Monday, March 1, 2010

Lega..... akhirnya sekoq lagi dah berambos

Gambar diambil 2 hari yang lalu di Perkampungan Jawi


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini — seminggu selepas menghadap lembaga disiplin.

Tan akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tetapi bukan “mesra-BN” dalam erti kata sebenar.

“Saya akan jadi wakil rakyat Bebas di Parlimen tetapi bukan anggota Dewan Rakyat mesra-BN, kalau mesra-BN bermakna tidak bebas,” kata beliau tetapi mengharapkan kerajaan pusat memberikan peruntukan kepadanya untuk terus membantu penduduk kawasannya.

Dengan perkembangan ini beliau menjadi Ahli Parlimen PKR kedua keluar parti itu dalam tempoh tiga minggu ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian awal bulan lalu.

Semalam bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin meninggalkan PKR untuk menyertai Umno.

Mengumumkan keputusannya pada sidang media di sini pagi ini, Tan, 38, beliau memutuskan keluar selepas permohonan maafnya kepada kepimpinan parti tidak diterima selepas menghadap lembaga disiplin Rabu lalu.

Selain itu Tan yang juga Ketua PKR Cabang Jelutong berkata walaupun sudah memohon maaf tetapi ada kepimpinan tertinggi mahu beliau meninggalkan parti.

Tan, bekas pemimpin yang pernah dipecat dari Gerakan pada tahun 2000 dan menyertai PKR Januari 2007 memberitahu, beliau membuat keputusan

untuk meninggalkan PKR kerana ketiadaan saluran khusus dalam parti itu untuk mengemukakan masalah.

“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah, mereka mengenakan tindakan disiplin terhadap saya tanpa menyiasat aduan yang saya kemukakan.

“Malahan saya diberi amaran untuk tidak mengkritik kepimpinan parti dan rakan sekutu secara terbuka.

“Ini adalah sangat tidak adil kerana saya selalu menyangka kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menerima kritikan terbuka dengan tujuan untuk

mengatasi sebarang kelemahan dan meraikan perbezaan pendapat,” katanya.

Tan berkata, apa yang terjadi membuktikan kepadanya bahawa kepimpinan parti tidak boleh disentuh langsung.

Beliau juga mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Prof Dr. P Ramasamy dan Ahli Parlimen Jeluntong Jeff Ooi yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri atas dakwaan mencampuri urusan proses tender terbuka.

“Saya sangat kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip hanya kerana mahu memastikan impian ke Putrajaya tercapai.

“Malah mereka sehingga sanggup mengambil sikap menutup mata dengan masalah yang dihadapi oleh PKR Pulau Pinang akibat keangkuhan Lim Guan Eng,” katanya yang akan bercuti di luar negara sehingga sidang Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Keputusan itu akan dimaklumkan kepada PKR dan Parlimen hari ini.

Kata Tan, beliau tidak sanggup tunduk kepada sikap kediktatoran dan cara kerja Lim.

“Saya berharap ahli PKR yang tertekan akan terus berjuang untuk mendapatkan keadilan dan rakan wakil rakyat yang baik daripada DAP akan berani untuk berkata benar,” katanya.

Tan menambah beliau sedar PKR dan Pakatan Rakyat tidak akan membawa apa-apa perubahan seperti yang dilaungkan.

“Malahan mereka angkuh menyatakan tidak akan menitis walau setitik air mata kalau kehilangan mana-mana wakil rakyatnya.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah atas rasa kasih saying yang mereka tunjukkan kepada saya selama ini.

“Bagaimanapun adalah sangat malang kerana tiada sebarang tindakan jelas yang telah diambil oleh Anwar sebagai seorang pemimpin untuk

menyelesaikan masalah dalaman parti dan Pakatan Rakyat yang begitu ketara,” katanya lagi.



No comments:

Post a Comment