Wednesday, September 30, 2009

Hasan Ali jangan sesuka hati buka mulut!

Oleh Huzaifah Ahmad Yamani

Hasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…

Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!

Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan mesyuarat dan lebih teruk bersikap hipokrit dan double-standard atau Talam Dua Muka!

Saya sebagai ahli PAS, sama sekali tidak merestui apa yang telah dilakukan oleh PJ PAS Selangor ini. Kedudukannya sebagai PJ PAS Selangor, bukanlah tiket yang memberikannya kebebasan membuat sebarang kelaku tidak senonoh sehingga merosakkan keharmonian PR dan PAS Sendiri.

1. Membohong amalan munafik. Hj Hadi pastinya dah hafal hadis ini. Masalahnya, Hasan Ali sudah membohong. First, masa mengempen waktu PRU dulu, dia janji nak buat buat ini, last-last apa pun tarak! Hei Hasan Ali…itu belum kira kes dia jumpa BN secara ‘under ground’…so, buat apa Hj Hadi nak simpan orang macam ni!

2. Tidak patuhi ketetapan mesyuarat. Jangan kata ketetapan mesyuarat PAS seperti mana disebut Khalid Samad di blognya, bahawa semua pihak dalam PR perlu menjaga keharmonian satu sama lain, atau dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka sendiri, bahkan Hasan Ali terang-terang melanggar ketetapan mesyurat agung PAS. Bukankah ketetapan muktamar PAS di Shah Alam dulu meluluskan usul memperkukuhkan kesepaduan PAS dan PR? Apa jenis pemimpin ni tak patuh keputusan mesyuarat ni?

3. Tidak jaga kerahsiaan. Apa ni, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, ada orang kata Pak Khalid tak jaga kerahsiaan dan sebagainya. Habis tu, yang Hasan Ali pi belasah SELCAT terang-terangan tu apa? Awat tak boleh bawak bincang ka dalam mesyuarat tertutup? Ceh…kata siasatan Selcat memalukan…habis tu tindakan dia tu apa? Apa tak malu ke Ten Chang Kim sebagai Pengerusi Selcat? Hasan Ali belajar dari mana semua ni…sedangkan Rasulullah SAW sendiri tak izinkan Umar pancung Abdullah bin Ubai…ini semua persoalan besar Hasan Ali…kamu kena ikut usrah marhalal taarif balik ni!

4. Tidak tau meletakkan keutamaan. Hasan Ali selaku PJ sepatutnya bijak la sikit membaca senario politik. Kan sekarang PAS dan PR tengah bergelut nak menang di Bagan Pinang, awat la hang pi buat isu lagi. Dulu isu arak, jenuh orang lain menolong selesaikan masalah. La ni masalah Selcat la pulak. Karang, aku kata hang ni memang HAMPEH, kata berlebih la pulak. Hai Hasan Ali, cerdiklah sikit…takkan tak tau keutamaan isu yang perlu diperjuangkan. Bacalah Fiqh al-Aulawiyat dari Qardhawi. Jangan main belasah ja. Isu Beng Hock, kecelaruan SPRM, Kepala Lembu dan lain-lain lagi yang sepatutnya kamu kena perjuangkan, bukan isu ini. Bila Khalid Samad bersuara, ada pihak kata…kononnya dia nak cari nama, dah tu…kamu sebagai PJ buat derk je…apa cerita!

5. Membela pesalah! Yang Selcat dok siasat tu pasai nak tegakkan kebenaran, dalam mahkamah pun depa tak sekat sapa-sapa nak jengok masuk…kata orang-orang tua, Berani Kerana Benar, Takut Sebab Salah…jika depa misalnya para DO tu tak dak buat salah…apa nak takut! Bahkan tindakan Hasan Ali ini seolah-olah menjadi ‘jambatan lidah’ para DO Umno ini…agar memberikan gambaran negatif kepada Selcat. Hai Hasan Ali…orang kata kamu Umno…kamu marah…tapi jika dah bersuara macam Umno dan bertindak macam Umno…apa jenis kamu ni?

