Tuesday, December 14, 2010

Apabila Pakar Motivasi Menjadi Pak Ustaz


Kenyataan Harian Metro Sabtu, 11 Disember 2010

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

Ulasan:

Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.

Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur atau GRO tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).

Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah.


Ismed Ulam Raja


Thursday, December 9, 2010

Kenyataan Media Chegu Bard pasca PEMILIHAN KEADILAN 2010


Akur tetapi tidak mengiktiraf keputusan, menolak semua tawaran jawatan lantikan selagi penjelasan bertulis tidak diperolehi.

Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.


che'GuBard

  • bekas MPP KEADILAN 2007 - 2010
  • calon Ketua AMK, Pemilihan KEADILAN 2010.

Kemana Hassan Ali ketika semua Exco turun berdemo?

Pada pukul tiga setengah petang selepas demo semalam, beliau muncul di rumah MB Selangor. Beliau memberi alasan beliau tersangkut dalam traffic jam dan tidak dapat sampai ke tempat demo. Untungnya kesemua exco kerajaan negeri sudah terpacak di Masjid Negara sejak jam 12 tengahari termasuk exco2 seperti Ronnie Liu dan Teresa Kok.

Sebelum ini, dalam dialog antara MB Selangor dan Nazir2 Masjid seluruh Selangor berkaitan isu air, Hasan Ali telah sampai ke tempat dialog lewat. Walaupun begitu, sebagai exco agama, MB Selangor telah meminta Dato Hasan Ali bercakap. Namun, Dato' Hasan Ali menolak dan menepis permintaan MB Selangor ini.Sehingga majlis selesai, Dato Hasan tidak berucap walau sepatah pun. Padahal majlis tersebut adalah majlis di bawah exco beliau dan ada permintaan dari MB sendiri.

Sudahkah kita lupa mengapa Khalid Samad digantung dahulu? Bukankah kerana beliau membangkitkan perkaitan antara Puncak Niaga (anak syarikat SYABAS) dengan Muktamar PAS Shah Alam?

Bukankah sebahagian pemimpin2 PAS telah ditempah bilik-bilik yang begitu mahal di Concorde Hotel, Shah Alam.? Mungkinkah bukan HAsan Ali seorang yang terhutang budi, lantas tidak nampak usaha yang jitu dari PAS Selangor mahupun PAS Pusat.

Ada kemungkinan juga senyapnya Pemuda PAS Pusat berkaitan protes air ini juga menimbulkan seribu persoalan. Mengapa tiada kenyataan keras dan tegas dari Pemuda PAS Pusat menyokong protes ini???

Malahan isu kenaikan harga barang dan isu air ni, saya hairan kenapa Pemuda PAS tidak ambil tindakan pro aktif menganjurkan protes dan demonstrasi bantahan seluruh Malaysia? Mengapa senyap sunyi.

Bukan SYABAS sahaja, pergilah tanya AJK2 PAS semua. Bagaimana Hasan Ali bersungguh-sungguh mempertahankan kroni-kroni(baca: korporat) UMNO ini. Sehingga sanggup memburukan sahabat2 dalam Pakatan Rakyat di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Namun, apabila diminta membuat laporan bertulis, dah lebih 3 bulan satu habuk laporan pun takdak.

Sedihnya hati bila memikirkan korporat2 UMNO ini sudah mampu menguasai PAS dan memacu perjalanan PAS. Syukurlah majoriti ahli-ahli PAS masih mempunyai iman yang kukuh memastikan PAS tidak sesat dari jalan yang benar dan jalan yang lurus.

Aihh apalah nak jadi dengan PAS. Sudahlah "dikuasai" korporat2 UMNO, perjalanan PAS selama dua tahun kebelakangan ni pun MANDOM. Tidak bermaya. Tiada satu pun projek atau perancangan yang kita nampak berjalan dalam dua tahun yang lepas.Sehingga UMNO dapat bergerak bebas menyebarkan fitnah dan penipuan mereka.

