Friday, November 5, 2010

Muhasabah diri, perkemaskan jentera pilihan raya. PRU13 lebih utama...

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.

Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.

Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.

Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.


Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.

Gantung JPP dan tangguh pemilihan PKR, desak Mustaffa

Naib presiden PKR yang bertanding jawatan timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendesak supaya jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan.

"Sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau jawatankuasa pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, ejen seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim mendesak supaya dihentikan pemilihan parti itu kerana mendakwa berlakunya penyelewengan yang serius di empat cabang yang mengadakan pengundian memilih pucuk pimpinan parti itu pada 29 Oktober lalu.

Sambil menyifatkan proses pemilihan parti amat mendukacitakan, Mustaffa berkata tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses pemilihan parti 2010 seterusnya.

"Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP," katanya.

Katanya, bantahan itu dibuat disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP sendiri.

"Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan tidak yang secara jelas tidak dipatuhi," katanya.

Permasalahan itu, tambahnya, terus berlarutan sehingga ke proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang sedang berjalan dan akan berakhir pada 21 November ini.

"Ketelusan terhadap JPP ini terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak, dengan beberapa insiden, salahlaku yang telah berlaku secara jelasnya, di mana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat condong sebelah pihak.

"Ini termasuk, soal penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutamanya keputusan yang melibatkan kedudukan jawatan timbalan presiden," tambahnya.

Sambil menggesa supaya JPP digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan, Mustaffa pihaknya telah menyiapkan memorandum cadangan bagi penambahbaikan JPP untuk diserahkan kepada presiden PKR dan pengerusi JPP.

"Kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini.

"Hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang, sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya.

"Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu, sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua," katanya sambil mendesak supaya suara akar umbi dikembalikan dalam PKR.

Thursday, November 4, 2010

BN merasuah pengundi Galas


Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir.

Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.

Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.


Empat jam pertama: 50 peratus undi di Galas, 36 peratus di Batu Sapi

GUA MUSANG, 4 Nov — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merekodkan hampir 50 peratus pemilih telah keluar mengundi sepanjang empat jam pertama proses pengundian hari ini.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 49.61 peratus atau 5,732 orang telah keluar mengundi di Galas sehingga 12 tengah hari.

Pengundian akan ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi — yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

SPR sedang mengendalikan pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi.

Pun begitu, di Batu Sapi, hanya 36.2 peratus atau 9,261 orang telah selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, SPR berkata, seramai 24.02 peratus ataupun 2,775 orang keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi di Galas.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi - yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

Dalam pada itu, di Batu Sapi seramai 23.05 peratus atau 5,897 orang keluar mengundi sehingga 10 pagi.

Hampir 10 peratus keluar mengundi di DUN Galas antara 8 dan 9 pagi tadi.

Mengikut maklumat SPR, seramai 9.93 peratus keluar mengundi di Gala sehingga 9 pagi.

Menurut SPR, seramai 14.68 peratus ataupun 3,756 orang telah keluar mengundi antara 8 dan 9 pagi di Batu Sapi.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.

Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed manakala di Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang.

Di DUN Galas, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian, dan antara mereka ialah pengundi Orang Asli yang tinggal sejauh sempadan Pahang-Kelantan di Lojing bersebelahan Cameron Highlands.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam.

Sebanyak 13 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 10 pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, manakala dua lagi pusat pengundian masing-masing ditutup pada pukul 3 petang dan 4 petang.

Dua pusat pengundian itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang yang mempunyai 984 pemilih dan ditutup pada 3 petang serta SK Segaliud dengan 785 pemilih dan ditutup pada 4 petang.

Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan semalam.

Sepuluh lagi pusat mengundi adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sandakan, SK Gas, SMK Batu Sapi, SK Kampung Bahagia, SJK (C) Pei Ying, SK Bandar Sandakan, SJK (C) Cheng Min, SK Karamunting, SK Bandar Dua dan Perpustakaan Sandakan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain.


Penyokong PAS-BN bergaduh dalam khemah


Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu. Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap BN.

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu. Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin, yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.

PRK Galas dan Batu Sapi : Pengundi atas pagar



"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhazmpDAy4nn_lTsMpWNfAR2PCKowu9Y9MVp-Q22zpn5Od_hcZh-4asBfbAcY9fEy5CBjrZ8uRgqb0-uiXxWFS6hyphenhyphen6euQRvMzvx9j-xtShw_8IC58gswx9V6SRMO-iwmiINKC91yd1rxzM/s1600/SPR.gifApa sebenar istilah atas pagar bidalan @ peribahasa melayu yang ingin menggambarkan suatu situasi yang tidak menyebelahi mana2 pihak. Istilah ini timbul mungkin hasil pemerhatian orang2 Melayu dahulu, yang mana untuk mengasingkan hakmilik tanah @ kebun dsbnya

dalam kehidupan seharian , org yg mcm mana boleh dikategorikan sbg atas pagar....??

1) mereka yang tak mahu masuk campur dan memegang prinsip tak mahu jaga tepi kain orang ( lu..lu, gua…gua). 2) Hipokrit-mereka yang cuba mengambil kesempatan / keuntungan di saat2 akhir- akan berpihak kepada yang kuat @ boleh memberi manfaat.3) minda kosong (jenih x ambil kisah), suka ikut-ikutan

adakah golongan atas pagar boleh d kira sbg lalang kerana tiada pendirian yg tetap....??

dalam kategori 2 & 3 di atas mungkin.

apa pandangan Islam tentang orang atas pagar?

Dalam Islam , iktikad seorang Muslim mesti jelas – melalui ; lafaz(lisan) , niat (hati) dan gerakan. Contoh: ibadat solat: mulut melafaz , niat di hati dan anggota melakukan gerakan-rangkuman ketiga2 nya baru lah sah.

Bagi golongan (1), cuba amati surah An-Nisa ayat 71 ini: “wahai orang beriman, bersiap sedia lah kamu, majulah kelompok demi kelompok atau majulah secara bersama-sama”. Hadis Nabi:"Hendaklah kamu berada dalam jama’ah, sesungguhnya berjama’ah itu rahmat sedangkan perpecahan itu ‘azab" "Barangsiapa yang berpecah-belah, maka dia bukanlah daripada golongan kami. Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah. Maka sekiranya tidak wujud pada mereka jama’ah dan imam? Sabda baginda: maka hendaklah kamu meninggalkan semua kumpulan tersebut walaupun kamu terpaksa menggigit umbi – umbi pokok kayu sehingga maut datang kepada kamu dan kamu dalam keadaan sedemikian.

Bagi golongan (2) & (3), sikap kita di khuatiri akan menjerumuskan diri kita manjadi munafik: ·

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa beberapa orang munafik pada masa Rasulullah saw. selalu tidak ikut serta bila Nabi saw. pergi berperang. Mereka bergembira-ria dengan ketidakikutsertaan mereka bersama Rasulullah saw. Lalu apabila Nabi saw. telah kembali, mereka mengemukakan alasan kepada beliau sambil bersumpah dan berharap mendapatkan pujian dengan apa yang tidak mereka perbuat. Maka turunlah ayat: Janganlah sekali-kali kamu menyangka, bahwa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka mereka akan terlepas dari siksa. (Shahih Muslim No.4981) ·

diantara tanda-tanda orang munafik menurut al-quran dan sunnah, di antaranya ialah :
2. Lupa kepada allah.
5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
21. Enggan berjihad di jalan Allah.
27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
29. Membuka rahsia orang lain.
32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34. Bermuka dua (talam dua muka).
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

hubaya…hubaya….hubaya . Wallahualam.

Sumber : Utara Online


Monday, November 1, 2010

Kesilapan Data : "Khir Toyo" mendahului


Ketika demonstrasi-demonstrasi Reformasi membara hujung 90an dahulu, saya tak menyertainya. Pertama kerana saya tidak suka Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dia menyertai Umno pada hujung Mac 1982. Kedua, kerana saya takut tak dapat pahala.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjumpa dengan ramai kawan yang menghangatkan demonstrasi-demonstrasi itu, bukan sahaja dari kalangan mereka yang terpesona dengan sosialisme malah dari kumpulan mereka yang disebut sebagai "Daim boys". Daim tu Tun Daim Zainuddin la.

Untuk maklumat, sebelum Anwar diusir dari Umno, selalu berlaku perebutan dan pertentangan antara "Daim boys" dan orang-orang Anwar, terutama dalam merebut habuan ekonomi. "Daim boys" biasanya menjadi pemenang kerana menurut mereka "Anwar boys are stupid".

Berbalik kepada demonstrasi tersebut, orang-orang yang tidak menyokong Anwar berhujah bahawa mereka menyertai demonstrasi-demonstrasi itu bukan kerana mereka menyokong Anwar. Tetapi, kerana "itulah peluang terbaik untuk menjatuhkan Umno".

"Kami duduk dalam tu. Kami kerja dengan mereka. Kami tau la Umno ni jahat sangat-sangat," kata salah seorang "Daim boys" yang saya temui.

Belajar dari pengalaman mereka, saya la ni sentiasa berusaha melakukan apa yang termampu untuk memastikan pembangkang menewaskan Umno. Bukan kerana saya suka pembangkang, tetapi kerana saya benci sangat kat Umno. Dan, saya juga selalu memberitahu kawan-kawan bahawa kalau Umno kalah sekalipun, kerja kita tak habis. "Kita kena berlawan dengan puak yang menang tu pulak".

Hari ini, bila membaca berita bertajuk "Kesilapan data: Azmin pula mendahului", saya teringat kata-kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat. Bila saya tanya bagaimana kalau Azmin Ali yang menjadi Timbalan Presiden PKR, terkejut saya bila dia jawab, "Baik orang PKR pakar-pakat bagi jawatan tu kat (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo ja!"

Saya juga semakin yakin bahawa "kerja kita tak habis. Kita kena berlawan dengan puak yang menang tu pulak".

Lagu-lagu mana pun, kita kena patah-patahkan kekuatan dan kalahkan mudharat yang lebih besar dan lebih bahaya dulu - iaitu Umno. Itu kerja utama kita.

Sumber : Penarik Beca