6. Tak hormat kawan sendiri. Bagi saya, Hasan Ali gagal dalam tapisan sebagai pemimpin, kerana tak reti menghormati kawan sendiri. Dalam kondisi hari ni, PKR dan DAP adalah kawan, Umno dan konco-konconya adalah MUSUH. Jika ini pun Hasan Ali gagal kenal pasti, sudahlah…letak la jawatan exco tu…oghang lain ramai lagi yang layak dan boleh isi!

Kesimpulannya, Hasan Ali memang tak sesuai duduk di posisi sekarang. Dia sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PR. Maka, eloklah Hj Hadi dan PAS Pusat lakukan sesuatu sebelum terlewat. Atau pun rakyat sendiri akan MENGAJARNYA dalam PRU akan datang!


Thursday, September 24, 2009

Hassan Oh Hassan.. Sudah-Sudahlah..

Hassan Ali Cari Publisiti Murahan

Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, sebagai anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri sepatutnya ada satu bentuk persefahaman tentang soal pemisahan kuasa bidang antara eksekutif dan legislatif.

"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.

Sehubungan itu Mahfuz menambah, Hasan sebagai anggota eksekutif seharusnya menasihatkan mana-mana pegawai kanan kerajaan, dalam kes terbaru Selcat yang melibatkan pegawai-pegawai daerah yang mengadu tentang perjalanan jawatankuasa itu, supaya mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar jika tidak berpuas hati dengan Selcat.

"Macam dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (dari DAP) yang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama setahun.

"Keputusan disyorkan oleh jawatankuasa Parlimen dan apabila beliau tidak berpuas hati, beliau mengambil tindakan mahkamah (yang sedang didengar)," katanya.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

"Dan, kemudian membawa usul meminda Aturan Mesyuarat bagi mengubah keanggotaan Dewan dalam jawatankuasa... bukannya membuat kenyataan seumpama itu walaupun beliau merasakan tidak berpuas hati dengan Selcat," kata Mahfuz yang menafikan kenyataan Hasan itu menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan krisis dan berpecah.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak bersetuju dengan syor Hasan agar Selcat dirombak.

Berkhidmat untuk Rakyat konon.. piiiirah!!

Ramai yang tanya kat aku pasai apa aku takmau masuk politik. Aku cuba bagitau kat depa yang aku bukan orang politik tapi aktivis politik. Kebanyakkan depa tak faham apa beza. Aku cuba perjelas semudah yang boleh. Ahli politik nak cari kuasa. Aktivis politik nak cari perubahan. Aku cari perubahan bukan cari kuasa.

Mungkin tu bukan maksud tepat tapi aku rasa boleh bagi terang pasai apa aku jadi macam la ni dan takmau jadi macam depa. Aku selalu guna analogi perbandingan antara Fidel Castro dan Che Guevara. Castro nak kuasa. Che nak perubahan. Bila depa dapat tumbangkan kerajaan Cuba dan membentuk kerajaan, Castro jadi ketua, lepas 6 bulan dalam kerajaan, Che keluar untuk mulakan satu revolus baru di negara lain dan kemudiannya mati tentunya.

Tak payah heran, kebanyakkan depa yang masuk politik pasai depa mengidam kuasa -- tak kira dalam parti yang memerintah atau pembangkang. Depa ni bukan masuk politik untuk buat perubahan. Selalunya, berkhidmat untuk rakyat benda yang akhir sekali dalam kepala depa. Semuanya pasai mengidam nak kuasa dan macamana nak dapat kuasa. Pasai tu la susah sangat nak jangka tindakan orang politik termasuk yang dalam pembangkang.

Cuba tengok isu di Selangor sebagai contoh. Dulu masa 1999 memang dah ada perebutan kuasa antara dua anak Ali - Hasan Ali dan Azmin Ali, masing-masing dari PAS dan PRK. Dua-dua fikir parti depa akan menang paling banyak kerusi di Selangor, jadi depa dua-dua nak jadi Menter Besar Selangor yag baru. Akhirnya,pembangkang tak menang, dan tentunyalah pertikaian antara depa selesai.

Itu 10 tahun dulu, tapi bila pembangkang betui-betui menang di Selangor bulan Mac tahun lepas, berebut kuasa tu timbui balik. PRK menang paling banyak kerusi dan DAP nombor dua. PAS di bawah sekali dari jumlah kerusi.

Maknanya Menteri Besar mesti dari PKR, bukan PAS. Jadinya persoalan samaada Hasan Ali sepatutnya jadi Menteri Besar langsung tak berbangkit. Takdak pasai dia boleh jadi Menteri Besar. Menteri Besar mesti dari PKR.

Tapi kalau Amwar pilih Azmin Ali jadi Menteri Besar, Hasan Ali mungkin akan buat tindakan. Sebenarnya Hasan Ali dah pun buat hubungan rahsia dengan Umno untuk kebarangkalian Umno dan PAS membentuk kerajaan baru dengan Hassan Ali sebagai Menteri Besar. Ianya bukan samaada Umno atau PRK-DAP yang lebih baik sebagai rakankongsi PAS Selangor. Ianya lebih kepada formula mana yang akan untungkan Hasan Ali. Dengan PKR-DAP, Hasan Ali tak berpeluang nak jadi Menteri Besar tapi dengan Umno dia berpeluang.

Tapinya, kerjasama PAS-Umno tak bagi depa cukup kerusi untuk bentuk kerajaan. Jadinya tak boleh hanya PAS dan Umno saja. Dia mesti PAS dan Umno ditambah beberapa kerusi PKR jugak. Tapi disebabkan depa tak dapat ADUN PKR yang nak lompat, plan tu tak menjadi.

DAP pulak fikir yang depa yang boleh dapat kerusi paling banyak di Selangor. Masalah akan timbui pasai DAP takdak ADUN Melayu, jadi macamana depa nak ambik kerusi Menteri Besar. Ini jadi kat Perak, walaupun DAP menang paling banyak kerusi di Perak, depa terpaksa tawarkan kerusi Menteri Besar kat PAS, parti yang menang paling sikit kerusi, tapi nampaknya tu bukan pilihan yang teruk pasai Hj Nizar Jamaluddin memang calon yang ideal.

DAP boleh terima yang PKR menang paling banyak kerusi di Selangor, jadi Menteri Besar mesti dari parti tu. Tapi DAP menang kedua terbanyak, jadi sekurang-kurangnya depa boleh pegang kerusi Timbalan Menteri Besar. Lagipun pembangkang menang di Selangor pasai undi orang bukan Melayu dan bukan pasai undi orang Melayu. Orang Melayu pecah 50-50. Undi bukan melayu yang memenangkan pembangkang.

Tapi di sini timbui masalah kedua. Yang pertama, Selangor menang dengan sokongan bukan orang Melayu dan bukan sokongan orang Melayu yang berpecah 50-50. Yang ni sapa pun tak boleh nak nafi. Tapi ini jugak bermakna sokongan Melayu sangat perlu. Umno dah pun jaja kata orang Cina dah kuasai Penang, Perak dan Selangor. Kalau dipilih orang Cina jadi Timbalan Menteri Besar, pembangkang dah termasuk dalam mainan Umno. Pembangkang macam tolong umno bagi bukti yang memang Selangor orang Cina dah kuasai dan rethorik Umno tu memang fakta yang tak boleh dinafi dan bukannya kelentong.

Ini bukan pasai pembangkang takmau orang Cina jagi Timbalan CEO di Selangor. Ianya pasai berhati-hati dan takmau bagi peluru kat Umno yang nak guna sentimen semangat Melayu dalam isu bangsa yang Umno tengah dok main. Umno dok menjerit kata Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 adalah ulangan Pilihanraya Umum 11 Mei 1969. Jadinya Umno kata, depa perlu penyelesaian 13 Mei 1969 untuk masalah tu. Ingat Hitler punya 'final solution'?