Sayang. Pemilihan lepas kebanyakan pemimpin dipilih kerana mempertahankan "kepimpinan ulama". Rupanya, yang ahli2 PAS dapat adalah kepimpinan "kroni2 UMNO".

Kalau sehingga ada kepimpinan SYura PAS sendiri menjadi tukang lobby projek untuk AMONA, apa lagi kita hendak harap dengan kepimpinan ulama ini.

Ya Allah, selamatkanlah PAS ini dari ditunggangi korporat/kroni UMNO. Aminn!!!!

Tulang Besi

Friday, December 3, 2010

Ramalan Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13

Oleh : Nobisha


Bilakah tarikh pilihanraya umum ke13?

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meramalkan pada Mac 2011; walaupun mandat Barisan Nasional untuk terus memerintah sehingga Mei 2013.

Saya tak fikir Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pilihanraya umum ke13 pada tahun 2011. Walaupun ada petunjuk bahawa sokongan rakyat mula kembali kepada Barisan Nasional, namun ia belum mencapai ke tahap yang dihasratkan Najib.

Walaupun banyak faktor – termasuk ekonomi – akan diambilkira oleh Najib, namun akhir sekali ia akan berkisar kepada lima faktor berikut:

1. Inisiatif dalam NKRA, GTP dan ETP memberikan hasil yang boleh dilihat. Sekarang ini rakyat hanya melihat angka. Mereka ingin melihat dan menyentuh inisiatif-inisiatif tersebut. Kalau sekadar angka, rakyat mungkin tidak memberikan undi kepada parti kerajaan.

2. Sokongan masyarakat Cina dan India bertambah sebanyak 10-15% daripada apa yang ada sekarang (dan ini membolehkan Barisan Nasional menguasai dua pertiga kerusi Parlimen). Simulasi pengundian PRU13 yang dilakukan menunjukkan perubahan undi Cina dan India sebanyak itu, ditambah dengan kemampuan mengekalkan sokongan pengundi Melayu akan membolehkan Barisan Nasional terus memerintah.

3. Tidak ada sebarang isu besar yang membebankan rakyat. Saya melihat Najib cuba menguruskan isu-isu ini kerana kegagalan Tun Abdullah Ahmad Badawi berbuat demikian menyebabkan kemarahan rakyat yang tinggi dalam PRU12 lalu. Contoh: dalam kes harga minyak, walaupun harga RON97 naik (tidak lagi subsidi, mengikut harga pasaran), namun alternatif dalam bentuk RON95 menyebabkan sebahagian besar rakyat tidak merasai implikasinya secara langsung.

4. Pengukuhan parti-parti komponen Barisan Nasional. UMNO telah menangguhkan pemilihannya pada tahun hadapan, manakala MIC pula akan melakukan perubahan kepimpinan nasional. Sekiranya Barisan Nasional bertambah mantap dan jentera akar umbi parti lebih tersusun, ia adalah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

5. Keputusan pilihanraya negeri Sarawak. Walaupun ada pihak yang meramalkan PRU13 akan diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak, namun saya tidak berpendapat begitu. Berdasarkan simulasi pilihanraya negeri Sarawak yang dilakukan, saya menjangkakan maksimum pembangkang akan menang di Sarawak ialah 15 kerusi daripada 71 kerusi. Barisan Nasional akan menggunakan kemenangan dalam pilihanraya negeri Sarawak (mandat berakhir Julai 2011) untuk menjadi momentum PRU13.

Atas alasan-alasan inilah, maka saya menjangkakan PRU13 tidak akan diadakan pada tahun 2011 (tidak juga Mac 2011 seperti ramalan Anwar), tetapi pada separuh tahun pertama 2012.

Nak bertaruh?


Fakta : Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu

NOTE EDITOR: Terima kasih kepada Blogger Juara Rakyat. Artikel di bawah boleh dibaca di sini

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.SETUJU????

Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front

Oleh: Dzulkarnain Taib

DRSKUALA LUMPUR 1 Dis - Konsep 'Ketuanan Melayu' yang sering dilaungkan oleh pemimpin Umno kononnya untuk mempertahankan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebenarnya mirip dan hampir sama dengan fahaman mengagungkan bangsa yang dipelopori oleh Hitler di Jerman, sistem Apartheid di Afrika Selatan, Klu Klux Klan di Amerika Syarikat serta National Front (Barisan Nasional atau BN) di United Kingdom.

Menurut pakar perlembagaan dan peguam terkenal, Dr Samarudin Md Rejab, Hitler cuba membawa konsep 'Ketuanan Bangsa Aryan' melalui Parti Nazi yang menganggap bangsa Jerman adalah bangsa paling agung dan mulia - 'superace'.

Fahaman ekstrem ini akhirnya menyebab berlakunya tragedi amat dahsyat yang disebut dalam sejarah sebagai 'Holocaust' apabila dipercayai lebih enam juta bangsa Yahudi di bunuh di Jerman dan seluruh Eropah atas nama 'Ketuanan Aryan' dan Nazi.

"Begitu juga dengan Kerajaan Apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu dimana dasar pemerintahannya adalah berdasarkan kepada ketuanan bangsa kulit putih.

"Masyarakat yang bukan berkulit putih seperti orang Afrika berkulit hitam, India malah masyarakat Melayu (Cape Malays) mengalami nasib yang amat pedih dan menyayat hati apabila mereka disegregasi dan didiskriminasi dalam setiap sudut kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Mereka semua dipaksa tunduk kepada ketuanan bangsa kulit putih di negara itu.Mahukah kita orang Melayu, tidak kira rakyat biasa atau kerabat diRaja, yang bermaruah tunduk kepada gulungan ketuanan Melayu ala Apartheid dan Hitler ini?

"Hari ini konsep ketuanan ini masih wujud sebagai garis perjuangan parti politik bukan sahaja oleh Umno di Malaysia malah di UK pun ada parti sedemikian yang dinamakan 'National Front' atau Barisan Nasional UK," jelas Dr Samarudin kepada Suara Keadilan.

BN (UK) merupakan parti berhaluan kanan yang hanya dianggotai oleh rakyat kulit putih dan dianggap sebagai parti rasis malah Jabatan Penjara serta Perkhidmatan Polis UK mengharamkan kakitangannya menyertai pertubuhan politik tersebut.

Slogan BN (UK ) adalah "Kita mesti menjamin kewujudan bangsa kulit putih dan masa depan bagi anak-anak bangsa berkulit putih kita".

"Dalam setiap pilihan raya sehingga kini BN (UK) tidak mendapat kerusi dan semua calonnya juga hilang deposit.

"Ini kerana rakyat di UK dan juga institusi Raja di negara itu tidak pernah menyokong BN (UK) yang memperjuangkan ketuanan Inggeris.Mengapa pula kita diMalaysia , samaada rakyat biasa atau institusi Raja , perlu menyokong ketuanan Melayu UMNO dan BN ? Tetap tiada.Bujur lalu melintang patah!

"Malah sistem monarki di UK tidak pernah mengaitkan Raja-Raja Inggeris (English rulers) dengan BN (UK) atau dengan konsep ketuanan Inggeris," tegas beliau.

Tambah beliau, pemerintah Amerika Syarikat telah mengharamkan malah mengkategorikan sebagai organisasi teroris pertubuhan atau kumpulan politik yang memperjuangan ketuanan warna kulit atau ketuanan bangsa seperti Klu Klux Klan yang berpegang kepada prinsip ketuanan kulit putih (white supremacy).

"Sekiranya Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) adalah sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat besar kemungkinan ia juga akan senasib dengan Klu Klux Klan," ujarnya.

Dr Samarudin membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengkritik Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau rakyat 'membangkul sampahkan konsep Ketuanan Melayu' kerana ia hanya menjadi alasan segelintir kelompok elit Melayu untuk memperkayakan diri, kaum keluarga serta kroni mereka.

