Oleh : Sam Ahmad
Bukan setakat Mat Saman Kati saja yang mengatakan bahawa di Perak mungkin akan ada snap poll atau snap election atau lebih senang disebut sebagai pilihan raya mengejut saja tapi akhbar online utama negara MKini juga sedang membuat spekulasi tentang perkara ini.
MKini yakin pilihan raya mengejut akan ada diadakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini berdasarkan beberapa hujah dan teori.
Ingat hujah MSK melalui peran Gurujinya, mensasarkan 29 September ini sebagai tarikh yang sesuai untuk pilihan raya mengejut itu.
Berikut merupakan petikan dari artikel 29092009:
“DUN Perak bubar ka tarak?”
“Encik…kalau semua mau jawab…macam mana saya mau cari makan? Sepuluh ringgit semua mau tau, saya punya burung pun boleh mati itu macam kalu.” Aku tambah lagi sepuluh ringgit.
“Ini bulan…tarak baik punya. Bulan depan…lagi tarak baik. Itu worang Islam puasa bukan? Semua hantu tak boleh keluar. Bulan sembilan…ha!! itu bulan saya ingat boleh jadi punya.” kata Guruji. Tangannya membilang sesuatu.
“29/9/2009!!! ” Tiba-tiba Guruji meninggikan suaranya. 2+9=11. Itu Rosmah punya. 9..itu Najib punya. 2009= 11. Itu Rosmah punya!!! Ayoyo Kadaivalli…
Pak Meor dengan aku tengok sama sendiri. Kalau macam ni…mati la Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen (AP) Ipoh Timur M Kula Segaran memberitahu MKini yang Najib sedang menunggu perubahan mood pengundi dan akan membuat pilihan raya mengejut di Perak jika masa sesuai dan sokongan pengundi telah berpihak kepadanya.
“Najib sedang membawa banyak ‘bagasi’ ini termasuklah rampasan kuasa di Perak yang secara politiknya amat mem’berat’kan.
“Dengan memanggil pilihan raya mengejut beliau berharap dapat memulihkan hubungannya dengan rakyat.” katanya.
Seperti MSK beliau juga ada mengulas tentang ‘Jamal-Osman’ nak melompat balik ke pangkuan Pakatan Rakyat (Pakatan) . Menurut Kula,”ada petunjuk yang mereka hendak kembali (kepada Pakatan) memandangkan mereka tidak dapat apa mereka impikan dengan ‘melompat’”.
Sementara itu rencana yang berjudul Snap polls in Perak by year end? turut menyebut tentang satu lagi hujah, iaitu Najib rasa yakin dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) DUN Manek Urai. Walaupun BN kalah, tetapi kekalahannya - dikubu kuat PAS - cuma dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 65 undi telah menaikkan serba sedikit semangat Najib.
Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham pula dipetik sebagai berkata kepada akhbar online itu, mengikut Pakatan mereka yakin bahawa sidang bawah pokok adalah selaras dengan undang-undang, maka pilihan raya mengejut mungkin dijadualkan pada September ini.
Namun bagi BN sidang terakhir adalah pada 7 Mei lalu, jadi jika mengambil kira Peraturan Mesyuarat DUN Perak Seksyen 10 (2) menyatakan bahawa sidang dewan mesti diadakan 6 bulan sekali dan jika tidak, dewan akan terbubar secara automatik, maka pilihan raya mengejut mesti nak tidak diadakan pada November ini.
Satu lagi hujah yang dikemukakan oleh akhbar online itu, menurut sumber yang boleh dipercayai kabinet baru-baru ini telah berbincang tentang kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut di Perak.
Perkembangan ini dengan sendirinya menyatakan bahawa mahu atau tidak mahu, Pakatan mahupun Barisan Nasional mesti membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya mengejut untuk diadakan.
Ramai juga yang berpendapat bahawa pembubaran DUN amatlah sesuai kepada BN ketika mereka dipuncak kuasa sekarang. Ini kerana jika DUN dibubarkan maka mereka akan dilantik sebagai caretaker government yang membolehkan mereka mengguna prasarana kerajaan untuk berkempen nanti.
No comments:
Post a Comment