 1968, Anwar Ibrahim merupakan aktivis pelajar, pemimpin ‘Kuasa Ketiga’ kalau hangpa nak panggil. Pada tahun 1971, ABIM ditubuhkan, yang mana kemudiannya menjadi satu kuasa ketiga yang cukup kuat di Malaysia. Dengan menggunakan landasan ABIM, Anwar menjelajah keseluruh negara untuk bercakap dalam ceramah-ceramah Pas walaupun dia bukan ahli Pas.

Ianya sudah dipersetujui bahawa satu hari nanti, Anwar akan menjadi Presiden Pas – yang mana merupakan harapan Presiden Pas masa itu, Fadzil Noor. (dia sendiri cakap kat aku semasa kami berjumpa di Mekah pada tahun 1982.)

Tetapi pada tahun yang sama, Anwar memeranjatkan semua orang apabila menyertai Umno. (Mahathir sendiri mengakui langkah ini adalah untuk menghalang Anwar dari menyertai Pas.) Kami semua betul-betul kecewa, begitu juga Fadzil Noor , yang hanya menggeleng kepala dan tidak mampu untuk berkata apa-apa bila kami membincangkan hal ini.

Tapi ini bukan isu yang nak aku ceritakan hari ini. Apa yang aku nak cerita ialah pada tahun 1982 Anwar menyertai Umno dan dalam tahun yang sama dia menentang Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dari pembangkang, menyertai Umno dan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno…semuanya dalam tahun yang sama.

Kena ingat, jawatan Ketua Pemuda Umno pada masa itu merupakan jawatan yang kedua paling berkuasa didalam Umno, malah lebih berkuasa dari jawatan Timbalan Presiden parti. Pada masa itu, Pemuda Umno merupakan parti didalam parti. Ia merupakan kumpulan pendesak kepada Umno. Dan Umno lebih takut kepada Pemuda Umno berbanding pembangkang.

Alasan yang diberikan oleh Anwar ketika menentang Suhaimi, walaupun dia terlalu abru didalam Umno, ialah Pemuda Umno dibawah Suhaimi, telah hilang taringnya. Pemuda Umno tidak lagi menjadi parti didalam parti ataupun kumpulan pendesak. Oleh itu, Suhaimi perlu berundur dan Anwar akan mengambil alih kepimpinan Pemuda supaya kegemilangan Pemuda Umno dapat dikembalikan.

Ramai yang merungut bahawa Anwar terlalu baru dalam parti. dia kena jadi ahli Umno untuk sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum menjawat apa-apa jawatan dalam aprti atau pun bertanding dalam pilihanraya. (Anwar bertanding dalam pilihanraya umum 1982 dan dilantik kekabinet sebaik saja memenangi kerusi Permatang Pauh)

Walaupun begitu, secara rasmi, Anwar layak untuk bertanding. Tapi ramai didalam Pemuda Umno tidak menyokongnya kerana latarbelakang pembangkangnya, dan dia terlalu baru dalam parti, belum diuji kemampuannya, belum terbukti kesetiaannya kepada perjuangan, mungkin juga Kuda Trojan, pengacau, pemecahbelah parti, dan macam-macam lagi. (sama seperti apa yang depa katakan kepada Zaid sekarang)

Jadi, Anwar terpaksa meminta sokongan diluar parti. Zainol Abdul Rahman, Pengarah Arkib Negara Terengganu (ahli ABIM dan juga bekas pensyarah Yayasan Anda) berjumpa dengan aku untuk membantu kempen Anwar.

Tapi kami semua “orang luar” (seperti yang dikatakan oleh Anwar minggu lepas). Kami bukan ahli Umno. Malah, kami adalah penyokong tegar PAS. Walaubagaimanapun, kami berkempen untuk Anwar dan dia akhirnya memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno. Dan pada pemilihan berikutnya, kami melakukan perkara yang sama apabila Suhaimi menentang Anwar. Begitu juga pada pusingan ketiga, apabila Syed Hamid Albar cuba untuk merampas jawatan tersebut dari Anwar, kami juga turut berkempen untuk Anwar.

Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut dan setiap kali, dia menang. Walaupun kebanyakan dari kami bukan ahli Umno dan merupakan “orang luar”.

Isu tentang Anwar orang baru dalam parti, belum terbukti kemampuannya, belum terbukti kesetiaannya terhadap perjuangan, kemungkinan seekor Kuda Trojan, pengacau, pemecahbelah parti…bukan isu. Isu tentang adakah Anwar benar-benar sudah menjadi ahli Umno selama lima tahun juga tidak dibangkitan.

Apa yang penting, Suhaimi tidak efektif dan oleh itu perlu digantikan dengan seseorang yang lebih agresif.

Jadi, aku tak boleh terima semua sebab mengapa Zaid tak boleh bertanding jawatan kedua penting dalam PKR – walaupun aku setuju dia jangan bertanding, tapi atas sebab yang lain. Kalau alasan-alasan yang diatas digunakan terhadap zaid, maka Anwar juga tak sepatutnya bertanding jawatan kedua pentingnya dalam Umno….Ketua Pemuda Umno.

Kita tak boleh “mengubah undang-undang” bila masa ia sesuai dengan kita dan mengubahnya bila ia tak sesuai dengan kita. Dan biar aku ingatkan Anwar bahawa “orang luar” macam akami lah yang membantu menaikkan dia dalam Umno. Kalau dibiarkan kepada Ahli Umno, mereka pasti menendang dia keluar kerana Anwar dianggap terlalu baru dalam parti, belum terbukti kesetaannya kepada perjuangan, mungkin juga Trojan Horse, pengacau, pemecahbelah parti dan macam-macam lagi.

(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra… About it being too early.

Friday, November 12, 2010

Mustaffa Tetap Bertanding Timbalan Presiden, Mahu JPP Bertindak Atas Memorandum


PETALING JAYA 12 Nov - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub berkata beliau membuat keputusan untuk terus bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 walaupun mengambil langkah tersebut dalam keadaan protes.

Dalam satu kenyataan media hari ini Mustaffa menegaskan tindakan ini berdasarkan keyakinan beliau bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan meneliti, mengkaji serta mengambil tindakan terhadap memorandum yang dihantar beliau 9 November lalu.

Memorandum tersebut antara lain meminta JPP memastikan Pemilihan 2010 yang telah dan sedang berlangsung sekarang benar-benar bersih, bebas dan adil mengikut etika Pemilihan 2010 yang dikeluarkan oleh badan itu.

"Sesungguhnya saya ingin menegaskan bahawa 'demi mempertahankan prinsip keadilan' saya dan rakan-rakan meletakkan keyakinan dan harapan kepada Pengerusi JPP agar segera membuat siasatan terhadap manipulasi pemilihan melalui aduan dan bantahan daripada cabang-cabang yang telah diterima dan yang akan menghantar bantahan seterusnya untuk tindakan praktis daripada JPP.

"Sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk mewujudkan Politik Baru, Budaya Baru seperti yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin dan anggota parti 12 tahun yang lalu, ianya hendaklah benar-benar dihayati dan dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat termasuklah dalam proses Pemilihan 2010 yang berlangsung kini dengan meletakkan sistem demokrasi yang tulen berlaku dalam parti dan di negara ini.

Kekuatan dan prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat (PR) terus diintai oleh Barisan Nasional (BN) dan mereka sentiasa mencari usaha-usaha yang berterusan untuk memecah dan melemahkan parti kita dari semasa kesemasa. Saya ingin mengingatkan anggota dan penyokong KEADILAN dan PR supaya jangan terpengaruh dengan manupulasi media tertentu yang sentiasa mencari jalan untuk terus menjatuhkan kredibiliti pemimpin rakyat iaitu Anwar Ibrahim," tegas Mustaffa dalam kenyataan beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak menyanjung jasa, sumbangan dan kesan besar yang di bawa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara khususnya menggerakkan perubahan rakyat sehingga berlakunya ‘Tsunami Politik 2008’.

"Keupayaan beliau memperjuangkan isu-isu penyelewengan pemerintah dan penyedaran rakyat terhadap perubahan kepimpinan negara amat diperlukan oleh KEADILAN dan PR di negara ini. Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak sekian lama dan semua rakyat mestilah mendokong kepimpinan beliau.

"Sekaligus saya ingin membuat penyataan bahawa tanggapan sebahagian anggota parti mengenai kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim meminta Anwar Ibrahim berundur adalah tidak benar sama sekali. Kehadiran saya bersama Zaid Ibrahim seperti termuat didalam akhbar adalah atas prinsip bersama yang meminta JPP berlaku adil dalam proses Pemilihan 2010 ini dan menyekat unsur-unsur manipulasi yang berlaku dalam pemilihan.