Sebenarnya apa yang dilaungkan oleh Dr Wan Azizah berkenaan Ketuanan Melayu dan memperjuangkan Ketuanan Rakyat adalah penentangan beliau terhadap segala yang diperjuangkan oleh Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan dan BN (UK).

"Tindakan Nazri menggaitkan Ketuanan Melayu dengan raja-raja Melayu adalah satu tindakan yang paling biadap oleh kerana Dr Wan Azizah dan KEADILAN mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dan kesultanan Melayu dan BUKAN melalui prinsip ketuanan atau supremasi bangsa Melayu yang diagung-agung oleh pemimpin Umno di dalam setiap perjumpaan Umno tahunan termasuk oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri yang asal usul kemelayuannya juga boleh dipertikaikan.

"Sebenarnya tahi lembu (cow dung) yang disebut berulang kali oleh Nazri tertempek dimukanya sendiri dan juga di dalam otaknya," hujah beliau.

Beliau dengan tegas menerangkan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai 'Ketuanan Raja-Raja Melayu' yang cuba dihebohkan oleh Nazri tidak wujud dalam mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia langsung.

"Konsep ketuanan apa bangsa pun tidak wujud di dalam perlembagaan mana-mana negara. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun menolak ketuanan mana-mana bangsa. Malah semasa Apartheid di Afrika Selatan PBB dan seluruh mayarakat antarabangsa mengenakan sekatan terhadap negara itu.

"Perlembagaan Malaysia pada hakikatnya berlandaskan kepada sistem demokrasi berparlimen dan bukan perlembagaan pemerintahan Nazi di bawah Hitler ataupun seperti sistem Apartheid di Afrika Selatan dimana konsep ketuanan itu dengan jelas dinyatakan di dalam perlembagaan masing-masing.

"Jadi konsep "'Ketuanan Melayu' tidak ada dalam Perlembagaan dan saya mencabar mana-mana pakar Perlembagaan Malaysia ataupun mana-mana pemimpin di Malaysia termasuk Nazri sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang yang boleh menunjukkan mana-mana perkataan, ayat atau peruntukan Perlembagaan kita berasaskan kepada 'Ketuanan Melayu'," cabar beliau lagi.

Tegasnya apa yg tercatit di dalam Perlembagaan adalah hak kewarganegaraan setiap rakyat Malaysia yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ini kata beliau selari dengan prinsip Islam yang berlandaskan kepada hakikat bahawa semua manusia adalah keturunan Nabi Adam (as) dan Hawa (as) yang berbilang bangsa dan kaum.

"Dalam erti kata lain konsep ketuanan atau 'superace' ini tidak ada dan tidak wujud malah konsep 'Ketuanan Melayu' pun sepatutnya tidak ada dan tidak wujud.

"Sekiranya ada pihak yang memperjuangkan dan mempertahankan konsep 'Ketuanan Melayu', golongan ini merupakan kumpulan supremasis yg melebihi batasan merupakan kumpulan perkauman yang melampaui batasan agama dan kemanusiaan sejagat.

Dr Samarudin berkata apa yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat selaku gabungan parti pembangkang melalui 'Common Policy Platform' yang ditandatangani oleh ketua-ketua KEADILAN, PAS dan DAP iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Antara lain, pertama, Pakatan Rakyat bersetuju kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu akan dipertahankan. Kedua, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, ketiga Islam adalah agama rasmi, keempat semua bangsa dan etnik mempunyai hak yang sama sebagai warganegara, dan kelima kedudukan istimewa orang-orang Melayu di dalam Artikel 153 hendaklah kekal.

"Oleh yang demikian hapuskanlah ketuanan mana-mana bangsa termasuk 'Ketuanan Melayu'," jelas beliau.


Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

NONE“Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.


patrick lim and abdullah ahmad badawi and koh tsu koon 270906“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.


kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz and lim kit siangMenurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.


azlan“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal


“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.


perkasa protest at chinese assembly hall 6Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.