Thursday, October 21, 2010

Azmin hantar Sam untuk lawan Chegu Bard?


Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.

Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.

Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.

Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.

Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.

Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.

Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!! Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.


Petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh Mat Saman Kati di blog ureka.asia


*********************************************************

EDYES wrote:


Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.


Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.


AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.


Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.


Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?


Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.


Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.


Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.


Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.


Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.


Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.


Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.


Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.


Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.


Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.


Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !



EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION


Monday, October 18, 2010

Azmin tidak mesra Chegu Bard?

Kalau nak kata kempen Chegu Bard pun, ikut sukalah

Oleh : Penarik Beca


Saya tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Saya tak berani nak kempen untuk dia. Namun, yang saya tertarik ialah apabila beliau menekankan:
Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak (lihat FMT 15/10/10 "Saya calon bebas dari tajaan sesiapa – Chegu Bard").
Saya juga membaca laporan beberapa media yang menggambarkan bahawa Chegu Bard bukanlah pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim, jauh lagi menjadi pak yet Azmin Ali. Mendengar pelbagai cerita tentang stail kepimpinan Anwar sejak saya menjadi ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi, saya yakin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sepatutnya dipimpin oleh orang yang tidak menjadi pak yet Anwar, jauh lagi menjadi pak yet Azmin atau tak henti-henti menerima wang belanja dari Azmin.

Bagi saya, apabila seseorang yang tidak jadi pak yet Anwar menjadi Ketua AMK, ia adalah perkembangan yang sangat kondusif kepada demokrasi dan boleh menjadi salah satu pemboleh ubah ke arah perubahan yang lebih positif kepada iklim politik negara ini.

Saya tak nak sebut salah siapa apabila Chegu Bard membangkitkan:
...walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.

Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.

"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun".
Tetapi, saya berharap Chegu Bard akan membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sorotan bertajuk "Pencalonan-percaturan politik", Umno Reform 17/10/10 melaporkan:
Memang demokrasi, boleh menyatakan sokongan dan boleh berarak tetapi semua itu menunjukkan bahawa sungguhpun mendapat pencalonan tinggi, Azmin tidak akan membiarkan seinci ruangan untuk pencabarnya terus mencabarnya. Terus Azmin Ali melobi untuk jawatan. Sekarang dikatakan Shamsul Iskandar adalah wakil dia dalam pemuda. Mesej yang nampak ialah Badrul Hisham sepatutnya dikalahkan.

Ditanya lagi kepada salah seorang penyokong reformasi, ada satu jawapan yang paling nampak menarik. Katanya, biarkan PKR rasa apa yang mereka kutuk dulu, tidak lama lagi akan ada diktator, sama seperti tuduhan mereka terhadap Tun Mahahtir tapi nanti kita ada Azmin Ali.

Sempat juga saya berjumpa salah seorang penyokong Badrul Hisham Shahrin. Saya bertanya, CheguBard kan boleh buat “banner” dan ada ramai penyokong untuk berarak menunjukkan kekuatan kepada Azmin Ali, kenapa tidak buat? Jawapan yang diberi adalah seperti berikut, Bard kata ini adalah pencalonan dalam parti, tak perlu tunjuk force, kalau berjuang menentang Umno dan BN barulah kita all out. Chegu Bard, menurutnya lagi tidak mahu terpengaruh dengan cara politiking dalam PKR yang ada. Itu cara Umno.

Melihat senario ini saya amat percaya, percaturan Azmin Ali adalah untuk menolak Badrul Hisham yang tidak sehaluan dengan cara politik Azmin Ali. Azmin dikatakan mencaturkan kekalahan mereka yang tidak menyokong beliau tetapi arus menolak Azmin Ali semakin tinggi. Namun kekuatan asas termasuk kewangan dan kedudukan Azmin nampaknya akan menjadikan dirinya peneraju PKR dan seperti kata seorang pejuang reformasi – akan lahir satu lagi Dr Mahathir dalam PKR – Azmin Ali.