"Saya sedar dan faham bahawa kehadiran saya itu telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak termasuk sesetengah pimpinan parti untuk menjatuhkan kredibiliti saya. Jangan biarkan politik adu domba, fitnah berlaku dalam parti kita. Jangan kerana saya selaku anggota parti memberikan pandangan berbeda, senang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menfitnah saya dan akar umbi yang menyokong saya," jelas beliau lagi.

Mustaffa berkata hasil pertemuan dengan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah semalam tiga rumusan muafakat serta komitmen utama telah dicapai iaitu:-

1. JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.

2.Sebuah panel pemantau pakar akan diwujudkan bagi memantau tahap ketelusan dan integriti JPP dalam Pemilihan 2010.

3.Melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan-cadangan yang di buat didalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan-aduan dan bantahan-bantahan yang telah dikemukakan samada diperingkat pemilihan cabang mahupun pusat bagi membaiki kesilapan lalu.

Mustaffa juga berkata berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan “Politik Nilai” sebagai cagaran dan misi, beliau menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden sambil menegaskan:-

1. JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang di terima.

2. JPP hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan MATC dan pemilihan MPP kini.

"Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan anggota dan pimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku, lantas mahu memboikot atau menarik diri dari proses pemilihan, atau memohon menangguhkan Pemilihan 2010, namun demi kepentingan parti jika Pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden walaupun didalam protes. Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota di peringkat akar umbi, yang menginginkan saya terus bertanding bagi Timbalan Presiden KEADILAN.

"Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan survival dan maruah parti. Sesungguhnya saya merayu kepada semua anggota parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini.

"Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, anggota parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti. Saya juga akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana,toleransi, kasih sayang serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti," kata Mustaffa lagi.

Wednesday, November 10, 2010

Kuat Lagikah Pengaruh ABIM dalam PKR?


Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga hari ini masih dikaitkan dengan kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia, Abim, walaupun mempunyai agenda yang berbeza pada masa ini.

Abim pada masa kini mempunyai agenda yang berbeza dengan Anwar yang semakin dekat dengan agenda liberal, walaupun hanya untuk kepentingan jangka pendek.

Kontroversi nama Allah dan pelbagai isu lain meletakkan Abim dengan Anwar dalam kedudukan bertentangan, tetapi Anwar masih mendapat sokongan tokoh-tokoh tertentu seperti Mustaffa Kamil Ayub dan Muhammad Nur Manutty.

Muhammad Nur mencetuskan rasa kurang senang ramai dalam Abim dan ramai tokoh gerakan Islam yang dekat dengan beliau kerana menyokong pandangan Anwar dalam isu kalimah Allah.

Mustaffa Kamil Ayub, antara tokoh faksi Abim dalam PKR sudah mula menunjukkan penentangan terhadap Anwar, walaupun ada yang menjangka beliau akhirnya tidak akan berbuat sebarang tindakan drastik.

Hubungan kompleks Anwar dengan Abim, atau individu-individu dalam Abim menyebabkan berlaku turun naik dalam hubungan Anwar dan juga PKR dengan Abim.

Abim menjadi satu kumpulan yang kuat menyokong Anwar selepas September 1998, tetapi kemudian disingkir beramai-ramai oleh faksi bekas Umno, liberal dan berhaluan kiri dalam parti, semasa itu Parti Keadilan Nasional.

Walau bagaimanapun, beberapa tokoh seperti Mustaffa kekal dalam kedudukan selesa, tetapi kehadiran aktivis berlatarbelakang gerakan Islam masih tidak disenangi ramai dalam PKR.

Tokoh-tokoh seperti Mustaffa dan Muhammad Nur dilihat dipergunakan untuk melayan sentimen Islam dalam parti dan dalam politik nasional, tetapi tidak akan diberikan posisi yang lebih penting melainkan menjadi orang kuat Anwar yang menyokong semua agendanya.

Usaha Mustaffa meneruskan perjuangan dalam PKR dilihat memberi harapan kepada faksi Abim tetapi perkembangan hari ini menunjukkan sukar untuk Abim memberi impak kepada PKR.

Apapun, Anwar masih mempunyai tarikan terhadap ahli-ahli Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM yang boleh menjadi penyokong dan pengikut Anwar.

Persaingan faksi Abim dengan kumpulan-kumpulan lain masih berlangsung dalam PKR, dengan Anwar menjadi faktor yang mengekalkan mereka dalam parti itu.

Walaupun dikritik sebagai dipergunakan oleh Anwar hanya untuk masa tertentu, ramai aktivis Abim masih meletakkan harapan pada Anwar.