Terlalu penting untuk pembangkang tak benarkan Umno guna ayat 'Selangor dah terlepas kat Cina'. Depa dah kata macam tu kat Penang dan Perak -- terlepas kat Cina. Dan selangor adalah permata dikalangan 3 negeri yang menguasai separuh dari ekonomi Malaysia.

Masalah kedua adalah dalam DAP sendiri. DAP Selangor berpecah kepada banyak fraksi yang masing-masng tak berlaga angin. Jadinya sapa dari DAP yang sepatutnya jadi Timbalan Menteri Besar kalau pembangkang berani ambik risiko dan lantik orang Cina dari DAP jadi Timbalan Menteri Besar? Ada puak dalam DAP yang sampai tahap buat protes dan demonstrasi untuk langkah pencagahan awai tak mau bagi puak lain dilantik jadi Timbalan Menteri Besar. DAP Selangor akan berpecah dan mungkin ada yang akan keluar parti dan istihar jadi calon 'bebas' macam sorang DAP dari Perak.

Kalau takdak sapa dari DAP yang dapat kerusi Timbalan Menteri Besar tu, semua seronok. "Takpa aku tak dapat selagi takdak sapa yang dapat". Tapi kalau dilantik dari satu puak, puak lain mungkin akan mengamuk.

Sama jugak la, pasai tu Anwar buat keputusan Khalid Ibrahim patut jadi Menteri Besar. Khalid bukan calon terbaik malah ada yang sampai kata Khalid tu sebenarnya calon terburuk. Azmin Ali depa kata sebagai pilihan yang lebih baik, aku pun fikir macam tu.(sic) Tapi kalau Azmin Ali yang dipilih jadi Menteri Besar, Hassan Ali akan merajuk dan bersungguh-sungguh mempertimbangkan cadangan Umno membentuk kerajaan PAS-Umno di Selangor.

Hasan Ali tak realistik. Pasai tu la Umno pujuk dia. Depa pujuk dia bukan pasai dia hebat tapi pasai depa tau dia mengidamkan kerusi Menteri Besar. Jadinya depa 'layoq lobak merah depan mulut dia dan tengok dia terliur.' Bila dah dapat rampas Selangor depa akan buat plan fasa ke-2 dan plan fasa ke-2 tu adalah macamana untuk singkirkan Hassan Ali.

Sebenarnya bukan susah sangat pun nak musnahkan Hasan Ali bila dia dah tidur sekatil dengan Umno. Umno tau yang Sultan Selangor tak suka kat Hassan Ali. Aku ada sumber dari dalam istana yang sahkan benda ni. Jadinya apa yang perlu depa buat cuma istiharkan yang PAS dan Umno akan bentuk kerajaan di Selangor dan akan mintak mengadap Sultan. Pasai Umno dan PAS bersama beberapa 'bebas' dari PKR/DAP masa tu kuasai majoriti kerusi di Selangor, Sultan takdak pilihan melainkan mengistiharkan kerajaan baru.

Tapinya, walaupun Sultan takdak pilihan lain selain bersetuju dengan kerajaan baru PAS-Umno, dia tak mesti bersetuju Hasan Ali akan dilantik jadi Menteri Besar. Malah dia akan tidak bersetuju. Jadi Umno masa tu boleh kembang dada dan kata yang depa setuju hang jadi Menteri Besar tapi Sultan pulak tak setuju. Mintak maaf, hang tak boleh jadi Menteri Besar jugak, Ia mesti seseorang dari Umno.

Hassan Ali boleh dijatuhkan sebelum dia sempat naik. Ingat Pearl Harbour dan apa yang Jepun buat kat Amerika. Hasan Ali akan tempuh dia punya Pearl Harbour di tangan Umno dengan bantuan Sultan.

Pasai tu la tak susah nak faham pasai apa banyak sangat kelam kabut dalam Pakatan Rakyat Selangor. Bukan saja PKR, DAP dan PAS cuba jadi jaguh sesama depa, dalaman PKR, PAS dan DAP pun, banyak sangat puak yang saling nak perjatuh puak lain.