‘Kami bina acuan PKR, label lama sudah cair’- Mustaffa Kamil


PETALING JAYA, 18 Okt — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub menegaskan, setiap ahli dalam parti komponen.

Pakatan Rakyat itu seharusnya dilihat sebagai “acuan PKR” walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan ideologi politik sepanjang satu dekad lalu.

Naib Presiden PKR ini menekankan, era melabelkan seseorang ahli dan pemimpin itu mengikut latar belakang mereka

termasuk dirinya sebagai dari Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk mengetepikan daripada arus pemilihan seharusnya sudah lama berakhir.

“Saya lihat hal itu hampir sudah tidak ada lagi. Sebab sebahagian besar teman-teman saya yang dilabel sebagai Abim itu telah pun mengundurkan diri selepas pemilihan 2001,” kata beliau dalam satu pertemuan baru-baru ini.


Pemilihan 2001, kali pertama diadakan oleh PKR sebagai persaingan sengit selepas ia ditubuhkan pada April 1999.

Pemilihan 2010 merupakan yang keempat diadakan oleh PKR, lebih-lebih lagi menggunakan sistem pemilihan langsung satu ahli satu undi.

Sabtu lalu, Mustaffa Kamil bersama seorang lagi Naib Presiden Azmin Ali dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan penerimaan pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Mustaffa Kamil mengumumkan tawarannya bertanding jawatan timbalan presiden pada 1 Oktober lalu dengan mengeluarkan manifesto kempen yang bertemakan “Suara Baru Demokrasi, Kesinambungan Perjuangan” dan juga berlandaskan “politik nilai”.

“Saya mengakui saya pernah dilatih oleh Abim, di samping itu saya kena sebutkan latar belakang saya (dari) Umno, dalam dunia

akademik, dalam dunia kebeliaan nasional dan antarabangsa,” kata beliau yang turut mengakui bahawa tempohnya bersama Abim

turut menyumbang kepada pembinaan rangka pemikirannya.

Selepas pemilihan 2001 di Kemaman, kata beliau, ramai rakan-rakannya telah keluar PKR tetapi “bagi saya, saya kekal bersama PKR.”

“Dalam tempoh itu (sejak 2001), kita membina PKR sebagai kita ini orang Keadilan, walaupun kita dilatih (dalam) Umno, ada yang dalam PRM sebelumnya, pernah dalam MIC sebelumnya, pernah dalam Suaram... saya melihat (label itu) patut tidak wujud, ia sudah cair.

“Maknanya, saya atau (Ahli Parlimen Padang Serai) N Gobalakrishnan dari MIC, atau (Ahli Parlimen Batu) Tian Chua bekas pemimpin NGO, atau Sivarasa dari PRM, kami semua sudah dilihat sebagai orang Keadilan,” kata beliau yang lahir di Perak pada 1963.

Dalam pertemuan ini yang diadakan sebelum sesi pengesahan penerimaan pencalonan Sabtu lalu, kata Mustaffa, nama PKR atau dahulunya Keadilan adalah “nama baru” yang sudah mula terbina terutama di kalangan kepimpinan.

Oleh itu tegas Pengerusi PKR Perak ini, daripada melabelkan seseorang itu sebagai orang Abim, PRM atau Suaram ataupun ikut latar belakang, perkara yang perlu diambil kira khususnya sekarang adalah sumbangan calon-calon yang bertanding.

“... meritnya ialah sumbangan yang diberikan, bukannya orang Melayu, Cina dan India, itu paradigmanya... bukan latar belakang kaum atau dari mana mereka datang tetapi akhirnya kita sudah mengadunkan kesemua pengalaman lama dalam acuan PKR, semangat dan budaya PKR.

“Itu juga kita amalkan di peringkat akar umbi,” kata Mustaffa Kamil yang mengharapkan bahawa kesemua kepimpinan PKR menjayakan hal ini.

