Monday, July 6, 2009

Perlu Memantapkan Persefahaman di kalangan Parti dalam Pakatan Rakyat

Sejak kebelakangan ini rakyat melihat persefahman dalam PR semakin longgar. Bermula dengan isu Kerajaan Perpaduan yang diusulkan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Kemudian timbul isu pemecatan Ketua Whip MPSP, Johari Kasim daripada PKR oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

Selepas itu keluar pula cerita DAP Kedah/Perlis keluar PR dan kemudiannya DUN tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik mengumumkan dirinya sebagai calon bebas. Lepas itu muncul lagi apabila ADUN Kulim pula membuat kenyataan akhbar bersama Ahli Majlis Kulim/ Bandar Bahru daripada PKR dan Ketua Komuniti memberikan tempoh sebulan kepada Menteri Besar Kedah untuk memperbetulkan keadaan.

Mengapa semua ini harus dibiarkan berlaku? Majlis Presiden PR harus bersidang dalam usaha mencari kata sepakat menentukan arah tuju perjuangan PR untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata. Apa yang berlaku memberikan gambaran negatif kepda rakyat dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Apa yang berlaku mencerminkan kepimpinan PR cuba bermain politik dalam usha meraih kuasa.

Selepas kuasa berada dalam tangan nampaknya kepimpinan PR juga sudah mula lupa diri dan bertindak sendirian sedangkan kemenangan PR alam pilihanraya lepas adalah hasil kerjasama semua pihak dan rakyat melihat PR adalah alternatif yng terbaik bagi mengantikan BN yang dilihat gagal melaksanakan tugas dengan baik. Pakatan Rakyat tidak kira samada PAS, DAP ataupun PKR jangan mendabik dada kejayaan ini adalah kejayaan muklak atas kekuatan mereka semata-mata.

Kemenangan besar pembangkang yang dikenali sebagai PR kerana rakyat sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan BN yang dilihat gagal melaksanakan tugas mentakbir negara untuk kepentingn umum mereka hanya memikirkan bagaimana hendak mengkayakan diri, keluarga dan sahabat handai hatta membebankan rakyat. Rakyat juga jelak melihat kepimpinan BN yang begitu ego dan melaksanakan segala dasar tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Inilah perkara asas yang membuatkan semakin ramai rakyat mengalihkan sokongan kepada PR. Disamping rakyat melihat kesepakatan dan persefahaman diantara parti-parti dalam gagasan PR. Jesteru itu kepimpinan PR disemua peringkat harus berhati-hati dalam sebarang tindak-tanduk agar persepsi rakyat terhadap PR tidak berubah bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Jangan buat rakyat hilang kepercayaan baik terhadap BN mahupun PR dan mengambil sikap berkecuali kerana mereka melihat semuannya sama saja.

Kepimpinan PR yang baru saja mula diterima oleh rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri dibeberpa negeri perlu berjalan dengan baik tanpa mencetuskan perbalahan sesama sendiri. Jika ini berjaya direalisasikan diyakini dalam pilihanraya yang akan datang Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak dan Perlis akan dapat ditawan. Jika ini berlaku maka peluang PR untuk pertama kalinya memerintah negara ini akan terlaksana dan selepas itu BN yang ditunjngi oleh UMNO akan hanyut.

Jika kecelaruan ini dibiarkan terus berlaku mungkin Perak dan Selangor akan terlepas terus dan Pulau Pinang dan Kedah juga akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kuasa. Ketika itu impian dan angan-angan PR untuk memerintah negara ini hanya macam angan-angan Mat Jenin yang nak kahwin dengan Puteri Raja tapi akhirnya jatuh pokok kelapa.

Sehubungan itu dicadangkan agar Majlis Presiden PR harus lebih kerap bertemu dan berbincang dalam usaha mencari kesepakatan dan persefahaman. Di negeri-negeri yang dikusai oleh PR juga majlis yang seumpama itu yang dianggotai oleh Ketua DAP/PAS/PKR harus sering duduk berbincng dalam mencari kesepakatan. Dan sekiranya terdapat isu yang gagal diselesaikan diperingkat negeri permaslahan ini hendaklah disalurkan kepada Majlis Presiden PR untuk memutuskannya.

Harus diingat kejayaan PR membentuk kerajaan negeri dibeberapa negeri bukan atas kekuatan mana-mana parti secara bersendiri tetapi atas nama kesepakatan. Diyakini orang cina yang menyokong DAP tidak ragu-ragu mengundi calon PAS dan begitu juga orang melayu kususnya penyokong PAS tidak ragu-ragu memberikan undi kepada calon DAP. Jadi mana-mana Kerajan Negeri PR jangan nafikan perkara ini.

Hakikat yang harus dan wajar diakui, jika hendak menerjui kepimpinan negara ini sesuatu parti itu harus mendapat sokongan daripada semu kaum tidak kira samada Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum.

Sumber : Zul Mamak

No comments:

Post a Comment