Kita ada perang inter-parti dan intra-parti. Semua ni pasai takdak sapa yang berminat nak bawak perubahan atau nak berkhidmat untuk rakyat. Depa cuma bermnat nak cari kuasa pasai biasanya orang politik memang mengidam kuasa.

Jadinya, kita sebagai rakyat, kena perati depa ni. Kalau kuasa ada kat tangan depa, cepat sangat depa lupa sebenarnya rakyat yang letak depa kat situ. Depa akan lupa yang depa kena bekerja untuk rakyat. Depa akan jadi sebijik macam Barisan Nasional yang fikir rakyat macam hamba dan depa adalah tuan.

Jangan percaya orang politik. Depa akan guna kita bila sesuai untuk depa. Depa akan belakangkan kita dan khianat kepercayaan yang kita bagi. Pasai tu la perlu ada dari kalangan kita yang tetap jadi aktivis politik dan tak jadi orang politik. Jadinya kita boleh belasah orang politik bila depa lupa sapa depa, yang mungkin akan jadi sebaik saja depa menang pilihanraya dan bentuk kerajaan baru.


Artikel berasal dari Malaysia Today oleh Raja Petra Kamarudin


Diterjemahkan oleh Cenangau secara ikut suka dia..

Sekiranya artikel yang ditulis oleh RPK ini tidak benar dan fitnah jahat, Dr. Hassan Ali mesti saman RPK demi membersihkan nama baik beliau.

Wednesday, August 26, 2009

Antara Merdeka dan Derhaka

Oleh : nash ar-rawy

Para pejuang gerakan Islam sejak daripada Hisbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semangol di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Bakir adalah antara pimpinan yang bangun menentang penjajah British secara terang-terangan ; termasuklah almarhum Prof. Dr. Burhanuddin El – Helmy , Ahmad Boestaman, Ibrahuim Ya’akub, Mustaffa Hussein dan para pejuang yang lain. Setelah Hisbul Muslimin diharamkan , muncul pula Parti Islam Se Malaysia ( Pas) yang kemudiannya di pimpin oleh Prof. Dr. Burhanuddin El –Helmy sebagai lanjutan atau kesinambungan kepada gerakan Islam Hisbul Muslimin. Lantaran itu, beliau di tangkap dan di penjarakan oleh kolonial British .

Namun pimpinan nasionalis sekular pada waktu itu bisa berkompromi dengan kolonial British selaku anak emas British; dengan menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Britih selaku Menteri Besar Pahang ( Tun Razak ) , Menteri Besar Perak ( Panglima Bukit Gantang) dan Menteri Besar Johor ( Dato’ Onn Jaafar ) .Tiada seorang pun pimpinan Umno yang bisa ditangkap oleh pihak penjajah Bitrish selaku pejuang kemerdekaan termasuklah Tunku Abdul Rahman yang besenang-lenang di Langkawi selaku pegawai tinggi penjajahan kolonial.

British sememangnya tahu lambat laun negeri-negeri jajahannya akan bisa merdeka juga akhirnya seperti pengalaman mereka di India. Namum, antara PAS dan Umno , British lebih senang bakal kerajaaan baru yang merdeka itu nanti di perintah oleh kalangan anak didik dan acuan mereka. Yang bisa menyambung sistem pemerintahan yang berteraskan sekular dan sudah pastinya bukanlah daripada Gerakan Islam yang di gelar bahaya dari gunung ( Hisbul Muslimin ) dan penyambungnya; PAS yang bernaunsakan Islam .

British tiada mahu lihat Malaya waktu itu muncul sebagai Negara Islam . Maka , tiada hairanlah ‘ Neo- Colonialism” berlaku apabila pemerintahan Malaysia di serahkan kepada Umno –Perikatan yang meneruskan kesinambungan dasar dan sistem pemerintahan sekular mengikut acuan British . Pihak kolonial tahu pengaruh Almarhum Prof. Dr. Buurhanuddin terlalu kuat dan mempunyai karisma sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia Merdeka yang berwibawa. Beliau adalah satu-satunya wakil Asia dalam persidangan Afro-Asia yang diiktiraf sebagai pemimpin Asia yang unggul.

Sehingga sekarang acuan kolonial masih lagi berjalan apabila , walaupun sudah ‘merdeka’ ; hukum hudud tiada pernah diperundangkan oleh penguasa nasionalis sekular.Bahkan, cadangan Akta Hudud di tolak bulat-bulat di dalam parlimen, yang dikemukakan oleh PAS. Ini adalah suatu penderhakaan terhadap Tuhan selaku ‘The Absolute Law Giver “. Namun Kerajaan pimpinan Gerakan Islam ( PAS For All) bisa memperundangkan hukum Hudud ( Kanun Jenayah Syariah ) di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun , tiada bisa diimplementasikan kerna sekatan perlembagaan Persekutuan dan agenda Kerajaan pusat yang mengugut kerajaan Kelantan ( Mageran ).

Penderhakaan kepada tuhan dan syariat Islam terus –menerus berlaku apabila mukaddimah Hudud pun tiada bisa di laksanakan walaupun sudah ‘meredeka’ lebih daripada lima dekad. Tetapi, maksiat tiada di sekat bahkan diperlesenkan dengan lesen judi dan arak yang berleluasa. Namun kerajaan yang bernaunsakan Islam di Kelantan telah berjaya menggunakan sepunuhnya kuasa Kerajaan Negeri(PBN) dan Kerajaan Tempatan(PBT) dengan tiada mengeluarkan lesen premis untuk judi dan menghadkan serta mengawal penjualan arak di tempat tertentu sahaja untuk bukan Islam. Sebagai perintis dan model kepada negara dan negeri –negeri lain khususnya yang di bawah Pakatan Rakyat untuk di contohi dan ditauladani. Insya Allah Hu Ta’ala. Hapuskan judi dan kawal-selia arak walaupun kerajaan UBN yang bagi lesen.

Firmanul lahu,” Tidak dibenarkan kekayaan sesebuah negara itu berputar dikalangan orang-orang yang tertentu sahaja” Ayatullah ini diderhakai apabila hanya suku-sakat umoputra sahaja yang bisa mengkayakan kroni masing-masing ; yang sekaligus mengkhianati dasar DEB dan mengenepikan golongan marhein tanpa mengira kaum dan agama. Ternyata , korun-korun ini bertopengkan DEP untuk kepentingan kroni mereka. Kendatipun, mereka terlupa rakyat sudah menyedari dan bangkit Merdeka dan Refomasi untuk mengambilalih Satu Malaysia daripada belenggu dan konkongan sekular; yang menggunakan ISA untuk mengekangnya secara dayus dan opresi massa.

Baru sedikit sahaja pengabdian diri almarhum Datuk Ishak Baharum yang melaksanakan amanah selaku Mufti Selangor yang melaksanakan penguatkuasan ke atas wanita Islam yang memasuki pertandingan ratu cantik dan yang menjadi pelayan arak di ‘The Ship” bisa mengakibatkan beliau dipecat sebagai Mufti. Di manakah maruah Islam Satu Malaysia . Satu Malaysia masih lagi belum ‘merdeka ‘dalam ertikata yang sebenarnya kerna Satu Malaysia tidak bisa dibenarkan Hudud dilaksanakan untuk mendidik rakyat dan mencegah kemungkaran . Sehingga berleluasanya zinah dan anak luar nikah ! Ini semua adalah bala daripada Yang Empunya Hukum kerna kerajaan Satu Malayisa menderhaka kepada Yang Empunya Hukum ( ‘ The Absolute Law Giver’).Kerajaan Satu Malaysia masih tidak bisa membebaskan Satu Malaysia daripada dikuasai oleh perlembagaan sekular dan undang-undang thoghut ; British Common Law .; yang dipaksakan ke atas orang Islam.

