Saturday, January 8, 2011

78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia

Oleh : Wong Chin Huat

Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.

Barisan Nasional

Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)


UMNO
MCA
MIC
SUPP
SAPP
PBB
UPKO
LDP
Parti lain dalam BN
Bebas
(Pro-BN)
BN Jumlah
08/03/2008
77
15
3
6
2
11
4
1
21
0
140
PRK
-1

1
-1






-1
Keluar parti




-2




6
4
01/01/2011
76
15
4
5
0
11
4
1
21
6
143
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
13
6
1
2

1
1
1
0

25
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Cina tinggi
1
1
2
1






5
Hukuman thdp MP lompat parti









6
6
Bil.kerusi dlm senario terburuk
62
8
1
2

10
3
0
21
0
107
Jadual 1: Kerusi parlimen BN yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan
Daripada 137 kerusi yang dimiliki BN, hanya 25 kerusi yang undi majoritinya di bawah 10% daripada undi diterima. Maknanya, jikalau angin anti-kerajaan bertiup (bukan secara kencang), menyebabkan kira-kira 5% pengundi beralih dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, maka BN akan kehilangan 25 kerusi.

Secara umumnya, pengundi Cina cenderung untuk menyokong PR. Maka, seandainya,
a. Nisbah kaum undi diterima bersamaan nisbah populasi kaum dalam kawasan pengundian (ertinya nisbah kaum pengundi yang keluar mengundi bersamaan dengan nisbah populasi kaum dalam senarai daftar pemilih);
b. PR meningkatkan sokongan pengundi Cina kepada 75% (walaupun undi bukan Cina hanya kekal pada 40%);

maka BN akan kehilangan lima lagi kerusi.

Dalam keadaan di mana angin anti-kerajaan BN bertiup kencang, enam orang ahli parlimen bebas yang pro-BN berkemungkinan gagal mempertahankan kerusinya. Seandainya ramalan dan andaian di atas menjadi kenyataan, maka kerusi yang dikuasai kem BN akan berkurang dari 143 kepada 107 kerusi. Dengan kata lain, BN akan kehilangan majoriti mudah, yang menjurus kepada peralihan kuasa kerajaan persekutuan.

Pakatan Rakyat

Berbanding BN, kebanyakan kerusi yang diperolehi PR terutamanya PKR dan PAS adalah melalui kemenangan dengan majoriti tipis. Jikalau 5% pengundi mengubah kecenderungannya (dari PR kepada BN), maka PR akan kehilangan 34 kerusi.


PKR
PAS
DAP
SAPP
Jumlah pembangkang
08/03/2008
31
23
28

82
PRK
-1
1
1

1
Keluar parti
-5
-1

2
-4
01/01/2011
26
23
29
2
79
Kerusi yang berkemungkinan besar beralih tangan
Perbezaan bawah 10% dpd undi diterima
16
12
6

34
Perbezaan bawah 15% dpd undi diterima + nisbah pengundi Melayu tinggi
1
5


6
Hukuman thdp MP lompat parti



2
2
Bil.kerusi dlm senario terburuk
11
6
23
0
37

Jadual 2: Kerusi parlimen PR yang sedia ada, dan ramalan kerusi yang kemungkinan beralih tangan

Selain itu, enam kerusi PR mempunyai peratusan pengundi Melayu yang melebihi 78%. Meskipun undi majoritinya melebihi 15% daripada undi diterima, namun seandainya BN berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu terhadapnya kepada 65%, maka enam kerusi ini akan bertukar tangan.

Akhirnya, jikalau pengundi kembali ke pangkuan BN, maka dua kerusi yang dimenangi SAPP bakal dirampas oleh BN. Dengan ini, BN akan memperolehi majoriti 185 kerusi, dan PR sekadar mampu bertahan pada 37 kerusi (dua pertiga daripadanya dimenangi DAP).

Kedua-dua senario yang mungkin di atas sememangnya memberi impak yang berbeza terhadap proses pendemokrasian Malaysia. Sama ada PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, usaha parti politik dan masyarakat sivil pada tahun ini bakal mempengaruhi nasib negara 10 tahun yang akan datang!

Jadual 3: 78 kerusi parlimen yang bakal menentukan nasib pendemokrasian Malaysia

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Analisa statistik ini dipetik, diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 1 Januari 2011.


