Oleh : Penarik Beca
Saya tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Saya tak berani nak kempen untuk dia. Namun, yang saya tertarik ialah apabila beliau menekankan:
Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.
Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Saya tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Saya tak berani nak kempen untuk dia. Namun, yang saya tertarik ialah apabila beliau menekankan:
Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak (lihat FMT 15/10/10 "Saya calon bebas dari tajaan sesiapa – Chegu Bard").Saya juga membaca laporan beberapa media yang menggambarkan bahawa Chegu Bard bukanlah pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim, jauh lagi menjadi pak yet Azmin Ali. Mendengar pelbagai cerita tentang stail kepimpinan Anwar sejak saya menjadi ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi, saya yakin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sepatutnya dipimpin oleh orang yang tidak menjadi pak yet Anwar, jauh lagi menjadi pak yet Azmin atau tak henti-henti menerima wang belanja dari Azmin.
Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.
Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
...walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.Tetapi, saya berharap Chegu Bard akan membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki perkara itu.
Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.
"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun".
Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Memang demokrasi, boleh menyatakan sokongan dan boleh berarak tetapi semua itu menunjukkan bahawa sungguhpun mendapat pencalonan tinggi, Azmin tidak akan membiarkan seinci ruangan untuk pencabarnya terus mencabarnya. Terus Azmin Ali melobi untuk jawatan. Sekarang dikatakan Shamsul Iskandar adalah wakil dia dalam pemuda. Mesej yang nampak ialah Badrul Hisham sepatutnya dikalahkan.
Ditanya lagi kepada salah seorang penyokong reformasi, ada satu jawapan yang paling nampak menarik. Katanya, biarkan PKR rasa apa yang mereka kutuk dulu, tidak lama lagi akan ada diktator, sama seperti tuduhan mereka terhadap Tun Mahahtir tapi nanti kita ada Azmin Ali.
Sempat juga saya berjumpa salah seorang penyokong Badrul Hisham Shahrin. Saya bertanya, CheguBard kan boleh buat “banner” dan ada ramai penyokong untuk berarak menunjukkan kekuatan kepada Azmin Ali, kenapa tidak buat? Jawapan yang diberi adalah seperti berikut, Bard kata ini adalah pencalonan dalam parti, tak perlu tunjuk force, kalau berjuang menentang Umno dan BN barulah kita all out. Chegu Bard, menurutnya lagi tidak mahu terpengaruh dengan cara politiking dalam PKR yang ada. Itu cara Umno.
Melihat senario ini saya amat percaya, percaturan Azmin Ali adalah untuk menolak Badrul Hisham yang tidak sehaluan dengan cara politik Azmin Ali. Azmin dikatakan mencaturkan kekalahan mereka yang tidak menyokong beliau tetapi arus menolak Azmin Ali semakin tinggi. Namun kekuatan asas termasuk kewangan dan kedudukan Azmin nampaknya akan menjadikan dirinya peneraju PKR dan seperti kata seorang pejuang reformasi – akan lahir satu lagi Dr Mahathir dalam PKR – Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment