Friday, October 30, 2009

Kenapa ADUN/MP PAS tidak melompat?

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Baca lagi...


Proses Pembersihan Sedang Berlaku Dalam Pakatan Rakyat

Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO jangan ditangisi atau dirisaukan. Ini kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.

PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.

Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.

Kemudian PAS juga telah mengalami berbagai-bagai peristiwa pembelotan oleh kepimpina PAS. Misalnya, bekas SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua Dewan Muslimat, bekas Ketua Pemuda. Malahan bilangan ustaz/ustazah yang lari dari PAS kepada UMNO juga cukup banyak. Malahan, golongan ustaz/ustazahlah yang paling banyak meninggalkan PAS kepada UMNO berbanding golongan bukan ulama.

Selepas PRU 1982, PAS menang 5 kerusi Parlimen di Kelantan. PAda waktu itu, bekas Presiden PAS menubuhkan HAMIM dan membawa 4 wakil rakyat PAS di Kelantan pergi ke Barisan Nasional. Tinggal Tok Guru Nik Aziz sorang2 dalam Parlimen mewakili PAS.

Dan kemuncak dari pembelotan adalah kemasukan Dato Asri sendiri, bekas Yang Dipertua Agung PAS ke dalam UMNO. Ertinya, Presiden PAS sendiri pernah lari masuk ke UMNO. Apa nak heran.

Kalau nak kata DAP pula, siapa dari DAP yang tak pernah lari ke BN/MCA/Gerakan. Kalau saudara ingat, Chua Jui Meng itu dulu pernah aktif dalam DAP, seterusnya Kerk Kim Hock bekas SU DAP pun skrang dah join dgn BN, kita ingat lagi Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang lari dari DAP dan tubuhkan MDP. Dulu kita pernah dengar nama Hu Sepang di Seremban juga telah hilang. Dan banyak lagi contoh orang2 DAP yang telah lari meninggalkan perjuangan parti mereka.

Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. Orang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.

Saya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.

Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?

Kemuncak Pembelotan Dalam PAS Adalah Usaha Membawa PAS Kepada UMNO

KEmuncak ujian kepada PAS sekarang ini adalah bagaimana PAS sebagai sebuah jemaah dan parti dapat menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.

PAS pada waktu ini sedang dikawal perjalanan mereka oleh orang2 yang mahukan PAS bersama UMNO.

Ujian besar kepada PAS adalah bagaimana menghalang PAS itu sendiri dari belot kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang telah mengundi PAS 2004.

Dan saya mahu mengingatkan semua ahli dan penyokong serta kepimpinan PAS di semua peringkat supaya jangan putus asa dan jangan lari dari ujian ini.

Mesti kita berlawan walaupun kita berseorangan dalam perlawanan ini. Usaha membawa PAS kepada UMNO wajib dihalang oleh setiap ahli PAS.

Nampaknya, sejarah pembelotan kepada PAS ni bermula di Terengganu dan nampaknya penyakit pembelotan itu sekali lagi diekspot oleh Terengganu. Sepertinya, produk utama PAS Terengganu ni adalah "pembelotan".

Akhir kata, ada seorang "mangkuk UMNO" dalam blog saya ni yang kuat memfitnah beberapa pimpinan PAS sperti Mujahid Yusuf Rawa (yang kenal saya sewaktu saya masih bayi lagi), Dr Lo Lo, Dr Wahab dsbnya sebagai cuba untuk mencipta jemaah dalam jemaah dan cuba membuat konspirasi mengambil alih kepimpinan PAS.

Semua ini FITNAH YANG PALING BESAR, walaupun mangkuk ni sanggup bersumpah. Tapi apa nak heran sedangkan budaya sumpah palsu ni dah begitu meluas dalam UMNO i.e. Saiful Bukhari. Selepas si Saiful bersumpah, keluar dua laporan perubatan SAiful dari PUSRAWI dan HKL yang menyatakan bahwa SAiful tidak pernah diliwat.

Jadi, mangkuk yang bersumpah ni sumpah dia palsu. Dan kes Saiful ni membuktikan bahawa sumpah TAK BOLEH JADI BUKTI dalam apa2 sahaja kes.

Pada Mangkuk ni, saya cuma nak katakan, tunggulah pembalasan Allah ke atas kamu sebab kamu menjual nama Allah untuk kepentingan politik murahan kamu.