Sunday, January 2, 2011

Cerita sebenar tanah PKNS, Seksyen 52, Petaling Jaya

Sejak berita mengenai penyelewengan tanah PKNS di Seksyen 52, Petaling Jaya, tersebar di internet, tiada pihak yang berkenaan tampil untuk membuat apa-apa penjelasan (sila baca di sini, sini, sini dan sini). Seolah-olah ada pekung yang hendak ditutup. Oleh sebab semua pihak yang berkenaan memilih untuk membisu, maka saya sebagai seorang ‘dalam’ yang arif dengan selok-belok PKR, merasa amat terpanggil untuk memberi gambaran yang sebenar.

Tanah yang terbabit ialah Lot 12, Petaling Jaya, di mana terletaknya ibu pejabat PKNS dan berkeluasan 9.85 ekar. Pada tahun 2005, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo telah menyerahkan 8 ekar dari Lot 12 kepada Puncak Wangi Sdn. Bhd. (sebuah syarikat tajaan UMNO?) Baki 1.85 ekar disimpan (mungkin untuk difaraidkan kepada Khir Toyo?).

Walaubagaimanapun soal syarat tanah untuk pembangunan masih belum dibereskan.

Pada Mac 2008, kerajaan BN tumbang digantikan dengan kerajaan PR yang diterajui oleh PKR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka tergantunglah apa-apa jenis “business deal” yang telah disusun oleh Puncak Wangi dengan sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal pembangunan tanah dalam kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Memandangkan berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh Puncak Wangi untuk diterima sebagai anak emas PKNS sehingga menjadi tauke tanah Lot 12 kepunyaan PKNS ini, Puncak Wangi perlu membangunkan tanah tersebut dengan serta-merta untuk pulangan bagi membayar balik wang yang telah didahulukan bagi tujuan itu.

Menteri Besar yang baru, Khalid Ibrahim kemudian sengaja menyepikan apa-apa permohonan syarat pembangunan tanah tersebut kerana pada pendapat beliau masih ada ruang untuknya membela kepentingan rakyat Selangor dalam kes penganugerahan tanah kapada Puncak Wangi.

Menyedari jalan buntu dengan Khalid, usaha penyelesaian memerlukan bos-bos Khalid ditawar dengan apa-apa sahaja untuk mengarahkan Khalid berpihak kepada Puncak Wangi. Khalid enggan berbuat demikian kerana sedar exco-exco DAP mengetahui keadaan sebenarnya. Maka timbullah krisis pimpinan PKR Selangor, dengan Azmin Ali meletakkan jawatan secara protes dari menjadi ahli Lembaga Pengarah PKNS dan sekaligus menggugat kedudukan Khalid sebagai orang pilihan PKR untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan titah perintah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan, satu penyelesaian yang segera perlu dihitungkan. Walaupun pada pandangan mata kasar PKR tidak patut berkompromi dengan lanun. Lainlah kalau ada udang disebalik batu. Agenda baru, mungkin?

Akhirnya, Azmin Ali dilantik menjadi Ketua PKR negeri Selangor bagi menggantikan Khalid (maka Azmin sekarang menjadi bos kepada Khalid dalam parti), dan Khalid dibenarkan terus menjadi Menteri Besar dan beliau berunding untuk memasukkan kepentingan rakyat Selangor dalam projek Lot 12, untuk menjaga air muka supaya tidak nampak sangat PKR melayan lanun. Syukur Alhamdullilah masih ada lagi hamba Allah yang sedar asal-usul dan agamanya.

Cadangan terbaru dari Khalid ialah PKNS menyerahkan tanah baki 1.85 ekar kepada Puncak Wangi dan Puncak Wangi menyerahkan 30% syer keseluruhan projek yang sekarang menjadi 9.85 ekar kapada PKNS. Sama ada kompromi ini memberi manfaat secara ekonomi dan komersial kapada rakyat negeri Selangor, terpulanglah kepada penganalisa membuat kajian ekonomi-politik terperinci.

Yang nyata untuk dipersoalkan ialah, adakah wajar PKR menjadi kawan baru kepada Puncak Wangi, satu daripada syarikat-syarikat yang tumbuh seperti cendawan dalam era Mahathir dan menyebabkan kronisma ekonomi sehingga menggagalkan penyusunan semula ekonomi seperti diharapkan rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru. Malah, berjuang menghapuskan keadaan dan kewujudan perkakas-perkakas sumbang seperti Puncak Wangi telah menjadi bahan kempen PR di PRU12, yang mana disambut baik oleh rakyat.