Tuesday, November 9, 2010

Masih ingatkah mereka "Deklarasi Permatang Pauh"

Ramai di kalangan ahli PKR, samada pemimpin atau yang dipimpin sudah lupa akan apa yang pernah dilaungkan 12 tahun yang lalu.

Malah ada juga pemimpin berstatus 'Yang Berhormat' langsung tidak tahu isi dan bait-bait yang terkandung di dalam "Deklarasi Permatang Pauh". Dan kini tidak hairanlah jika ada sebahagiannya yang berperangai seperti UMNO/Barisan Nasional.

Sebenarnya setiap ahli wajib menghadam setiap perenggan deklarasi tersebut supaya dijadikan panduan seterusnya mengelak kita tergelincir ke lembah kehinaan. Dengan rasa tanggungjawab; nasihat menasihati sesama insan, blog ini menyorot kembali apa yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau terpenjara.

DEKLARASI PERMATANG PAUH

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud "tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami," ;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh
12 September 1998

Surat terbuka buat Sdr. Mustaffa Kamil Ayub

8 November 2010

Sebagai sahabat seperjuangan Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang mengenali beliau secara dekat ketika bersama dalam gerakan belia, saya menggesa Sdr. Mustaffa Kamil untuk menjaga integriti peribadi beliau dengan menarik diri dari proses pemilihan PKR yang nyatanya berat sebelah dan dipenuhi manipulasi oleh pihak lain yang bertanding.

Tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang menarik diri adalah sesuatu yang tidak mengejutkan berikutan rentetan dakwaan beliau bahawa terdapat manipulasi undi yang memenangkan YB Azmin Ali. Kelemahan dan permasalahan berbangkit tentang pengurusan pemilihan PKR oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat PKR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pemilihan PKR sememangnya sungguh meragukan.

Apa yang berlaku di cabang Libaran dan Sandakan adalah bukti jelas proses pengundian yang tercemar di mana berlakunya manipulasi undi. Di cabang Libaran dengan seramai 1,501 ahli, sebanyak 898 ahli keluar mengundi dengan peratusan keluar mengundi 59.83%. Keputusannya, Azmin dapat 881 undi, Zaid 8 undi dan Sdr. Mus 6 undi. Sedangkan semasa pemilihan Jawatankuasa Cabang PKR Libaran hanya 99 ahli (6.60%) sahaja yang datang. Mana mungkin dalam tempoh kurang sebulan peningkatan keluar mengundi begitu mendadak.

Isu yang kedua, JPP hanya mencetak 50% kertas undi dari jumlah semua ahli dalam sesuatu cabang. Tetapi bagaimana pula di cabang Libaran, kertas undi dan jumlah yang keluar mengundi lebih besar dari jumlah kertas undi yang disediakan.

Perkara yang sama juga berlaku di cabang Sandakan dengan anggota parti seramai 1,047 orang. Sejumlah 456 orang keluar mengundi (43.55%), sedangkan pemilihan peringkat cabang yang sepatutnya lebih ramai dan lebih panas hanya 81 orang yang hadir. Mana mungkin peningkatan begitu mendadak dan menyaksikan Azmin mendapat 417 undi, Zaid 25 undi dan Sdr Mus 13 undi.

Dalam masa sama, 16 cabang di Sabah yang turut sama mengadakan pemilihan hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi secara purata 8.09%. Hanya Libaran dan Sandakan yang begitu ketara perbezaannya.

Saya menggesa Sdr Mustaffa Kamil Ayub untuk turut menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden demi menjaga integriti peribadi beliau, serta untuk menghantar mesej yang jelas kepada JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat. Kedua-dua badan tersebut mesti digantung dari menguruskan pemilihan ini, yang kini jelas diragui dan tidak telus. Puncuk pimpinan, khususnya Ketua Umum sewajarnya membuat tindakan bagi mengelak perpecahan yang lebih parah jika pemilihan PKR diteruskan.

Abdul Aziz Anon

Sumber : Mat Saman Kati

Era politik baru dalam PKR


Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.

Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.

Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.

Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.

Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.

Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.

Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.

2.30 pagi, aku dapat sms..”Zaid tarik diri.” Good!! I don’t have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.

Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.

Sumber : Mat Saman Kati


Monday, November 8, 2010

Rentetan tindakan Zaid, Mustaffa gesa pemilihan PKR ditangguh


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, sudah sampai masanya proses pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangguhkan sementara segala kepincangan yang didakwa wujud diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, beliau akan mengemukakan satu memorandum komprehensif mengenai isu-isu yang timbul sejak proses pemilihan pusat dimulakan 29 Oktober lalu kepada sekretariat parti untuk tindakan.

Bagaimanapun kata Mustaffa, sama ada beliau akan mengekori keputusan Datuk Zaid Ibrahim yang memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu, bergantung pada tindakan diambil pucuk kepimpinan terhadap memorandum tersebut.

“Kita tengok dulu hasil tindakan berhubung memorandum (yang akan dihantar kepada sekretariat),” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengenai tindakan Zaid yang diumumkan menerusi blognya awal pagi ini.

Mustaffa mengulas perkembangan yang menyelubungi proses pemilihan parti, antara lain Zaid meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan bahawa pemilihan dicemari kecacatan dan tidak dijalankan dengan adil.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan yang tidak adil meskipun isu-isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali sebelum ini.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.

Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan Anwar, dan Mustaffa.

Azmin dan Mustaffa masing-masing merupakan Pengerusi PKR Selangor dan Perak.

Selepas 87 cabang menyelesaikan proses pengundian sehingga semalam, Azmin berada jauh di depan dengan menguasai sebahagian besar undi dari Sabah.

Sambil berpendapat keputusan Zaid itu sebagai sesuatu yang tidak baik bagi parti, jelas Mustaffa, tindakan itu menunjukkan beliau sudah tidak yakin dengan proses pemilihan parti.

Mustaffa berkata, beliau mendengar beberapa kepincangan yang turut wujud ketika proses pemilihan pusat di Sabah kelmarin dan semalam.

“Sebagai contoh, saya mendengar ketika pemilihan cabang, yang keluar mengundi hanya sekitar 100 orang tetapi meningkat beratus ketika pemilihan pusat,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan ia merujuk kepada peratusan keluar mengundi yang begitu tinggi di cabang Sandakan dan Libaran.

“Bukan itu sahaja sebabnya (isu di Sabah), kemungkinan beliau (Zaid) ada sebab-sebab lain tersendiri,” kata Mustaffa lagi.

“Saya sedang menyediakan memorandum yang komprehensif, dengan sebab-sebab yang baik dan munasabah mengapa pemilihan ini perlu ditangguhkan,” kata beliau lagi.

“Saya sedang mengumpulkan bukti, fakta untuk menyediakan satu memorandum yang komprehensif mengenai pemilihan... sebagaimana saya katakan minggu lalu, pemilihan ini harus ditangguhkan buat sementara waktu,” kata Mustaffa.

Katanya, memorandum itu akan diserahkan kepada sekretariat parti sama ada esok ataupun Rabu ini.


Zaid: Notis blog sudah cukup, buat apa perlu surat rasmi


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.

“Jika saya tidak menghantar notis (rasmi), apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Menjawab soalan bahawa beliau masih merupakan calon dalam saingan jika tidak berbuat demikian, Zaid menolak tanggapan itu dengan menekankan bahawa beliau tidak nampak keperluan menghantar sebarang surat rasmi kepada kepimpinan parti.

Dalam kenyataan terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid masih dalam saingan timbalan presiden memandangkan sekretariat pemilihan parti masih belum menerima notis yang beliau telah menarik diri daripada bertanding.

Bercakap kepada The Malaysian Insider Saifuddin berkata, pengumuman dibuat menerusi blognya pagi ini bukan satu notis rasmi untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu.

“Sehingga beliau menghantar notis rasmi, beliau masih kekal dalam persaingan. Media hanya memetik pengumuman beliau daripada blognya,” kata Saifuddin.

Saifuddin menjelaskan, Zaid perlu menghantar notis rasmi kepada parti berhubung perkara tersebut.

Katanya, parti tiada rancangan untuk mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding ataupun dakwaannya bahawa wujud manipulasi dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.

Dalam komen susulan tengah hari ini, Zaid berkata, beliau tidak mahu menulis kepada parti mengenai keputusannya memandangkan aduan-aduan sebelum ini mengenai kecacatan proses pemilihan tidak diambil tindakan.

“Apabila saya menulis kepada mereka mengenai kecacatan dalam pemilihan, adakah mereka respons kepada saya?

“Saya sudah pun membuat aduan saya, tetapi mereka tidak bertindak ke atas aduan itu.