Mujahid Yusuf Rawa ni kawan baik kepada keluarga saya dan ayah ibu saya kenal beliuau semenjak Mujahid masih kecil lagi. Orang seperti Mujahid ni orang lurus dan tidak suka berbohong, jauh sekali berkonspirasi. Mujahid dahulu pernah mengunjungi rumah saya di Ampang bersama keluarga beliau.

KAHKAHKAH saya gelakkan si mangkuk UMNO ni sebab dia tak tahu Mujahid Yusuf Rawa ni dah kenal saya semenjak saya bayi dan keluarga saya sudah kenal beliau semenjak beliau masih bersekolah rendah lagi. Dengan kata lain, keluarga Mujahid Yusuf Rawa ni kawan rapat keluarga saya sejak dahulu lagi.

Ibu saya bercerita, walaupun arwah bapa saya tidak memegang apa2 jawatan di PAS Pusat, tapi ayah Mujahid ni akan selalu menziarahi rumah kami dan ayah saya mendapat banyak laporan berkenaan perkembangan dalaman PAS pada waktu itu.

Misalnya pada malam Dato Asri meletakkan jawatan, ustaz Yusuf Rawa telah cuba untuk menghubungi Dato Asri kerana risau akan keadaan Dato Asri. Namun, orang-orang Dato Asri pada waktu itu tidak izinkan Ustaz Yusuf Rawa dan beberapa pimpinan PAS lain untuk menghubungi beliau.

Kepada Mangkuk UMNO yang menuduh Mujahid terlibat dalam konspirasi mahu mengambil alih kepimpinan PAS dan menggantikan dengan IRC, saya nak kata berenti lah buat bohong. Kau tu UMNO. Lebih baik kau pegi usrah dengan tokeh judi kau. PEgi usrah dgn Lim Goh Tong.

Tulang Besi

Friday, October 23, 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Ada harapan lagi ka pada PAS?

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Dalam PAS dan PKR, aku yakin masih ramai yang mempunyai tasawwur yang jelas mengenai gabungan kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab tu, semasa gagalnya 16 September…ada pemimpin PAS yang sedih. Aku tak nak sebut nama, tapi aku rasa ramai boleh agak.

Waktu aku bertekak dengan salah seorang AJK Pemuda PAS di Klang, dia dedahkan satu pertemuan salah seorang pimpinan tertinggi PAS dengan Pemuda Selangor dan pemimpin tu kata, ‘PAS tak boleh agree dengan 16 Sept sebab ramai pemimpin non-muslim nanti jika kerajaan itu terbentuk…’

Aku bantah cakap pemimpin tu. AJK Pemuda tu bantah aku balik. Aku cakap senang sahaja, jika alas an minority diungkitkan…maka masa Nabi Muhammad SAW menegakkan Piagam Madinah dan menubuhkan Negara Madinah…baginda dan umat Islam adalah minority…jika hujah dangkal pemimpin PAS berkenaan diterima pakai, maka nabi tak boleh tubuhkan Negara Madinah yang bernuansakan keadilan dan kebajikan sampai bila-bila.

AJK Pemuda tu termenung panjang. Aku tak tau dia fikir apa, mungkin dia tengah mencari hujah balas atau dia mengakui pendapat aku. Yalah, dia baru balik Jordan dengan ijazah syariah! Tapi….sampai la ni dia tak pernah nafi hujah aku tu.

Ini yang aku risaukan. Sesetengah pemimpin dalam PAS khususnya, mereka masih berotak bantut, macam pokok bonsai. Cantik tapi bantut. Mereka nampak macam hebat, bila diberikan jawatan, mereka hampeh. Isu-isu yang depa mainkan, tidak memberi milage kepada kerajaan PR atau parti, sebaliknya mengangkat diri sendiri.

Hambik sahaja isu arak, Selcat dan sebagainya. Ambil sahaja isu UG. Ambil sahaja isu artis dan hiburan. Aku pelik, dulu waktu Umno – BN memerintah, Pemuda PAS Selangor bantah, la ni…hangpa dah perintah…bantah lagi! Aku BUKAN setuju dengan konsert hiburan bebas; tapi aku cakap soal PENDEKATAN. Nampak tak professional langsung!

Macam Hasan Ali, cakap memang hebat siap dengan senarai kelulusan dan pengalaman. Aku taulah, mana ada wakil rakyat PR di Selangor yang hebat macam dia. Tapi, nak jadi pemimpin tak payah ada PhD bagai…yang penting, CAKAP SERUPA BIKIN.

