Ketika Hasan Ali mula-mula menjadi exco agama, ramai orang meletakkan harapan demi harapan…kot-kotlah lepas ini, JAIS, MAIS dan semua agensi agama yang selama ini mempertahankan legasi Umno akan berubah.
Tak usah membohonglah, siapa boleh lupa betapa teruknya Umno memperalatkan JAIS. JAIS dah jadi macam SB, depa tangkap imam-imam dan kunci mati mana-mana surau masjid yang tak sebulu dengan Umno.
Masa itu Tuanku Sultan Selangor buat apa? Takkan sultan tak tahu mainan jahat lagi bahaya Umno memperalatkan JAIS? Tapi, sultan tak boleh buat apa-apa, sebabnya Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS hatta Tok Mufti - semuanya dalam genggaman Umno.
Depa hanya menurut titah perintah Umno. Takkan hangpa boleh lupa, Pengarah JAIS lebih Umno dari Ketua cawangan Umno, dia boleh larang kakitangan JAIS daripada terlibat dengan politik khususnya ‘pembangkang.’
Zaman Mansur Ramly jadi Pengarah JAIS - habis porak peranda institusi agama di Selangor. Dia ambik penguat kuasa yang buta agama jadi Penguatkuasa JAIS - lebih mudah kerja dia - melaksanakan titah perintah Umno - menjahanamkan Islam - menangkap para imam pro-PAS, melarang masjid daripada diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu yang lebih terbuka - maka cukuplah hangpa mengaji kitab taharah, solat, puasa, zakat dan haji - pusing-pusing kot tu lah tak pegi mana dah!
Sapa boleh melupakan peristiwa rampasan Masjid Lapangan Terbang yang dibangunkan oleh Ust Roslan, melupakan rampasan kuasa dan menutup surau seksyen lapan Shah Alam, menahan imam yang bertugas, memecat imam yang tidak sehaluan dan sebagainya.
Siapa dapat lupa Umno-lah yang memecat Datuk Ishak, mufti yang paling lembut tetapi tegas di Malaysia. Adakah Sultan tidak tahu ini semua permainan politik? Takkan baginda begitu naif mentafsir.
Ya, baginda tidak mampu berbuat apa-apa, antara lain kerana Umno telah memenjarakan institusi istana. Sultan melantik Pengerusi MAIS sebagai proksi - atas persetujuan MB Umno. Jika MB umno tak setuju, sultan pun kena cari orang lain.
Apabila Umno menguasai institusi agama - MAIS, JAIS dan Mufti - maka Umno dengan mudah menundukkan pengaruh PAS dan PKR. Takkan kita boleh lupa, Dr Badrul Amin terkial-kial nak baca khutbah di masjid sebelah rumah dia pun tak boleh, Datuk Dr Haron Din yang bertaraf ulama dunia itu pun, tidak boleh mengajar di masjid surau, hatta Datuk Ishak Baharum dinafikan hak beliau hinggalah meninggal dunia.
Bila beliau meninggal, baharulah sultan nak tunjuk sayang, minta dikebumikan di tanah perkuburan diraja di Shah Alam, nak buat apa- orang jika sayang, masa hiduplah nak ditunjukkan. Sebab apa, sebab Umno…Umno mengongkong istana, Umno mengongkong segala.
Bila PR menang dan Hasan Ali jadi Exco Agama, semua orang rasa gembira. Hasan Ali dah janji, akan ubah segala yang tak elok dalam MAIS dan JAIS. Hasan Ali dah janji, Pengerusi MAIS pun nak kena dinilai semula.
Dalam PR pun ramai tokoh lebih baik untuk dijadikan Pengerusi MAIS. Hasan Ali dah janji, institusi zakat akan disemak semula.
Dalam ucapan dia, Hasan Ali kata dia tidak akan izinkan walau satu sen wang zakat disalah guna.
Cis…betul ke tak izin? Apa kuasa Hasan Ali sekarang, kalu setakat jadi Timbalan Pengerusi MAIS! Bahkan rasanya, ribuan sen wang zakat mungkin disalah guna depan mata dia…apa dia boleh buat?
Hasan Ali mungkin sedar, makin ramai orang menunding jari bertanya itu dan ini. Dia bukanlah pekak badak, melainkan dia sengaja memekakkan telinganya sendiri.
PAS dan PKR terpaksa menunggu begitu lama bagi melihat hanya perubahan kecil - Perubahan Nazir Masjid - kenapa harus jadi begini? Tidakkah ini menzahirkan betapa naifnya Hasan Ali dalam mencaturkan politik dengan pihak istana?
Kenapa?
Ya, kerana Hasan Ali gagal memanfaatkan tenaga sedia ada yang sentiasa bersedia membantunya. Hasan Ali seakan-akan One Man Show sahaja. Seakan-akan Lone Ranger dalam berdepan dengan istana dan pengaruh Umno.
Hasan Ali tidak sekali pun berusaha mewujudkan Team yang berupa Think Tank dalam bab membebaskan sektor agama dari pengaruh Umno.
Hasan Ali sebaliknya dilihat cuba menggunakan status exco-nya untuk menjinakkan segelintir manusia Umno di MAIS dan JAIS.
Maka apa hasilnya?
Sehingga kini, Hasan Ali kian tenggelam dan larut dalam dunia ciptaan Umno ini. Hasan ALi sudah lagi tidak diharapkan untuk membawa perubahan yang signifikan dalam institusi MAIS dan JAIS.
Hasan Ali sudah dianggap gagal sebenarnya.
Maka, apa lagi yang kita harapkan daripada nya…?
No comments:
Post a Comment