“Jadi, mengapa perlu saya membalas kepada mereka sekarang? Mereka boleh bermain mengikut apa jua cara yang mereka suka,” kata beliau yang sejak Julai lalu diberi tanggungjawab mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid menambah, dari awal lagi beliau sudah pun mengemukakan aduan kepada parti menggesa kepimpinan menghentikan kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam proses pemilihan.

“Bermula dari hari pertama, saya mengatakan kita harus menghentikan ini. Jadi, bukannya saya tidak mengatakan apa-apa langsung.

“Walaupun saya mendahului saingan, saya masih mahukan perkara ini dihentikan.

“Saya tidak mahu menang dalam saingan macam ini,” kata Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik, kedua-dua jawatan turut dilepaskannya hari ini.

Zaid mengakui keputusannya itu meletakkan para penyokong beliau dalam kekecewaan termasuk dirinya sendiri kecewa dengan apa yang berlaku.

Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.

Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.

“Jika saya kalah kemudian, mereka akan mengatakan sesuatu. Jika saya menang (pun), mereka akan kata sesuatu.

“Kita tidak boleh menghalang orang daripada membuat spekulasi, membentuk pendapat mereka mengenai saya. Apa saya boleh buat?,” katanya.

Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.

“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.

“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.

“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Zaid juga merupakan penyelaras Pakatan Rakyat.


Zaid Isytihar Tarik Diri Dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan Dalam Parti


Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan. Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini.

Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Beliau berterima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong beliau dan yang menberikan kepercayaan kepadanya untuk perubahan. Amat menyedihkan katanya, beliau tidak mampu untuk meneruskannya di dalam proses pemilihan yang kotor.

Walau bagaimanapun, Zaid berkata beliau tetap komited dengan matlamat pembangkang dan akan terus bercakap mengenai isu-isu masyarakat terbanyak. Bersama katanya, kita berjuang untuk sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

Akhirnya beliau berkata, diharapnya keputusannya itu, pihak penyokong tegar Anwar tidak lagi akan melihatnya sebagai "penghalang" mereka untuk berarak ke Putrajaya.

Sunday, November 7, 2010

Konspirasi memenangkan Azmin

Nampaknya Pemilihan MPP PKR semakin menarik pada minggu ke-2 ini. Ia kini menjadi tarikan dan bualan ramai samada ahli-ahli PKR, rakan-rakan PR mahupun pihak lawan (UMNO/BN).

Matlamat ingin menjadikan parti politik pertama di negara ini yang memberi kuasa kepada seluruh ahli dalam menentukan pucuk pimpinan amatlah baik malah memperlihatkan suburnya demokrasi di dalam PKR.

Akan tetapi, sifat tamak dan kegilaan memegang kuasa membelenggu diri lantas mempergunakan segala jentera yang ada bagi merencana kemenangan. Budaya dan tabiat UMNO sukar ditinggalkan seolah-olah sebati di dalam darah dan daging, ditambah pula dengan tiadanya suntikan ruh Islam-Iman-Ihsan walaupun meninggalkan parti bangsat UMNO itu sejak 1998.

Sekretariat Ibupejabat PKR dan beberapa kerat manusia dalam JPP terlibat secara langsung dalam merancang dan mengatur kemenangan individu bernama Azmin Ali bersama barisan Chai-chainya. Walaupun sebelum ini pengerusi JPP, Dr Molly menjanjikan ketelusan dalam Pemilihan 2010, hakikat yang perlu diterima oleh semua bahawa beliau umpama boneka dan tidak mampu berbuat apa-apa. Cengkaman Azmin begitu kuat dalam JPP.

Patutlah semasa Azmin turun ke cabang-cabang, Chai-chai beliau dengan angkuh mengugut pemimpin peringkat cabang supaya memberi sokongan kepada Azmin. Jika tidak, mereka akan di 'Senarai Hitam'kan oleh Kepimpinan Baru pimpinan Azmin nanti.

Sebelum ini pelbagai telahan, cakap-cakap orang dan andaian dibuat mungkin sukar diterima kerana ramai beranggapan bahawa Azmin lebih istiqomah dalam perjuangan jika dibandingkan dengan Zaid yang kelihatan masih baru.

Tetapi hari ini kita dihidangkan dengan bukti ketidaktelusan yang berlaku dalam Pemilihan MPP. Lihatlah dengan mata hati dan keinsafan, seterusnya menilainya sendiri. Bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat?

Kak Wan…aku nak buat apa dengan kertas undi ini?


Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.

Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.

Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.

Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.

Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.

Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah. Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.

Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.

Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.

Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.

Sumber terjemahan : Mat Saman Kati
Berita asal : Haris Ibrahim

Saturday, November 6, 2010

Berlapang dadalah wahai pemimpin...

Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.

Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".

"Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan Pakatan Rakyat yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI (Anwar) sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.

"Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai," katanya.

"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.

"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.

Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.

Tokoh agama itu mengingatkan, momentum sesebuah aliran politik tidak akan kekal selamanya kerana rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam'.

Sebaliknya, tambah Dr Asri, mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'.

"Sebab itu, jangan hairan jika 'momentum Barack Obama' boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan," katanya sambil membandingkan dengan kepimpinan presiden Amerika Syarikat itu.

Sehubungan itu, kata Dr Mohd Asri, jika perkara tersebut berterusan, Pakatan Rakyat akan hilang momentumnya disebabkan pelbagai perkara.

"Salah satunya ubat bagi saya; keperluan 'mentajdidkan' (memperbaharui) pemain utama. Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!" tegasnya.

"Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!"


.....Paku Seqepih mengulas :
Ada dikalangan pemimpin PKR samada di peringkat negeri ataupun pusat yang sukar untuk menerima pendapat dan pandangan daripada ahli bawahan. Mereka fikir segala yang dilontarkan mereka perlu diterima 'bulat-bulat' oleh ahli.

Kadangkala perwatakan mereka umpama genius yang bermain catur. Menghala 'orang bawahan' sesuka hati tanpa melihat implikasi yang bakal terjadi. Apabila berlaku sesuatu yang menjejaskan imej parti, mereka ini dengan serta-merta menyalahkan 'orang bawahan' tersebut.

Friday, November 5, 2010

Siapa bakal menikmati keuntungan daripada Jambatan P. Pinang kedua?


Oleh : Ramli Abdul Samad

Apabila siap nanti pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ke-2 (JPPK2), pemilik konsesinya akan seronok sakan kerana dapat mengutip tol bagi satu tempoh yang lama, hampir setengah abad iaitu selama 45 tahun. Maklumat ini diperolehi dari sumber laporan tahunan Lembaga Lebuhraya Malaysia 2008 (Malaysia Highway Authority annual report 2008).

JPPK2 akan menghubungkan tanah besar Seberang Perai dari Batu Kawan ke Batu Maung di Pulau Pinang. Panjangnya jambatan ini pada atas air adalah 17km tetapi jika diambil kira bila ia dihubungkan kepada Lebuhraya Utara-Selatan, jaraknya menjangkau kepada 23.5 km.

Jarak Jambatan Pulau Pinang di atas air adalah sekitar 8km, sementara jarak cadangan sebuah jambatan lagi bagi menghubungi Melaka dengan Sumatera adalah dalam lingkungan 52 km.

Cadangan membina JPPK2 bermula pada Ogos 2006 oleh kerajaan persekutuan dan perkara ini didokumentasikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Semasa pada peringkat cadangan pun sudah muncul beberapa polemik dan bantahan, antaranya :

1. Pembinaannya dihujah sebagai tidak mungkin boleh mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang sedang dialami Pulau Pinang buat masa ini. Saat ini, laluan ketiga pada Jambatan Pulau Pinang tidak mungkin dapat mengurangkan kesesakan dalam tempoh beberapa tahun mendatang ini. Penambahan kenderaan persendirian tanpa had terus-menerus meningkat, sedangkan lebar jalanraya sedia ada di Pulau Pinang seperti Jalanraya Green Lane atau Scotland Road tidak mungkin dapat dilebarkan secara signifikan.

Kerajaan disarankan yang ia harus sebaliknya membangunkan pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh daripada membelanjakan bajet besar itu terhadap sebuah infrastruktur jambatan bagi kemudahan berjuta kenderaan persendirian.

2. Katakan JPPK2 ini siap dan caj tolnya sudah tentu lebih daripada RM7 seperti yang dikenakan pada Jambatan Pulau Pinang sekarang. Ada cadangan untuk menetapkan caj tol bagi jarak 22-24 kilometer ini nanti sebanyak RM9.40. Soalnya, berapa ramai orang pemandu akan menggunanya?

Bagi jarak yang hampir dua kali ganda panjang berbanding Jambatan Pulau Pinang, rata-rata seseorang yang kerap menggunakan jambatan kedua ini akan menghabiskan sejumlah RM500 sebulan. Ini sudah tentunya satu bahagian besar dalam belanjawan bulanan seseorang itu.