Hasan Ali gagal dalam bab ni. Aku tak nak cakap banyak…sapa-sapa pi la jumpa PAS Gombak, hangpa periksa la tengok, apa agenda Hasan Ali di Gombak Setia. Berapa kali dia turun jumpa rakyat, bukan turun macam tu je…maksud aku, salam, tanya khabar dan bagi la sumbangan apa yang patut. Jika sekadar turun acara rasmi…samalah macam Umno…

Hasan Ali bagi aku mendapat rungutan paling banyak. Ramai orang yang aku tanya, bagi pandangan tak sedap didengar tentang Hasan Ali. Antaranya:

1. Tak tau meletakkan priority
2. Tak menepati janji – yang ni paling kritikal
3. Tak turun padang – zon selesa
4. Tak menyelesaikan masalah
5. Tak ada agenda berkesan bangunkan kawasan
6. Banyak cakap kerja kurang
7. Gagal angkat imej PAS dan PR
8. Tikam belakang
9. Barua Umno – yang ni aku paling SEDIH!
10. Pemecah belah PAS Selangor

Sebagai jentera bawahan PR, aku sedih la dengar semua ni. Tapi aku nak buat macam mana, sebab Hasan Ali dah tutup semua pintu perbincangan. Aku hantar SMS tak balas. Minta jumpa dia tak bagi tarikh. Last-last…aku nampak dia pegang tangan orang Umno…mana lah hati aku tak terbakar!

Sebenarnya, PAS Selangor sejak sebelum menang dengan PR pun dah berbalah. Aku hairan, Hj Hadi boleh buat tak nampak semua ni. Hangpa pi la periksa tengok, mana dia pimpinan lama-lama di Selangor. Aku tak payah mention nama, pi la check sendiri. Semua muka baru. Tinggal la beberapa kerat, macam Khalid Samad tu. Yang lain dah tak dak…ganti la dengan muka-muka baru yang baru beberapa bulan masuk PAS.

Hj Hadi memang tak akan dapat selesai segala kemelut bawahan, jika dia hanya bergantung info dengan beberapa kerat pemimpin sahaja. Ambillah iktibar kejatuhan empayar Islam zaman dahulu, bila dok percaya orang keliling kelalang sahaja, abaikan rungutan orang bawahan…memang cari nahas namanya! Aku tak bagi tau hal ni kat Hj Hadi, dia karang buku seerah…dia lagi arif dari aku sebenarnya.

Nak harap Ust Nasha…hm…aku ada bad experience dah dengan dia. Pernah dulu, aku sempat jumpa dia personal, aku mengadu masalah…dia kata…: “Biasalah syeikh, nilah PAS…” Habis tu…nak harap dia lagi ka?

Saturday, October 17, 2009

Najib!!!... Cakap boleh la... Bukan kena bayaq pun....

Kata Datuk Seri Najib Tun Razak -

Sudah sampai masanya UMNO menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perdana Menteri berkata dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan bumiputera, UMNO hendaklah berubah mengikut keadaan semasa dengan memainkan peranan sebagai parti utama yang turut memelihara kepentingan kaum lain.
Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diamalkan oleh pentadbiran sekarang yang semakin mendapat penerimaan positif daripada semua kaum, katanya dalam satu temubual dengan Bernama di pejabat beliau di sini semalam.
"Walaupun UMNO parti orang Melayu dan Bumiputera tetapi dalam masa yang sama biarlah UMNO menjadi parti utama yang mempelopori kepentingan rakyat keseluruhannya, kata Presiden UMNO itu ketika ditanya mengenai mesej dan imej yang ingin dibawa oleh UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang bermula malam tadi.Erm... macam best... tapi sebelum tu apa kata kalau bubar semua parti komponen Barisan Nasional (Beer eNd) dekat bawah ni...
United Malays National Organisation (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysian Indian Congress (MIC)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
People's Progressive Party (PPP)
Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Sarawak
Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Sarawak People's Democratic Party (SPDP)
Sarawak United People's Party (SUPP)
Parti Bersatu Sabah (PBS)
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
United Pasokmomugon Kadazandusun Organisation (Upko)
Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
Indian Progressive Front (IPF)
Kemudian tubuh 1 parti baru - United Malaysian Nasional Organisation (UMNO) atau dalam bahasa Melayunya - Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu.Berani..? cakap boleh la..!
Khak Ptuih...!!!

Friday, October 2, 2009

Berbohong Sudah Menjadi Budaya PAS Sekarang?

Satu artikel yang cukup baik dari saudara Husin. Artikel ni saya cedok dari ruangan komen "Penarik Beca@Bakar Haq dalam artikel beliau bertajuk "Hasan Ali Mesti Buktikan Teng Berbohong" .

Sekarang ini, orang yang bercakap benar itulah yang dipandang hina dalam PAS kerana tidak wala' pada ulama. Tetapi, bila ada orang membohong, kita tak dengar ulama menegur atau mengkritik tindakan tersebut.

Itu yang sampai KEtua Dewan Ulama PAS sendiri kena "booo" dengan penyokong sendiri di Kemaman sebelum bulan Puasa lepas.
(BERMULA)

#
hussin said...
Tuesday, September 29, 2009 2:44:00 PM MYT

berbohong sudah boleh diterima dalam pas, sejak peristiwa "pertemuan dalam gelap" oleh beberapa orang pemimpin pas dgn umno. pembohongan boleh dibuktikan oleh rentetan berikut:

1. beberapa kerat pemipin pas bertemu dgn paklah
2. apabila pertemuan 'diketahui' umum, pas menafikannya
3. bagi menguatkan bahawa tidak pernah berlaku pertemuan dgn umno, ketua penerangan pas, mahfuz omar, membuat penafian formal dalam harakah.
4. paklah mendedahkan, sudah 3 kali bertemu.
5. mahfuz terkejut beruk, membuat permohonan maaf secara formal dalam harakah.

tak boleh establish BOHONG lagi?

6. pemimpin yang terlibat dlm pertemuan segera membuat pendedahan bahawa pertemuan dipersetujui oleh majlis syura.
7. mursyidul am tak pun tahu.
8. ajk pas pusat pun tak tahu.
sejak bila perkara yang melibatkan parti tidak dibincang terlebih dahulu oleh ajk pas pusat tetapi terus dibincang oleh majlis syura? kena ke caranya? tak kena?

tak BOHONG ke ni? bak kata pepatah, sekali berbohong akan terus berbohong untuk mempertahankan pembohongan pertama.

9. mereka yang terlibat dalam pertemuan turun padang manjaja pasal wala', pulak dahhhhhh...

dalam dok celaru terbit pula kerajaan perpaduan, kononya cadangan, belum dibincang lagi dgn kawan2 dlam pr. ni mungkin strategi untuk alih tumpuan dari isu pertemuan dalam gelap, mungkin juga penerusan kepada pertemuan dalam gelap. sebab dalam dok celaru, perbincangan masih lagi diteruskan.

jeng, jeng, jeng, muktamar menjelang tiba.

strategi "mempertahankan" 'kepimpinan ulama' mula dicanang. presiden dan timbalan presiden mesti ulama. seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' diaturkan dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'. sehingga muktamar pemuda dipenuhi dengan gambar2 "memperkukuhkan kepimpinan ulama' dipercayai digunakan semasa jubli perak kepimpinan ulama. kepimpinan ulama ni lahir pada tahun 1982. jubli perak (25 tahun) di adakan pada tahun 2009, selepas 'kepimpinan ulama' berusia 27 tahun. pelik tetapi benar. untuk apa? cara lain nak 'tipu' perwakilan' hanyalah dengan memperkudakan 'kepimpinan ulama tercabar'!

tahun 2005, semasa nasharuddin bertanding timbalan presiden, dia 'mewakili' golongan profesyenal. 4 tahun kemudian, 2009, dia mempertahankan jawatan timbalan presiden atas tiket ulama. orang lama seperti ustaz azizan dan harun taib semua bersetuju memberi laluan kepda beliau. beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bertemu dalam gelap dengan umno. makna kata, golongan "ulama" berdiri teguh di belakang pertemuan dalam gelap.

semu ini adalah rentetan dari pertemuan dalam gelap, sehingga majoriti, jika tidak semua ahli serta perwakilan tak nampak akan 'pembohongan' yang dilakukan. 'pembohongan' bukan lagi isu, ia sudah dapat diterima. astahgfirullah!

justeru, pas kini berhadapan dengan bermacam2 onak dan duri. bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. tg nik aziz menjadi mangsa media serta kepimpinan umno, manakala mereka yang 'keumnoan' mendapat pembelaan dari mereka. kata nik amar, ulama bukan pengecut, tetapi mereka berhati2, benarkah?

pembohongan oh pembohongan. ulama oh ulama. semoga semua ini adalah cara Allah mendedahkan siapakah yang benar2 pejuang agamanya, insya' Allah!

(Nota Editor: Terima Kasih Atas Lontaran Idea yang Cukup Baik Ini, Saudara Husin.)