Ternyata sekali, Hudud , Kisos dan Ta’azir tiada bebas dilaksanakan ke atas orang Islam ( Bukan Islam ‘opt’ kepada civil law ) . Ini jelas bererti, syariat Islam belum lagi merdeka dalam Satu Malaysia .Justeru itu, penguasa dan pemerintah Satu Malaysia adalah kerajaan yang mengkhianati syariat Islam dan menderhakai Tuhan selama lebih daripada lima dekad dan tiada tanda-tanda mahu taubatan nasuha. Inilah dia polisi dan akidah yang sesat perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan). Bahkan, polisi dalam Satu Malaysia puak nasionalis sekular ini , ialah Amal Maaruf Amal Mungkar sama dengan slogon Malaysia Boleh! Halal Haram pun boleh !. Menderhakari perintah Yang Empunya Global , “ Ani’budullah wajtanibutthoghut’ ( Beriman dengan Allah dan menjuahi thoghut ).; sepanjang masa.; Dulu , Kini dan Selamanya ; sekular nasionalis.dengan berbagai slogon dan retorik menipu ummah.

Percayalah merdeka bangsa dan tanah air daripada kolonial British , belum tentu lagi Islam itu merdeka . Tetapi, jika Islam For All dimerdekan dalam Satu Malaysia , insyaAllahu bangsa dan tanah air dengan sendirinya bisa terserlah. Sebagaimana bangsa Arab dan Turki bisa memerintah dunia dengan Islam . Tetapi, apabila menganut kebangsaan Arab dan Kethoghutan , sekular Kamal Attatuk yang meninggalkan Islam sebagai addeen waddaulah ; habis punah negara umat Islam menjadi boneka Amerika dan penjajahan dunia Islam bentuk baru yang kembali dijajah.

Merdekakanlah Satu Malaysia dengan Islam For All , menegakkan negara berkebajikan dan ‘Justice For All” kerna “ Islamu nyaklu wala nyakla ‘alaih” ( Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya) Derhakailah thoghut dan kepemimpinan thoghut( Berhala yang berkata-kata dusta) selama mana mereka itu menderhakai Yang Enpunya Hukum, Yang Empunya Satu Malaysia , Yang Empunya Rezeki dan Yang Empunya Global . Merdekakan Satu Malaysia pada PRU 13 nanti, Insya Allah Hu Ta’ala. Islam yang memerintah dan tak bisa diperintah ! Merdekakan Islam, bangsa dan tanah air dengan Islam .Menegakkan agama dan memerintah Satu Malaysia dan dunia dengannya . “ Islam For All” untuk satu Malaysia.


Monday, August 24, 2009

RM200 juta Tawan Kedah dan Selangor?..

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK

Sunday, August 23, 2009

Apa Sebab Adun Lunas Keluar Parti?

MASALAH yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya.

Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.

Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN?

Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?

Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka beliau kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya.

Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak?

Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah lama memburuk dalam kerajaan Kedah.

Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disandang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugah dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk memenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu.

Dan kalau tindakan Radzhi itu untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyelewengan yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau di belakang?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka.

Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelenggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan!


Sumber : MSO


Wednesday, August 19, 2009

Tan Sri Khalid yang entah apa di dalam kepalanya....NTAHAPAHANTAH!!

Sultan Selangor telah membantah cadangan Menteri Besar Selangor untuk menggunakan wang zakat bagi membiayai kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Baginda hanya mengizinkan wang pungutan zakat Selangor digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat Muslim Selangor dan bukannya untuk urusan yang lain lain.

Jika kita lihat cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu, secara jelasnya kita akan mendapati terdapatnya pro dan kontra padanya.

Bukan itu yang mahu kita bincangkan kerana siapalah kita untuk membincangkannya.

