Thursday, December 16, 2010

MCLM bukan "Kuasa Ketiga"?

Bila berita mengenai "kuasa ketiga" mula-mula muncul beberapa bulan lalu ketika pemilihan langsung kepimpinan PKR sedang berlangsung, ramai yang merasa skeptikal daripada optimistik.

NONEBeberapa pemimpin parti politik, terutama dari PKR, menolak tanggapan 'kuasa ketiga' itu, manakala yang lainnya pula menganggap penubuhan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) adalah untuk menarik undi dari parti itu.

Malah, waktu gerakan itu ditubuhkan juga memudahkan lagi MCLM dikaitkan dengan pemilihan langsung pucuk pimpinan PKR yang dilanda kontroversi.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, presiden MCLM, Haris Ibrahim menjelaskan mengenai objektif utama dan label "kuasa ketiga" yang dilekatkan pada gerakan tersebut.

Sambil menegaskan bahawa gerakan itu bukan sebuah parti politik, dan tidak bercadang menuju ke arah itu, Haris tampak kurang senang dengan label "kuasa ketiga" itu.

Menurutnya, jika parti-parti masih bercakap tentang ketuanan rakyat, atau Makkal Sakthi pada 2007, maka rakyat ketika itulah yang merupakan kuasa ketiga.

Dibiayai rakyat M'sia di luar negeri

raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonKetika penubuhan MCLM diumumkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, ramai yang tersentak kerana ia dilakukan di kota London.

Menurut Haris, ia merupakan soal kemudahan forum itu diadakan di sebuah hotel di London.

"Apakah ia akan membawa apa-apa perbezaan sekiranya diadakan di negara lain?" soalnya sambil menambah, terdapat usaha untuk mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan di sini "tidak ke mana-mana".

"Jadi mengapa London? Kerana di situlah terdapat ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mahukan idea tersebut menjadi kenyataan," katanya.

MCLM, katanya, dibiayai oleh rakyat Malaysia "yang mempunyai aspirasi untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik". NONE

Calon-calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya, tambahnya, hanya perlu setia kepada rakyat.

Salah seorang calon tersebut ialah peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang namanya telah diumumkan oleh Raja Petra hujung minggu lalu. Menurut Haris, 18 lagi telah membayangkan mereka juga mahu turut serta.

"Kami tidak inginkan festival katak seperti apa yang berlaku awal tahun ini Dan bolehkah anda percaya orang seperti (ahli parlimen Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar (Radin) terus menerus dicalonkan?" soalnya.

"Mereka (calon) tidak perlu setia kepada kami. Jika mereka kemudian mahu menyertai PKR atau Gerakan, mereka boleh teruskan..."

No comments:

Post a Comment