“Acuan PKR ini. Dan, ini akan memberikan satu kekuatan dalam mengharungi politik Malaysia sebab acuan PKR ini akan merangka satu politik bukan berlandaskan perkauman, bukan bias dan bukan latar belakang,” kata beliau yang menyertai PKR pada April 1999.

Sepanjang 11 tahun lalu, Mustaffa Kamil pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung, pemangku ketua Pemuda dan timbalan ketua Pemuda pusat PKR.

Mengenai sebab bertanding kerusi nombor dua, Mustaffa Kamil memberikan alasan pertama dengan berkata, “ini hak demokrasi bagi mana-mana ahli untuk bertanding.”

“Kedua, dalam konteks saya, kita telah berada dalam parti sejak 1999, dan 1998, dalam gelombang, meletakkan jawatan selaku setiausaha politik (kepada Menteri Belia dan Sukan ketika itu) untuk menyertai gelombang reformasi, kemudian PKR untuk berjuang.

“Bermakna saya berada dalam parti sejak 4 April 1999. Jadi, dengan latar belakang dan rekod pencapaian, maka ada kewajaran untuk mempertimbangkan diri saya bertanding jawatan timbalan presiden,” kata Mustaffa Kamil.

Selain itu katanya, beliau mendapat desakan dan gesaan yang agak luas, terutama daripada PKR Perak yang memintanya bertanding jawatan timbalan presiden.

“Saya mahu memberi pilihan kepada ahli,” kata beliau merujuk kepada saingan tiga penjuru bagi jawatan timbalan presiden ini.

“Benar sudah ada Azmin dan begitu dengan Datuk Zaid. Saya faham sumbangan mereka, dan saya kemudian sebagai calon yang ketiga mengesahkan untuk menawarkan diri bagi jawatan timbalan presiden.

“Dan, saya datang dengan maksud dan akhirnya dalam konteks PKR... sebab kita fikir, kita boleh menyumbang, Ada soal kesinambungan perjuangan yang telah 11 tahun kita asaskan bersama, dan pada masa yang sama, saya kata saya boleh menyumbang kepada proses merapatkan saf barisan kepimpinan yang ada dalam kepimpinan, dengan pendekatan yang sederhana.

“Pendekatan yang utama kepaduan dalam parti, pendekatan yang menekankan kasih sayang antara kerabat besar keseluruhan PKR. Saya kata, insya-Allah kita boleh menyumbang kepada proses memperkuatkan parti,” kata naib presiden dua penggal ini yang pernah diamanahkan menguruskan kemelut parti beberapa negeri termasuk Kelantan dan Terengganu.

“Dengan berdasarkan pengalaman dan tugasan ini, saya merasakan sudah sampai masanya bertanding di jawatan di mana kita boleh mengembangkan peranan kita, berganding serasi dengan presiden,” katanya.

Mustaffa Kamil juga yakin boleh bekerja secara seiring dan harmoni dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendapat percalonan besar dan mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

“Saya yakin saya boleh bekerjasama dengan beliau, untuk sama-sama menjayakan perjuangan, impian, harapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13,” kata Mustaffa Kamil lagi.


Sumber : The Malaysian Insider

Anwar terlalu yakin dengan rakan sekelilingnya...

Oleh : Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.


Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.

Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun, saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.

“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun, salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu, bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.


Diterjemahkan dari artikel asal yang berjudul 'So, who was right, Anwar or I' oleh Pulakdah

Thursday, September 23, 2010

Siapa mereka?

Renunganlah sejenak... buat anggota/ahli PKR Nibong Tebal

Pada 25 September ini seluruh ahli PKR Nibong Tebal akan menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemimpin mereka bagi menghadapi pilihanraya umum yang di jangka kurang dari setahun saja lagi.