3. Kos pembinaan Jambatan Pulau Pinang menelan belanja hampir RM1 bilion. Kos JPPK2 telah meningkat mulai pada Julai 2007 sebanyak RM2.7 bilion, naik kepada RM3 bilion pada Oktober/November 2007, naik lagi sebanyak sehingga RM4.995 bilion! Dari mana hendak memperolehi sejumlah hampir RM5 bilion itu?

Kini kos tambahan kepada struktur jambatan kedua ini bagi menangani kemungkinan terjadinya gempa bumi akan melonjakkan lagi kos keseluruhan pembinaan jambatan berkenaan. Sehingga kini, kos keseluruhan pembinaan akan melibatkan pecahan:

* RM4.5 bilion bagi kos pembinaan
* RM110 juta bagi kos pengambilan semula tanah
* RM100 juta bagi kos pampasan, dan
* RM285 juta bagi kos pembangunan


4. Pembinaan JPPK2 boleh menjejaskan pendapatan tidak kurang daripada 1,500 nelayan pantai dan pengusaha akuakultur di daerah selatan-timur Pulau Pinang kerana akibat dari tembus tanah yang terpaksa menyusuli proses pembangunan jambatan berkenaan.

5. Kerajaan disaran membina banyak lagi pengangkutan ala feri bagi menghubungi banyak poin antara Pulau Pinang dan daratannya, jangan hanya focus pada George Town dan Butterworth. Lihat contoh negara Thai yang mana banyak feri menghubungi banyak kota raya kecilnya dengan Bangkok. Ia mengguna sepenuhnya pengangkutan air melalui feri atau bot-bot seumpamanya. Kaedah ini lebih lestari.

6. Soalnya adalah lebih baik wang sebanyak RM4.5 bilion itu digunakan bagi memperbaiki pengangkutan awam atau membina banyak lagi rumah murah berkualiti bagi rakyat Pulau Pinang. Ramai rakyat Pulau Pinang kini tidak mungkin boleh membeli sebuah rumah sederhana yang selesa kerana harga rumah bagi semua kategori telah melambung sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop Nor Mohamed, projek jambatan ini sedang berjalan dan akan siap pada November 2013. Kontrak besarnya diberikan kepada China Harbour Engineering (CHEC) milik negara Cina dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM) milik Malaysia. Konsesi yang diberi adalah kepada sebuah syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd, sebuah unit yang disarankan oleh Kementerian Kewangan.

Bagi pakej pertama yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan reka bentuk struktur asas jambatan kedua ini akan dikendalikan oleh CHEC, dijangka akan memperolehi sebanyak RM2 bilion dan bagi pakej kedua yang melibatkan penyiapan pembinaan struktur jambatan itu akan dipertanggungjawabkan oleh sebuah syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan atau GLC mungkin diberi kepada syarikat UEM yang akan menerima sekitar RM1.5 bilion.

Mengikut Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini, UEM telah memohon bantuan kewangan sebanyak RM22 bilion untuk membina jambatan yang menelan belanja RM4.5 bilion. UEM telah memohon tol Jambatan Pulau Pinang dinaikkan kepada RM9.40 sehingga ke caj maksimum sebanyak RM11.50 dan struktur harga ini akan dikekalkan sehingga tahun 2051, maknanya UEM mungkin mengutip bayaran tol sehingga 2051 berjumlah RM7 bilion. Ini satu lagi kes yang mana kerajaan pusat memberi bantuan dan laluan mudah kepada syarikat UEM.

Namun tidak dinafikan juga usahawan bumiputera Pulau Pinang akan menikmati bahagian kecil dari projek RM4.5 bilion itu. Mereka akan menerima RM175 juta bagi kerja-kerja kontrak JPPK2 dan juga bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd bersetuju menawarkan kontrak bernilai RM100 juta kepada para usahawan bumiputera. Namun bahagian besar tetap milik syarikat seperti UEM.

PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.

“Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.

“Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya.

Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan.

"Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Tahniah rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menukilkan serangkap pantun berhubung keputusan kedua-dua PRK itu.

Udang galah dibuat kari,

Dicicah ketupat daun palas,

BN tak kalah di Batu Sapi,

PAS tak menang di Galas.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghargai kegigihan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat bagi kedua-dua PRK itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, cabaran untuk ditingkat dalam usaha meneruskan agenda reformasi.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.

“Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak,” ujarnya.

Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenangan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat.

Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.

Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.