Sebagai sebuah “parti reformasi”, PKR berjanji kepada rakyat bahawa PKR tidak akan meneruskan cara pentadbiran BN. “We don’t promise you to just do things better, we promise to do things different altogether” jerit pemimpin anugerah Tuhan dan disambut oleh tempikan sokongan rakyat. Apa sudah jadi?

Desas-desus yang kedengaran sekarang ialah RM10 juta telah dijanjikan dan RM3 juta telah pun diberi. Kepada siapa? PKR masih tiada wang nampaknya. Wallah-huallam, hanya pemberi, penerima dan Allah Subhanalllahu wa taala sahaja yang tahu. Mungkinkah DAP akan berdiam diri? Atau didiamkan dengan cara yang sama? Rakyat tetap menjadi mangsa. Nampaknya buaya darat dan ular air boleh hidup di dalam atau di luar air bumi Malaysia selagi pimpinan Melayu cakap tak serupa bikin dan lupakan amanah rakyat.

Jangan bandingkan PKR dengan UMNO sebagai “lesser of the two evils”. That was not the reformasi deal. Rakyat tuntut agar janji-janji dikotakan oleh pemimpin walaupun kononnya dari penganugerahan Tuhan. Berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya.

Miskam Hj. Suparman
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Saturday, January 1, 2011

‘Third Force’ bantu kempen Pakatan di Tenang, kata Raja Petra



KUALA LUMPUR, 31 Dis — Di sebalik tanggapan bahawa ‘bertegang leher’ dengan Pakatan Rakyat, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger berpengaruh Raja Petra Kamarudin, bersedia untuk membantu perikatan itu ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan depan.

Editor Malaysia Today yang lantang ini, yang kelihatan berselisih dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, mula mengetepikan perbezaan ideologi mereka untuk memfokus pada perjuangan bersama - menghalang Barisan Nasional (BN) daripada merekodkan satu lagi kemenangan pada 30 Januari ini.

BN menang dua pilihan raya kecil serentak awal bulan lepas.

“Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang.

“MCLM juga akan berkempen pada pilihan raya kecil,” kata Raja Petra yang mengetuai gerakan yang berpejabat di London itu menerusi ruangan beliau “No Holds Barred” hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai “RPK” menambah, kempen gerakan itu akan diterajui blogger Bernard Khoo.

MCLM didaftar di London dua bulan lalu dianggap sebagai ‘Third Force’, yang turut menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon PAS di Tenang. Bagaimanapun Raja Petra membisu sama ada dua calonnya yang dinamakan setakat ini untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13 iaitu Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai akan turun berkempen di Tenang.

Malik memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak disertakan dalam barisan kempen dan tiada sebarang rancangan untuk muncul di Tenang bagi membantu calon Pakatan Rakyat.

“Saya tidak dalam MCLM. Saya fikir MCLM boleh menguruskannya,” kata peguam dan aktivis hak asasi manusia ini. Pun begitu beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kempen itu kelak.

“Ada kemungkinan (untuk sertai bersama),” kata Malik. Khoo yang menguruskan laman Zorro Unmasked menolak tanggapan bahawa ketegangan antara kumpulannya dan perikatan tiga parti itu akan muncul ketika kempen lapan hari nanti.

“Sekian lama, kami sentiasa cenderung kepada Pakatan. Kami sentiasa mengatakan bahawa kami akan menyokong mereka dan kami akan lakukan apa yang kami katakan sejak dari dahulu lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Katanya, apa yang penting ialah memperkukuhkan usaha ke arah pilihan raya umum ke-13.

“Apabila tiba masa kelak, kami akan bercakap mengenainya,” kata Khoo apabila ditanya sama ada MCLM mampu untuk meyakinkan pengundi-pengundi Tenang bahawa calon Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk mewakili mereka berbanding calon bakal diturunkan BN.

Sehubungan itu kata beliau, adalah “sangat penting untuk menunjukkan bilangan (penyokong) pada hari penamaan calon” jika Pakatan Rakyat mahu bertapak di Tenang.

Khoo berkata, pasukan kempennya akan terdiri daripada 10 orang buat masa ini dan akan memfokus usaha memikat pengundi masyarakat Cina menerusi pendekatan lawatan rumah ke rumah.