Apa yang mahu dipersoalkan adalah apakah puncanya sehinggakan Menteri Besar Selangor "yang bijak berniaga" itu mahukan sebenarnya? Mahu menampung perbelanjaan kerajaan negeri atau mahu "mencambahkan" duit zakat tersebut supaya kerajaan negeri Selangor turut mendapat manfaat daripadanya?

Ini yang harus difahami oleh semua pihak. Telitikan secara jujur dari hati yang ikhlas. Ketepikan sentimen atau apa sahaja prejudis yang ada.

Apa apa pun, rasanya banyak lagi cara lain untuk menampung kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor selain daripada "menggunakan" duit pungutan zakat.

Kenapa tidak belajar daripada kerajaan Pulau Pinang bagaimana cara terbaik untuk menjimatkan kos? Tidak salah rasanya untuk mencontohi Lim Guan Eng. Lihat juga di Kelantan. Kebijaksanaan dan perbelanjaan berhemah yang dipraktikkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan TG Hj Nik Aziz mampu berdiri sehingga sekarang walaupun sangat "tertekan" kewangannya.

Buat Menteri Besar Selangor, dengarlah cakap rakyat sebelum rakyat "meludah" anda. Jangan terlalu berslogan tetapi hasilnya entah di mana.

Itu hal Selangor. Kita beralih pula ke Parlimen Bandar Tun Razak. Simpati sungguh kami dengan Wakil Peribadi Tan Sri, Sdra Azman. Yang "berak", Tan Sri. Yang jadi tukang cuci, Sdra Azman.

Pernah Tan Sri ambil tahu secara jelas keadaan penduduk Parlimen Bandar Tun Razak? Adakah peranan Tan Sri hanya sebagai perasmi sana dan perasmi sini sahaja? Kami mahu Tan Sri ada di sisi kami. Bukannya wakil wakil itu.

Apa apa pun, tabik hormat layak diberikan kepada Sdra Azman yang sentiasa sabar dengan karenah yang ada.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga kami pesanan seorang Ustaz ketika beliau mempengerusikan majlis jamuan kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat di Bandar Tasek Selatan selepas Tan Sri menang dulu.

"JIKA DI ZAMAN SAYYIDINA UMAR (ra), UMAR KATA WAHAI RAKYAT, TIDAK ADA LEBIHNYA ANTARA AKU DAN KAMU. SEBAGAI PEMIMPIN, AKU LEBIH DEKAT DENGAN NERAKA BERBANDING KAMU. JIKA KEPIMPINAN YANG DIAMANAHKAN KEPADAKU INI MENJURUS KE ARAH NERAKA, TEGURLAH AKU. SELAMATKAN AKU DARIPADA NERAKA ITU.

LALU BANGUN SEORANG WANITA SAMBIL MENGHUNUS PEDANG DAN BERKATA YA UMAR, JIKA ENGKAU KHIANATI AMANAH INI, PEDANG INI YANG AKAN MENEGURMU.

ITU DI ZAMAN UMAR DAN DALAM KONTEKS MADINAH. SEKARANG KITA DI BANDAR TUN RAZAK DAN DALAM ERA TAN SRI KHALID.

WAHAI TAN SRI, TAN SRI MENANG BUKANLAH KERANA PKR KUAT DI BANDAR TUN RAZAK. TAN SRI MENANG KERANA ALLAH SWT NAK TAK SRI MENANG. TAN SRI MENANG KERANA ALLAH SWT GERAKKAN HATI RAKYAT YANG TELAH LAMA MENDERITA INI UNTUK MENGUNDI TAN SRI.

JIKA TAN SRI JUGA BERSIKAP SEPERTI YB BARISAN NASIONAL, TANGAN TANGAN YANG MENAIKKAN TAN SRI HARI INILAH YANG AKAN MENURUNKAN TAN SRI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. INGAT WAHAI TAN SRI, KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT".

Kami, penduduk Parlimen Bandar Tun Razak, sudah muak dengan "janji" dan "slogan" kerana semua itu tidak mendatangkan apa apa kepada kami. Jangan sampai kami termuntah dengan Tan Sri.

Sumber : Pemburu Syahid