Wednesday, August 19, 2009

Tan Sri Khalid yang entah apa di dalam kepalanya....NTAHAPAHANTAH!!

Sultan Selangor telah membantah cadangan Menteri Besar Selangor untuk menggunakan wang zakat bagi membiayai kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Baginda hanya mengizinkan wang pungutan zakat Selangor digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat Muslim Selangor dan bukannya untuk urusan yang lain lain.

Jika kita lihat cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu, secara jelasnya kita akan mendapati terdapatnya pro dan kontra padanya.

Bukan itu yang mahu kita bincangkan kerana siapalah kita untuk membincangkannya.

Apa yang mahu dipersoalkan adalah apakah puncanya sehinggakan Menteri Besar Selangor "yang bijak berniaga" itu mahukan sebenarnya? Mahu menampung perbelanjaan kerajaan negeri atau mahu "mencambahkan" duit zakat tersebut supaya kerajaan negeri Selangor turut mendapat manfaat daripadanya?

Ini yang harus difahami oleh semua pihak. Telitikan secara jujur dari hati yang ikhlas. Ketepikan sentimen atau apa sahaja prejudis yang ada.

Apa apa pun, rasanya banyak lagi cara lain untuk menampung kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor selain daripada "menggunakan" duit pungutan zakat.

Kenapa tidak belajar daripada kerajaan Pulau Pinang bagaimana cara terbaik untuk menjimatkan kos? Tidak salah rasanya untuk mencontohi Lim Guan Eng. Lihat juga di Kelantan. Kebijaksanaan dan perbelanjaan berhemah yang dipraktikkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan TG Hj Nik Aziz mampu berdiri sehingga sekarang walaupun sangat "tertekan" kewangannya.

Buat Menteri Besar Selangor, dengarlah cakap rakyat sebelum rakyat "meludah" anda. Jangan terlalu berslogan tetapi hasilnya entah di mana.

Itu hal Selangor. Kita beralih pula ke Parlimen Bandar Tun Razak. Simpati sungguh kami dengan Wakil Peribadi Tan Sri, Sdra Azman. Yang "berak", Tan Sri. Yang jadi tukang cuci, Sdra Azman.

Pernah Tan Sri ambil tahu secara jelas keadaan penduduk Parlimen Bandar Tun Razak? Adakah peranan Tan Sri hanya sebagai perasmi sana dan perasmi sini sahaja? Kami mahu Tan Sri ada di sisi kami. Bukannya wakil wakil itu.

Apa apa pun, tabik hormat layak diberikan kepada Sdra Azman yang sentiasa sabar dengan karenah yang ada.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga kami pesanan seorang Ustaz ketika beliau mempengerusikan majlis jamuan kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat di Bandar Tasek Selatan selepas Tan Sri menang dulu.

"JIKA DI ZAMAN SAYYIDINA UMAR (ra), UMAR KATA WAHAI RAKYAT, TIDAK ADA LEBIHNYA ANTARA AKU DAN KAMU. SEBAGAI PEMIMPIN, AKU LEBIH DEKAT DENGAN NERAKA BERBANDING KAMU. JIKA KEPIMPINAN YANG DIAMANAHKAN KEPADAKU INI MENJURUS KE ARAH NERAKA, TEGURLAH AKU. SELAMATKAN AKU DARIPADA NERAKA ITU.

LALU BANGUN SEORANG WANITA SAMBIL MENGHUNUS PEDANG DAN BERKATA YA UMAR, JIKA ENGKAU KHIANATI AMANAH INI, PEDANG INI YANG AKAN MENEGURMU.

ITU DI ZAMAN UMAR DAN DALAM KONTEKS MADINAH. SEKARANG KITA DI BANDAR TUN RAZAK DAN DALAM ERA TAN SRI KHALID.

WAHAI TAN SRI, TAN SRI MENANG BUKANLAH KERANA PKR KUAT DI BANDAR TUN RAZAK. TAN SRI MENANG KERANA ALLAH SWT NAK TAK SRI MENANG. TAN SRI MENANG KERANA ALLAH SWT GERAKKAN HATI RAKYAT YANG TELAH LAMA MENDERITA INI UNTUK MENGUNDI TAN SRI.

JIKA TAN SRI JUGA BERSIKAP SEPERTI YB BARISAN NASIONAL, TANGAN TANGAN YANG MENAIKKAN TAN SRI HARI INILAH YANG AKAN MENURUNKAN TAN SRI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. INGAT WAHAI TAN SRI, KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT".

Kami, penduduk Parlimen Bandar Tun Razak, sudah muak dengan "janji" dan "slogan" kerana semua itu tidak mendatangkan apa apa kepada kami. Jangan sampai kami termuntah dengan Tan Sri.

Sumber : Pemburu Syahid

No comments:

Post a Comment