“Ia seperti (kempen) ketika (pilihan raya kecil) Kuala Terengganu (awal tahun lalu),” kata Khoo sambil menambah, kebanyakan ahli MCLM, yang kebanyakannya anggota komuniti berita alternatif online akan membawa berita-berita tempatan sebaik sahaja calon yang bakal bertanding diumumkan.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang merupakan yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Penamaan calon pilihan raya kecil Tenang akan diadakan 22 Januari ini dan jika ada pertandingan pengundian diadakan pada 30 Januari.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Terdapat 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pemilih biasa, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171) dan 11 lagi dalam kategori lain-lain.


Thursday, December 30, 2010

Pergi Mampus dengan Kerajaan Perpaduan!!!


Bila dah nazak, timbullah isu 'Kerajaan Perpaduan'..'Ketuanan Melayu'... Pergi Mampuslah dengan bangsa. Tiada nas di dalam Al-Quran yang menyatakan penyatuan bangsa itu sesuatu yang perlu diutamakan. Apa yang dituntut adalah memartabatkan AD-DIN itu sebagai cara hidup.

Berjuang atas nama bangsa umpama YAHUDI yang seringkali melaung-laungkan bangsa mereka adalah terbaik di muka bumi. Elok lah dengan UMNO yang bekerjasama dengan YAHUDI Laknatullah... Jangan kita terperangkap dengan gendang perpaduan tajaan UMNO ini sudahlah. Nauzubillahiminzalik..

Mujurlah PAS masih memiliki TGNA, jika tidak...

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.


Sumber : Penarik Beca

Tuesday, December 28, 2010

Cukup kuatkah UMNO-APCO nak rampas kembali Pulau Pinang?


KUALA LUMPUR, 27 Dis — Datuk Zainal Abidin Osman, yang dilantik sebagai pengerusi Umno Pulau Pinang yang baru, berjanji akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan “mendapat” laluan mudah dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, disebut-sebut diadakan tahun depan.

Sambil mengakui tanggungjawab baru ini yang diumumkan petang tadi sebagai peranan yang mencabar, Zainal yang kini merupakan timbalan pengerusi Umno negeri menyifatkan “kenaikan” pangkat itu sebagai sesuatu yang berat memandangkan Pulau Pinang terdiri daripada pesaing-pesaing politik berpengaruh dan “nama-nama besar”.

“Buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun, saya menyandang jawatan ini . . . paling sukar dan mencabar khususnya di Pulau Pinang,” kata beliau.

“Pun begitu, saya akan memastikan mereka sibuk (tidak senang duduk) sepanjang masa, saya akan bekerja keras untuk menyediakan medan perang (menghadapi pilihan raya umum ke-13) yang kuat,” kata Zainal Abidin, Ketua Umno Nibong Tebal ini ketika dihubungi.

Pulau Pinang salah satu daripada tiga negeri yang mendapat kepimpinan baru, diumumkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dua negeri lain ialah Terengganu dan Kedah.

Pelantikan Zainal, orang Pulau Pinang datang selepas 20 bulan diketuai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setelah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.

Sejak itu kepimpinan Umno negeri itu diterajui Zahid.

Umno negeri Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah sebelum ini diketuai oleh naib-naib presiden parti itu.

Timbalan Zainal Abidin ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Zainal Abidin, yang juga anggota Mahlis Tertinggi juga berkata, beliau yakin dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan baik memandangkan mempunyai hubungan baik dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Saya akan mewujudkan BN yang kuat dalam di Pulau Pinang,” kata beliau yang kehilangan isterinya akibat kanser minggu lalu.

Menyifatkan tanggungjawab terbaru ini sebagai kepercayaan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zainal Abidin berkata, beliau akan menyumbang perkhidmatan kepada keseluruhan rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan agama.

BN Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Pelantikan ketua-ketua negeri yang baru berkuat kuasa 1 Januari.

“Saya akan memanggil mesyuarat negeri dalam waktu terdekat (selepas 1 Januari),” kata beliau.

**Kepada juak-juak UMNO-APCO Pulau Pinang khususnya pencacai Yahudi di Nibong Tebal, hangpa bagitau kat Dato' Non tu.. bagi la kuat kat kawasan Nibong Tebal dulu. Ni dak, dok nampak lubuk duit kot? Baru peruntukan dapat mencurah-curah. Hahaha...

Tapi tak lama, lepas PRU13 ni pakat-pakat la beratoq masuk penjara. Jangan nanti bila BN tumbang, dan2 hangpa isi borang PKR macam SU Pemuda UMNO Nibong Tebal buat lepas PRU12 hari tu.