Oleh itu, memilih pemimpin yang benar-benar layak adalah amat penting agar PKR Nibong Tebal mampu mengetuai rakan-rakan PR di kawasan ini dalam misi merampas DUN Sungai Acheh selain mengekalkan kemenangan di DUN Sungai Bakap, Jawi dan Parlimen Nibong Tebal.

Para pengundi dan ahli-ahli wajib mengenali siapa calon yang akan mereka undi nanti supaya mereka tidak menangis dikemudian hari. Jika nasi sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi..


Calon Ketua Cabang

1. Maktar bin Hj Shapee

Tarikh menganggotai parti : Diawal penubuhan Parti KeADILan Nasional pada 1999

Memimpin PKR Nibong Tebal selepas Tuan Hj Othman Jusoh pada 2007. Berjaya menyatupadukan ahli-ahli dalam menghadapi PRU12. Mendidik dan mentarbiah ahli ke arah perjuangan yang tidak mengharapkan balasan keduniaan. Berjaya membentuk pasukan dan jentera pilihanraya di semua peringkat dan sudah terbukti dalam 3 siri pilihanraya umum yang lalu. Pada PRU12 telah menjadi 'Giant Killer' yang mana telah menumbangkan Timbalan Menteri dan Timbalan Ketua Menteri sekaligus. Hasil gerakkerja yang rapi dan tersusun juga telah menjadikan beliau kini disegani lawan mahupun kawan.

Perkhidmatan kepada masyarakat tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak. Pelbagai masalah yang dibawa insya-Allah dapat diatasi, sehinggakan selepas PRK Bukit Selambau - YB Sivakumar telah memohon bantuan Pejabat ADUN Sg. Bakap melatih pembantu-pembantunya, beritanya di sini. Menjadi buah mulut masyarakat setempat dan luar tentang perkhidmatan yang diberikan. Pergilah sendiri melihat bagaimana ianya beroperasi.

2. Mohd Rizal bin Abd Hamid
Tarikh menganggotai parti : 2 Nov, 2008

Bekas PA YB Barisan Nasional. Pada PRU12 masih mengibarkan bendera UMNO/BN di kereta. Menyertai PKR selepas PR berjaya menawan Pulau Pinang. Menipu masyarakat dan Pejabat Daerah SPS dengan mengisytiharkan beliau sebagai Penyelaras Peruntukan Kerajaan Negeri. Sedangkan jawatan tersebut secara rasminya diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada 15 April 2010. Sejak awal 2009 hingga Mac 2010 beliau turun ke kawasan DUN Sg. Acheh kononnya sebagai Penyelaras DUN sehingga berjaya mempengaruhi beberapa pengerusi JKKK dan menjalankan beberapa siri mesyuarat. Walhal pada ketika itu DUN Sg. Acheh telah dijadikan sebagai DUN angkat kepada YB Maktar oleh Ketua Menteri. Difahamkan pihak Pejabat Daerah SPS juga terpedaya dengan helahnya kerana beliau telah mengemukakan surat palsu dari Pejabat YB Malik sedangkan YB Malik sendiri tidak tahu menahu tentang hal demikian.

Melonjak naik ke persada AMK Pulau Pinang setelah dibawa oleh Zulkifli Ibrahim, kononnya beliau ada karisma sebagai pemimpin masa depan. Tetapi jangkaan mereka meleset...
Selepas tampuk kepimpinan AMK negeri berubah dari YB Yusmadi kepada Amir Ghazali, beliau terus menyelinap dan terus diberi kepercayaan sebagai Ketua Penerangan AMKPP. Dalam masa yang singkat sebelum Kongres PKR di Kota Bharu Kelantan, sekali lagi silapmata berlaku dan beliau terus diisytihar sebagai Naib Ketua AMKPP. Sebelum ini beliau memang mendapat sokongan kuat dari AMK senior seperti Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim sehingga mereka pernah berkata Rizal Hamid adalah bakal calon dari AMK di DUN Sg. Acheh.

Akhirnya pimpinan AMKPP kini boleh mengakui dakwaan ini ada kebenarannya. Penghujung tahun lalu semasa AMKPP menyenaraikan nama calon Ahli Majlis dari kalangan AMK, beliau mencabar Ketua AMK. Semasa AMKPP bermesyuarat utk mencadangkan nama calon AMK bagi syarikat GLC, beliau sekali lagi meminta-minta jawatan tersebut. Lihatlah bagaimana keikhlasannya di dalam perjuangan ini. Berjuang untuk perut sendiri dan bukan untuk maslahat umum.

Bersekongkol dengan pengkhianat parti, Tan Tee Beng.
Bersubahat dengan Tan Tee Beng dalam membawa ahli-ahli hantu ke beberapa kawasan seperti di Taman Ilmu didapati wujud ahli-ahli baru PKR di kawasan rumah yang tidak berpenghuni (rumah kosong). Selain itu juga memindahkan ramai ahli-ahli baru PKR Nibong Tebal ke kawasan Jelutong. Masih berbaik dengan 'katak Jelutong' dan menghadiri majlis di Kg. Padang Lalang pada 8 Ogos 2010. Selain itu mereka berdua turut berkempen untuk bertanding sebagai calon Ketua Cabang. Majlis tersebut adalah anjuran Azizan Abas (Pak Jan) iaitu Naib Ketua Cabang Nibong Tebal proksi Tan Tee Beng. Mendapat dana dari Tan Tee Beng untuk mencari pengaruh di Nibong Tebal.
Terbaru, pada 21 September 2010 telah mengadakan mesyuarat pemilihan 2010 bagi 'Team Kehancuran' di pejabat Tan Tee Beng di Taman Cenderawasih.

Merencana Konspirasi
Penghujung Ramadhan lalu beliau mengatur strategi untuk memerangkap YB Maktar, tetapi Allah menyelamatkan 'ustaz'. Beliau menggunakan pihak luar untuk menaja rumah terbuka Aidilfitri YB Maktar. Alhamdulillah YB tidak terpengaruh dengan kebendaan dan nama, maka terbantut perancangan mereka.

Dato' Zainal sebagai pemodal
Dengan tujuan menghancurkan PKR Nibong Tebal, Ketua UMNO Nibong Tebal telah menyuntik dana membantu kempen beliau. Setiap kawasan yang dilawati beliau akan menerima sumbangan wang tunai. Berapa banyak wang beliau? Wallahuaklamubissawab...

3. Shafie bin Ahmad
Tarikh menganggotai parti : 27 Jun 2010
Ahli UMNO, bertanding bagi mengaburi mata ahli-ahli kononnya wujud demokrasi seterusnya tidak menampakkan Rizal Hamid sebagai calon sebenar menentang YB Maktar. Proksi 'Team Kehancuran'.

4. Mohamad Sarif bin Man
Tarikh menganggotai parti : 27 Jun 2010
Ahli UMNO, bertanding bagi mengaburi mata ahli-ahli kononnya wujud demokrasi seterusnya tidak menampakkan Rizal Hamid sebagai calon sebenar menentang YB Maktar. Proksi 'Team Kehancuran'. Semasa penamaan calon pemilihan, datang satu kereta dengan Shafie Ahmad.


Calon Timbalan Ketua Cabang

1. Kumaraveloo a/l Annamalay
Tarikh menganggotai parti : Diawal penubuhan Parti KeADILan Nasional pada 1999
Naib Ketua Cabang 2007/2010.
Dikenali sebagai Ravi. Mengharapkan jawatan Ahli Majlis MPSP selepas menang PRU12.
Menyertai 'Team Kehancuran' dan borang pencalonan disokong oleh Azizan Abas, proksi Tan Tee Beng.
Pada 21 September 2010 telah mengadakan mesyuarat pemilihan 2010 bagi 'Team Kehancuran' di pejabat Tan Tee Beng di Taman Cenderawasih.


2. Mohd Kamil bin Abu Bakar
Tarikh menganggotai parti : 2003
Timbalan Ketua Cabang 2007/2010.
Dikenali sebagai Hj. Wan.
Semasa PRU12 diamanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR Nibong Tebal.
Lantang bersuara samada diperingkat parti mahupun di MPSP. Sering mengkritik di atas kepincangan pentadbiran dengan tujuan membina. Kelantangannya juga menyebabkan beliau tidak dibenarkan hadir ke mesyuarat PKR Negeri.
Anak didik YB Dato' Mansor, TKM1.

3. Azhar bin Ahmad
Tarikh menganggotai parti : 2003
Ketua AMK Cabang 2007/2010.
Dikenali sebagai Dr. Azhar Dato' Ahamad. Calon PKR di DUN Sg. Acheh pada PRU12.
Selepas PRU12 terus menyepi sehingga membiarkan AMK tanpa peneraju.
Tidak menghadiri mesyuarat cabang dan AMK sejak PRU12.
Bersekongkol dengan Tan Tee Beng dalam campurtangan perlantikan JKKK di DUN Sg. Acheh.
Pada 21 September 2010 telah mengadakan mesyuarat pemilihan 2010 bagi 'Team Kehancuran' di pejabat Tan Tee Beng di Taman Cenderawasih.


3. Zulkifli bin Ibrahim
Tarikh menganggotai parti : Diawal penubuhan Parti KeADILan Nasional pada 1999
Exco AMK Pusat 2007/2010.
Pencetus gerakan Reformasi di Nibong Tebal.
Bergerak secara solo dalam merebut jawatan nombor 2 ini.
Menyesali keterlanjuran mengetengahkan Rizal Hamid diperingkat negeri.


Calon Naib Ketua Cabang

1. Azmi bin Mohamad
Tarikh menganggotai parti : Diawal penubuhan Parti KeADILan Nasional pada 1999
Naib Ketua Cabang 2007/2010.
Tegas dalam menyatakan prinsip. Kepimpinan yang ditunjukkan disenangi seluruh lapisan masyarakat.

2. Azri bin Hussain
Tarikh menganggotai parti : 28 Jun 2008
'Team Kehancuran'.
Merajuk kerana YB Maktar tidak memberikan projek pembinaan titi di Kg. Padang Lalang kepadanya.
Sering menganjurkan majlis dan dibiayai oleh Tan Tee Beng dan menyokong Tan Tee Beng secara terbuka sebagai pemimpin terbaik kerana selalu menghulurkan sumbangan wang ringgit.
Anak saudara Azizan Abas.


Calon AJK Cabang

1. Wahid bin Darus
2. Ahmad Shukri bin Hanafi
3. Abu Bakar bin Rashid
4. Hashim bin Abidin - 'Team Kehancuran'
5. Rajan Ran a/l Tambusamy - Bekerja di pejabat MP Pengkhianat, Tan Tee Beng
6. Laila Sanirah binti Samad
7. Zainul A'alam bin Saad
8. Siti Hanum binti Hussain
9. Zainal Abidin bin Abu Hassan
10. Kamaruszaman bin Mohammad Sharif
11. Hassan bin Man
12. Nayan bin Said
13. Veangieyaa a/l Aladia
14. Ismail bin Hashim
15. Norlia binti Sapar - Bekerja di pejabat MP Pengkhianat, Tan Tee Beng
16. Mohamad Zainudin bin Othman
17. Hashim bin Mat Arshad
18. Jamaliah binti Awang
19. Kalthom binti Hj Ibrahim
20. Toh Su Teck
21. Hasbullah bin Abu Bakar
22. Zamni bin Suleiman
23. K Saven @ Kaesaven a/l Arumugam
24. Rajaletchimee a/p Krishnan
25. Ab Rahman bin Md Yusuf
26. Jamhari bin Idros
27. Mohamad Said bin Mohd Zain


Calon Ketua AMK Cabang

1. Fauzi bin Ahmad
Timbalan Ketua AMK Cabang 2007/2010
Dikenali sebagai Pak Hasan.
Pada 21 September 2010 telah mengadakan mesyuarat pemilihan 2010 bagi 'Team Kehancuran' di pejabat Tan Tee Beng di Taman Cenderawasih.

2. Mat Arof bin Yahya
Setiausaha AMK Cabang 2007/2010
Berganding dengan Munir dalam menjayakan program AMK Cabang sejak PRU12.


Calon Timbalan Ketua AMK Cabang

1. Mohd Rizal bin Abd Hamid
Seperti dinyatakan di atas...

2. Munir bin Maktar
Naib Ketua AMK Cabang 2007/2010
Bersama Mat Arof meneraju AMK Cabang semasa ditinggalkan Dr Azhar dan Fauzi.


Selamat mengundi... Pilihlah calon yang ikhlas dalam perjuangan...


Monday, September 20, 2010

Mengenali calon-calon yang bertanding


Cabang Nibong Tebal

CALON-CALON KETUA CABANG
1. Maktar bin Hj Shapee (Penyandang)
2. Mohd Rizal bin Abd Hamid
3. Shafie bin Ahmad
4. Mohamad Sarif bin Man

CALON-CALON TIMBALAN KETUA CABANG
1. Mohd Kamil bin Abu Bakar (Penyandang)
2. Kumaraveloo a/l Annamalai
3. Azhar bin Ahmad
4. Zulkifli bin Ibrahim

CALON-CALON NAIB KETUA CABANG
1. Azmi bin Mohamad (Penyandang)
2. Azri bin Hussain

CALON-CALON AHLI JAWATANKUASA CABANG
1. Wahid bin Darus
2. Ahmad Shukri bin Hanafi
3. Abu Bakar bin Rashid
4. Hashim bin Abidin
5. Rajan Ran a/l Tambusamy
6. Laila Sanirah binti Samad
7. Zainul A'alam bin Saad
8. Siti Hanum binti Hussain
9. Zainal Abidin bin Abu Hassan
10. Kamaruszaman bin Mohammad Sharif
11. Hassan bin Man
12. Nayan bin Said
13. Veangieyaa a/l Aladia
14. Ismail bin Hashim
15. Norlia binti Sapar
16. Mohamad Zainudin bin Othman
17. Hashim bin Mat Arshad
18. Jamaliah binti Awang
19. Kalthom binti Hj Ibrahim
20. Toh Su Teck
21. Hasbullah bin Abu Bakar
22. Zamni bin Suleiman
23. K Saven @ Kaesaven a/l Arumugam
24. Rajaletchimee a/p Krishnan
25. Ab Rahman bin Md Yusuf
26. Jamhari bin Idros
27. Mohamad Said bin Mohd Zain


CALON-CALON KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG
1. Fauzi bin Ahmad
2. Mat Arof bin Yahya

CALON-CALON TIMBALAN KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG
1. Mohd Rizal bin Abd Hamid
2. Munir bin Maktar

NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN & AJK MENANG TANPA BERTANDING


KETUA WANITA, TIMBALAN, NAIB & AJK TURUT MENANG TANPA BERTANDING


Kepada anggota-anggota KEADILAN Cabang Nibong Tebal, pilihlah pemimpin yang mampu memikul amanah serta berkhidmat kepada rakyat dan bukan PROKSI pihak-pihak yang berkepentingan.
Kuasa di tangan anda..

Kemunculan yang dinanti...

Kali ini hadir dengan isu terkini berkaitan Pemilihan 2010.

Kawasan tumpuan : Cabang Nibong Tebal